Home Tags Sultan

Tag: sultan

Geluk, 16 Buyung Emas Dan Perak Dalam Kesultanan Perak

Geluk adalah buyung kecil yang diperbuat daripada perak dan emas. Terdapat 8 buyung perak dan 8 buyung emas yang mana perkakas ini digunakan di Istiadat Mengambil Air Bersiram Tabal di 7 buah kuala anak Sungai Perak.

Sultan Selangor Wujud Kerana Sultan Perak

Raja Lumu berhasrat ingin membebaskan Selangor dari cengkaman Johor Riau yang mana apabila difikirkan kembali, peluang untuk Raja Lumu untuk menjawat jawatan Yamtuan muda Riau masih lagi lama atau mungkin tidak berpeluang lansung. Jadi, Raja Lumu bercita-cita untuk membebaskan Selangor dari Johor Riau seterusnya menjadi Sultan dikawasan tersebut.

Kronologi 10 Tahun Pemerintahan Sultan Abdul Aziz, Sultan Perak Ke 31

Tahun-tahun pemerintahan baginda Almarhum Sultan Abdul Aziz sebagai Sultan Perak ke 31 cukup mencabar. Bermula dengan pendudukan Jepun dan kemudian kekuasaan pihak MPAJA serta komunis, desakan pihak British untuk Malayan Union dan bermacam-macam lagi.

Kapal Perang HMS Malaya Kurniaan Dari Sultan Perak

Diatas kemajuan yang dibawa oleh pihak British kepada negeri Perak pada tahun 1912, Paduka Seri Sultan Perak Sultan Idris Murshidul Adzam Shah mencadangkan dalam mesyuarat Negeri-Negeri Melayu Bersekutu bahawa Negeri-Negeri Melayu Bersekutu patut menghadiahkan kepada kerajaan British sebuah kapal perang kelas pertama yang paling canggih sebagai tanda sokongan kepada Empayar British.

Keunikan Sistem Hirarki Kesultanan Perak

Sistem yang unik ini sangat sukar untuk difahami, maka ketelitian amat penting bagi memastikan sistem yang unik ini menjadi simbol kesentosaan dan kesejahteraan negeri. Baginda yang menjawat jawatan sebagai Sultan Perak akan melalui menjawat jawatan Raja yang disusun dan akan dinaikkan setangga pangkat sehinggalah mendapat takhta utama sebagai Sultan Perak Darul Ridzuan. Ianya amat unik dan berlainan dari negeri-negeri lain yang ada di Malaysia yang mana menggunakan sistem turun temurun dari Raja pemerintah kepada puteranya.

Titah Dan Amanat Terakhir Tiga Hari Sebelum Sultan Perak Ke 33...

Pada tarikh 27 Januari 1984 iaitu 3 hari sebelum Almarhum Sultan Idris Shah II (Sultan Perak ke 33) mangkat, baginda telah menulis sepucuk surat rasmi sebagai warkah titah yang ditujukan kepada TB Dato' Yang Dipertua Majlis dan Ketua Jabatan Hal Ehwal Agama Perak.

Sejarah Dan Kaitan Madrasah Idrisiah Dengan Sultan Perak

Sepertimana yang diketahui umum, Madrasah Idrisiah dinamakan sempena dari nama almarhum Sultan Idris I Mursyidul `Adzam Shah. Baginda adalah Sultan Perak yang ke 28 dan merupakan pengasas kepada madrasah tersebut dan Madrasah Idrisiah ini telah dibagunkan dengan beberapa sumbangan tenaga ulama seperti salah satunya yang telah kami kenalkan sebelum ini pada anda adalah Tuan Guru Sheikh Haji Nawawi bin Haji Tahir yang merupakan guru agama buat lima Sultan Perak.

Kenali Pembuat Keris Agong Dan Sultan Perak

Apa yang diketahui, mereka adalah satu-satunya pembuat keris yang paling lengkap dari mula sehingga siap di Malaysia. Oleh itu, pewaris ini sedar bahawa mereka perlu memperkasakan diri untuk teruskan warisan bangsa ini agar tidak lenyap ditelan zaman.

Latar Belakang Dan Sejarah Galeri Sultan Azlan Shah

Idea pembukaan Galeri Sultan Azlan Shah telah dizahirkan semula dari cetusan pemikiran Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah (Sultan Perak yang ke 34) atas perkenan baginda untuk menjadikan galeri ini sebagai satu pusat sumber pengetahuan umum kepada seluruh rakyat tentang laluan perjalanan hidup baginda. Oleh itu, seluruh rakyat Perak wajar ke galeri ini untuk lebih mengenali perjalanan hidup baginda Sultan Perak yang ke 34.

Sultan Deli Ke 11 Adalah Cucu Sultan Perak Ke 26

kesultanan Deli cukup sinonim dengan keturunan kesultanan negeri Perak pada satu ketika dahulu yang mana susur galurnya berkait rapat dengan kerabat negeri Perak yang mana sehingga ke hari ini diteruskan legasinya.

Asal Usul Orang Kalur Pemain Nobat Kesultanan Melayu Perak

Pada masa kini hanya ada lima negeri Melayu yang mempunyai nobat iaitu Kedah, Perak, Selangor serta Terengganu di semenanjung Malaysia dan Negara Brunei di Borneo. Tiada Sultan dinegeri ini secara rasminya ditabal andai tiada paluan nobat dimainkan sewaktu pertabalan.

Kisah Sultan Iskandar Shah Menguji Ulama Negeri Perak Dalam Istana

Ada satu cerita yang mana masanya berlaku dalam bulan Ramadan yang pada waktu itu, Sultan Iskandar Shah (Sultan Perak ke 30) telah menjemput ramai ulama terkenal dari seluruh negeri Perak untuk berbuka puasa di Istananya Bukit Chandan.

Menjejaki Makam Sultan Perak Ke 25 Di Negeri Johor

Di bahagian perkarangan makam di-Raja pula terdapat kawasan yang mempunyai lingkaran tembok putih yang juga dipanggil Kota Lama atau Lingkaran Dalam yang menempatkan makam kerabat-kerabat di-Raja Johor serta pembesar-pembesar negeri yang lain. Terdapat 5 orang Sultan Johor termasuk seorang Sultan Perak telah dimakamkan disini.

Memerintah 10 Bulan, Sultan Perak Yang Paling Singkat Pemerintahan

Almarhum Sultan Yusuf Sharifuddin Mudzaffar Shah yang mana baginda hanya memerintah negeri Perak selama 10 bulan sahaja dan secara tidak langsung, ia menjadikan baginda adalah sultan yang memerintah negeri Perak paling singkat dalam pemerintahan berbanding dengan sultan lain.

Penasihat Agama Islam Sultan Perak Pertama

Seorang individu yang warak dalam agama dan telah diangkat sebagai penasihat agama buat Sultan Perak yang pertama iaitu Sultan Muzzafar Shah I.

Kisah Penjaga Gajah Sultan Idris II

Segalanya bermula di kawasan pedalaman hutan Gerik apabila hendak dijadikan cerita dan dengan takdir tuhan, seekor gajah telah terjatuh ke dalam sebuah lopak yang berselut dengan kedalaman yang agak dalam. Hal itu telah menyebabkan gajah yang terjatuh ke dalam lopak tersebut tidak dapat melepaskan diri dan tersangkut disitu menagih simpati serta memerlukan bantuan untuk menyelamatkan diri.
101,108FansLike
29,734FollowersFollow
100FollowersFollow
328SubscribersSubscribe

Menarik