Permulaan Negeri Perak Dalam Hikayat Merong Mahawangsa

    Related

    Benarkah Jasad J.W.W. Birch Sudah Dipindahkan Dari Jiratnya Di Pasir Salak?

    Benarkah dakwaan tentang jasad Birch sudah dibawa keluar dan hanya tinggal pakaian beliau sahaja di sana dan ada juga dakwaan tentang pihak Inggeris membawa helikopter bagi tujuan memindahkan jasad Birch itu.

    Gunung Matsurat, Gunung Warisan Kinta

    Mengikut cerita tetua, pada zaman dahulu Gunung Matsurat adalah merupakan 'istana purba' yang didiami oleh Raja dan Permaisurinya. Hendak dijadikan cerita, mereka mengadakan majlis keraian di dalam 'istana purba' ini, maka bergegak gempitala suasananya. Secara tiba-tiba Sang Kelembai telah datang dan dipercayai terganggu dek suasana yang hingar-bingar di dalam 'istana purba' ini, menyebabkannya telah menyumpah segala yang berada di dalam gunung ini menjadi batu termasuk Raja dan Permaisurinya.

    Gunung Cheroh, Gunung Sejarah Kinta

    Ketika dalam pelayaran, mereka mengalami sesuatu yang aneh apabila melalui kawasan pergunungan batu kapur di Gunung Cheroh, hendak dijadikan cerita kapal yang dinaiki mereka tidak dapat meneruskan pelayaran apabila sampai di kaki Gunung Cheroh kerana laluan yang sempit dan tidak dalam.

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh terletak di dalam Mukim Ulu Kinta, Daerah Kinta, Perak.

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang Pertama

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang pertama dalam sistem penggiliran jawatan Panglima Kinta SABD.

    Share

    Kemasyhuran Negeri Perak turut didendangkan di dalam Hikayat Merong Mahawangsa yang telah diklasifikasi sebagai hasil kesusasteraan Melayu tradisional.

    Hikayat Merong Mahawangsa atau Sejarah Kedah ialah hikayat yang menceritakan susur galur Merong Mahawangsa dan pengasas Kedah, sebuah negeri di Malaysia.

    Dalam beberapa konteks lain, Hikayat Merong Mahawangsa juga boleh dikategorikan dalam bentuk genre sejarah yang seperti Hikayat Raja Pasai, Hikayat Aceh, Hikayat Banjar, Hikayat Raja Sambas, Tuhfat al-Nafis, Silsilah Raja-raja Melayu dan Bugis dan lain-lain.

    Melalui penelitian dan pembacaan penulis, secara umumnya kita tahu bahawa Hikayat Merong Mahawangsa dianggap sebagai salah satu Karya Agung. Olahan karya lebih kepada Hikayat Merong Mahawangsa terhadap negeri yang digelar sebagai Kedah Zamin Turan. (Hikayat Merong Mahawangsa, halaman 34).

    Siapa yang tidak kenal dengan Karya Agung William Shakespeare, tapi berapa antara kita yang sendiri memiliki Karya Agung Hikayat Merong Mahawangsa dan hikayat-hikayat kesusasteraan Melayu yang lain. Lihat sahaja, kecanduan generasi kini dengan teknologi sehingga lupa khazanah kesusasteraan Melayu.

    Penulis juga tertarik dengan jurai keturunan Raja-raja Kedah yang ada dalam Hikayat Merong Mahawangsa. Raja Merong Mahapudist mempunyai susur galur empat raja iaitu, Raja Siam, Raja Perak, Raja Patani dan Raja Kedah. Bertitik tolak ini penulis membaca terus dan cuba menelusuri Raja Perak di mana letak olahannya.

    Permulaan Negeri Perak Dalam Hikayat Merong Mahawangsa

    Penggarapan karya agung sememangnya menguji kecekalan pembaca. Namun semangat untuk mengetahui juga tentang hikayat Raja Perak maka satu persatu halaman dicarinya. Sehingga penulis menemui ada catatan mengenai Pulau Indera Sakti versi Hikayat Merong Mahawangsa ini.

    Maka pada suatu hari dititah oleh Raja Merong Mahapudist kepada menteri yang keempat suruh menghadirkan orang serta alat senjata dan gajah kuda dan disuruhnya lengkap dengan kelengkapan kerajaan dan dipersembahkannya. Maka disuruh baginda akan anakanda yang tengah berjalan.

    Antara selatan menenggara, mencari tanah bumi yang patut hendak diperbuat negeri kota istana. Maka berjalanlah paduka anakanda baginda yang tengah dengan hulubalangnya sambil bermain di dalam segenap hutan rimba selama beberapa ketika dalam usaha mencari bumi yang baik.

    Maka bertemulah suatu sungai yang besar, tali airnya terus turun ke dalam laut. Maka bertemulah pula tasik dan wilahar menggelilingi pulau yang beratur tiga empat biji. Maka anak raja itu pun teruja dengan keadaan pulau itu. Maka diambilnya sebiji anak panahnya daripada perak yang amat putih.

    Lalu dikenakan kepada busurnya yang bernama panah Indera Sakti seraya berkata “Hai Indera Sakti, jatuhlah engkau kepada bumi pulau tiga empat itu. Di mana engkau jatuh sekarang, di situlah aku perbuat negeri dan kota parit tempat aku diam”.

    Permulaan Negeri Perak Dalam Hikayat Merong Mahawangsa

    Maka ditarik busurnya itu serta memanahkan ke udara berdengung-dengung bunyinya seperti kumbang menyering dan terus ghaib. Seketika jatuh pada suatu tempat pulau dengan sebab itulah dinamakan Pulau Indera Sakti. Lalu didirikan kota parit dan dijadikan negeri dengan jasa panah itu matanya perak.

    Sesampainya perkhabaran kepada ayahandanya Merong Mahapudist dan menitahkan anakandanya itu menjadi raja di negerinya Perak. Begitulah kisahnya permulaan kemasyhuran Negeri Perak yang ada dinukilkan dalam Hikayat Merong Mahawangsa.

    Rujukan:

    • Hikayat Merong Mahawangsa, Siti Hawa Haji Salleh, Yayasan Karyawan dan Penerbit Universiti Malaya, Kuala Lumpur, (1998)
    Nasuha Ahmad
    Nasuha Ahmad
    Tanpa Sejarah Kita Belum Tentu Manusia Yang Bertamadun