30 C
Ipoh
Sunday, 18 May 2025

Lokasi Punca Air Spritzer Di Taiping, Perak

- Advertisement -
- Advertisement -

Sejak kecil lagi kita dah kenal dengan air minuman jenama Spritzer. Pernahkah anda baca label yang ada pada botol minuman tersebut untuk ketahui dimana lokasi sumber airnya?

Sumber air mineral pada label botol Spritzer ditulis yang ianya berpunca dari air bawah tanah. Tapi di mana? Untuk pengetahuan anda, Kilang Spritzer terletak di Taiping, Perak.

Seluruh bukit yang ada di Taiping dimana sumber air bawah tanah diambil adalah berukuran lebih 300 ekar dan ia adalah kepunyaan syarikat Spritzer. Ia terletak berdekatan dengan empangan lembaga air Perak.

sumber punca air mineral bawah tanah spritzer

Bangunan kecil berwarna putih itulah yang menjadi tulang belakang buat perniagaan Spritzer. Dibawahnya terdapat punca air bawah tanah yang bersih dan punca tersebut dikawal rapi dengan kamera litar tertutup (CCTV) dan sentiasa berkunci.

lokasi sumber punca air mineral bawah tanah spritzer

Hal ini adalah kerana untuk mengelakkan pencemaran dan sabotaj. Hanya individu yang tertentu sahaja boleh masuk ke dalam bangunan tersebut untuk pemeriksaan rutin pada setiap hari.

waterpump sumber punca air mineral bawah tanah spritzer

Terdapat 9 buah rumah pam air seperti bangunan kecil putih itu tadi di kawasan tersebut yang mempunyai sama fungsi untuk mengepam sumber air dari bawah tanah. Sumber air dari bawah tanah yang dipam itu akan dipamkan dari kedalaman 400 kaki iaitu lebih kurang 122 meter.

Apakah isimewanya air bawah tanah ini? Untuk makluman anda secara asasnya, air bawah tanah ini mengandungi asid ortosilisik (OSA) yang mempunyai peranan dan mempunyai fungsi untuk mengurangkan neurotoksin aluminium.

Ianya merupakan punca kepada penyakit alzheimer iaitu hilang ingatan, kesukaran untuk berfikir, sukar untuk menyelesaikan masalah dan sukar berbahasa. Selain daripada itu, OSA juga membantu untuk mengekalkan kesihatan dan keremajaan kulit.

📢
Jangan terlepas berita terkini kami! Sertai saluran rasmi WhatsApp Channel Orang Perak sekarang.
Klik & Sertai Sekarang
- Advertisement -
Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindarhttps://fred.my
Pengasas orangperak.com dan Pencinta Sejarah Tempatan Negeri Perak.
Terkini
- Advertisement -

Moh baca!

Related news
- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here