Tan Sri Jins Shamsuddin Meninggal Dunia

satu program percuma khas oleh orangperak.com

Seniman lagenda perfileman Melayu, Tan Sri Jins Shamsuddin meninggal dunia petang tadi di sebuah klinik di Kuala Lumpur dipercayai akibat tercekik kuih di kediaman beliau petang tadi. Berita tersebut disahkan oleh anak kedua beliau Putera Hang Jebat yang menyatakan bapanya meninggal dunia di klinik pada jam 5.45 petang.

Tan Sri Mohamed Zain bin Shamsuddin yang lebih dikenali sebagai Jins Shamsuddin dilahirkan di Taiping, Perak pada 5 November 1935, merupakan seniman seperjuangan dengan lagenda perfileman tanah air seperti Tan Sri P. Ramlee dan berlakon didalam beberapa filem arahan beliau. Beliau mula menjadi pelakon utama dalam filem arahan P. Ramlee iaitu Pancha Delima pada tahun 1957. Tan Sri Jins Shamsuddin juga merupakan pelakon pertama yang menjadi senator Dewan Negara selama dua penggal berturut-turut.

Tan Sri Jins Shamsuddin Meninggal Dunia

Jins Shamsuddin mula terkenal apabila membawa watak Jefri Zain yang seakan-akan watak perisik terkenal dunia James Bond. Beliau terkenal sebagai seorang yang sangat patriotik dan cintakan tanah air. Pada 1981, Jins Shamsuddin bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia menerbit dan mengarahkan filem patriotik terkenal Malaysia iaitu ‘Bukit Kepong’. Filem yang mengisahkan kejadian di Bukit Kepong dimana pasukan polis bertempur dengan tentera Parti Komunis Malaya sewaktu zaman darurat. Filem tersebut berjaya memperoleh box office dengan kutipan sebanyak RM1.7 juta dan memenangi lapan anugerah dalam Festival Filem Malaysia kali ketiga termasuklah pemenang dalam katagori filem terbaik. Tan Sri Jins Shamsuddin juga pernah mempunyai impian untuk menghasilkan filem yang mengangkat kisah kepahlawanan orang Melayu Perak menentang tentera British sewaktu Perang Perak tetapi ianya tidak kesampaian.

Beliau membina rumah tangga bersama aktres Rahmah Rahmat di Singapura pada 1961 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Jefri Jins. Perkahwinan ini tidak kekal lama dan akhirnya mereka bercerai pada 1963. Sepuluh tahun kemudian pada 1973, beliau berkahwin dengan Halijah Abdullah dan telah dikurnikan dua cahaya mata lelaki, Putera Hang Jebat dan Putera Hang Nadim. Beliau didapati mengidap Alzheimer pada 2011.

Tan Sri Jins Shamsuddin Meninggal Dunia

Kami dari orangperak.com mengucapkan takziah kepada keluarga Tan Sri Jins Shamsuddin dan mendoakan supaya Allah mencucuri rahmat keatas roh beliau. Al-fatihah.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangperak.com

Kontribusi oleh : Iskandar Zulqarnain
Persona non grata. Jejaka kacak dari Telok Anson
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.