Latar Belakang Dan Sejarah Galeri Sultan Azlan Shah

    Related

    Benarkah Jasad J.W.W. Birch Sudah Dipindahkan Dari Jiratnya Di Pasir Salak?

    Benarkah dakwaan tentang jasad Birch sudah dibawa keluar dan hanya tinggal pakaian beliau sahaja di sana dan ada juga dakwaan tentang pihak Inggeris membawa helikopter bagi tujuan memindahkan jasad Birch itu.

    Gunung Matsurat, Gunung Warisan Kinta

    Mengikut cerita tetua, pada zaman dahulu Gunung Matsurat adalah merupakan 'istana purba' yang didiami oleh Raja dan Permaisurinya. Hendak dijadikan cerita, mereka mengadakan majlis keraian di dalam 'istana purba' ini, maka bergegak gempitala suasananya. Secara tiba-tiba Sang Kelembai telah datang dan dipercayai terganggu dek suasana yang hingar-bingar di dalam 'istana purba' ini, menyebabkannya telah menyumpah segala yang berada di dalam gunung ini menjadi batu termasuk Raja dan Permaisurinya.

    Gunung Cheroh, Gunung Sejarah Kinta

    Ketika dalam pelayaran, mereka mengalami sesuatu yang aneh apabila melalui kawasan pergunungan batu kapur di Gunung Cheroh, hendak dijadikan cerita kapal yang dinaiki mereka tidak dapat meneruskan pelayaran apabila sampai di kaki Gunung Cheroh kerana laluan yang sempit dan tidak dalam.

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh terletak di dalam Mukim Ulu Kinta, Daerah Kinta, Perak.

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang Pertama

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang pertama dalam sistem penggiliran jawatan Panglima Kinta SABD.

    Share

    Amat membanggakan apabila negeri Perak punyai sebuah galeri yang dibina dengan senibina indah serta menarik dan sukacita dimaklumkan pada semua pembaca setia orangperak.com bahawa Galeri Sultan Azlan Shah ini wajar diangkat sama taraf dengan galeri-galeri lain yang terkemuka di seluruh di seluruh dunia kerana ianya amat menarik dan punyai nilai sentimental buat seluruh rakyat di negeri Perak.

    Idea pembukaan Galeri Sultan Azlan Shah telah dizahirkan semula dari cetusan pemikiran Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan Azlan Shah (Sultan Perak yang ke 34) atas perkenan baginda untuk menjadikan galeri ini sebagai satu pusat sumber pengetahuan umum kepada seluruh rakyat tentang laluan perjalanan hidup baginda. Oleh itu, seluruh rakyat Perak wajar ke galeri ini untuk lebih mengenali perjalanan hidup baginda Sultan Perak yang ke 34.

    galeri sultan azlan shah

    Waktu Lawatan:

    • Sabtu hingga Khamis : 10.00am hingga 5.00pm
    • Jumaat : 10.00am hingga 12.15pm
    • Dibuka Semula 2.45pm hingga 5.00pm

    galeri sultan azlan shah

    Untuk makluman anda semua pembaca setia orangperak.com, Galeri Sultan Azlan Shah telah dirasmikan pada 9 Disember 2003 oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Almarhum Sultan Azlan Shah (Sultan Perak ke 34).

    almarhum sultan azlan shah

    Almarhum Sultan Azlan Shah (Sultan Perak 34)

    Sejak Galeri Sultan Azlan Shah dibuka, ia disambut baik dengan kehadiran pelbagai lapisan kaum dan masyarakat yang datang tidak kira dari kawasan setempat dan juga jauh. Untuk perhatian anda, kadar bayaran untuk masuk ke Galeri Sultan Azlan Shah adalah seperti dibawah:

    • Dewasa : RM4.00
    • Warga Emas / IPT / Sekolah Menengah : RM2.00
    • Sekolah Rendah : RM1.00
    • *rujuk harga terkini di gsas.perak.gov.my

    Penceritaan disebalik Galeri Sultan Azlan Shah, ia sebenarnya dibina semula dari istana lama yang bernama Istana Ulu atau Istana Kota. Sekadar maklumat untuk anda pembaca setia orangperak.com, Istana Ulu atau Istana Kota ini terletak di Bukit Chandan, Kuala Kangsar yang mana lokasinya terletak tidak jauh dari Masjid Ubudiah.

    Inilah lokasi pada asalnya tempat persemayaman Sultan Perak yang ke 28 iaitu Almarhum Sultan Idris Mursyidul ‘Adzam Shah yang memerintah sejak tahun 1887 hingga tahun 1916.

    galeri sultan azlan shah

    Istana Ulu yang juga dikenali sebagai Istana Kota ini mula dibina pada tahun 1898 dan siap dibina pada tahun 1903. Sebagai maklumat tambahan buat anda pembaca setia orangperak.com, Istana Ulu ini juga pernah disemayami oleh Almarhum Sultan Abdul Jalil (Sultan Perak ke 29) yang juga merupakan putera kepada Sultan Idris Mursyidul ‘Adzam Shah (Sultan Perak yang ke 28).

    Apabila Almarhum Sultan Abdul Jalil (Sultan Perak ke 29) mangkak pada tahun 1918, Istana Ulu ini disemayami oleh putera baginda iaitu Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah (Sultan Perak ke 32) yang memerintah negeri Perak pada tahun 1948 hingga thaun 1963.

    Tahukah anda bahawa Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah (Sultan Perak ke 32) ini adalah nenda kepada Sultan Nazrin Shah yang merupakan Sultan Perak ke 35?

    istana ulu

    Istana Ulu

    Istana Ulu ini mempunyai cerita yang berkait rapat dengan permulaan pertukaran kawasan pemerintahan Kesultanan Perak dari daerah Sayong ke daerah Bukit Chandan.

    Tidak cukup dengan satu nama lain Istanan Kota, ada juga nama dan gelaran lain yang diberi. Antara nama lain yang digelar untuk Istana Ulu ini adalah Istana Cinta Berahi dan juga Istana Cempaka Sari.

    Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, Istana Ulu direkabentuk oleh Kapten Maurice Alexander Cameron yang merupakan seorang Timbalan Jurutera Kolonial dan Ketua Juru Ukur Negeri-negeri Selat pada masa itu. Bahagian bumbung istana ini dibina dengan seni yang punyai pengaruh rekaan dari Acheh.

    Buktinya adalah pengunaan bumbung yang berbentuk limas. Terdapat juga pengaruh dari senibina dari India pada bahagian kubah di kedua-dua menara bangunan.

    Khidmat seorang pengukir terkenal pada waktu itu iaitu seorang kerabat yang bernama Raja Harun Al-Rashid telah mengukir kayu-kayu yang terdapat pada badan istana sebagai hiasan dan seni halus tersebut diambil sebagai ilham dari tumbuhan alami yang terdapat di taman istana tersebut. Ada juga ukiran pada batu yang diukir mengukit kehendak dan perkenan Almarhum Sultan Idris 1 (Sultan Perak ke 28).

    galeri sultan azlan shah

    Apa yang menariknya, Almarhum Sultan Idris 1 (Sultan Perak ke 28) sendiri telah memastikan bahawa tidak ada terdapat sebarang bentuk ukiran yang bertentangan dengan ajaran Islam seperti bentuk binatang atau patung-patung. Inilah keprihatinan tuanku Sultan Perak yang harus dipuji menjaga apa yang dilarang di dalam agama rasmi yang dianuti iaitu agama Islam.

    Bahan binaan untuk membina Istana Ulu ini kebanyakannya dibawa masuk dari luar negara. Atapnya dari negara Perancis, jubin nya pula dari negara Itali dan tembaga kubahnya pula dari negara India.

    Banyak juga bahan-bahan tempatan yang digunakan seperti kerangka bumbung yang dibuat daripada kayu cengal dan ukiran daripada kayu meranti yang terbaik.

    galeri sultan azlan shah

    Kapal-kapal dagangan yang melalui kawasan perairan Sungai Perak akan membawa bahan-bahan binaan dari luar negara untuk pembinaan Istana Ulu dan sementara itu, gajah-gajah yang dibela telah digunakan untuk mengangkut bahan-bahan binaan dari kawasan setempat.

    Istana Ulu juga dipagari dengan tembok kota yang dibina di sekeliling Istana tersebut sehingga namanya turut dikenali dengan nama Istana Kota.

    하늘
    하늘
    꿈을 꾸고 믿을 수 있다면 이룰 수도 있다. 세상에서 보고싶은 변화가 있다면 당신 스스로 그 변화가 되어라. 성공에 대한 의지를 품는 것은 무엇보다 중요하다.