● OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca Surprise Me!
Menjelang — --:--:--
Subuh
05:53
Syuruk
06:59
Zohor
13:04
Asar
16:21
Maghrib
19:03
Isyak
20:13
Sejarah

Sultan Muhammad Shah (Sultan Perak Ke 14)

08 Jun 2020 · 1 min baca · 272 ·Oleh Freddie Aziz Jasbindar

Nama sebenar baginda Sultan Muhammad Shah adalah Raja Bisnu dan baginda adalah putera kepada Yang Dipertuan Muda Mansur Shah. Baginda juga adalah merupakan adinda kepada Sultan Muzaffar Shah III (Sultan Perak Ke 13). Sewaktu zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah III (Sultan Perak Ke 13), telah berlaku salah faham antara dua beradik diraja ini dan telah memberikan kesan cukup bersejarah dalam negeri Perak yang mana kesultanan negeri Perak telah berpecah kepada dua. Kisah ini berlaku antara tahun 1742 hingga tahun 1743. Pada waktu itu, Raja Bisnu telah diangkat oleh orang besar-besar yang menyebelahi baginda untuk menjadi Sultan Perak dengan gelaran Sultan Muhammad Shah. Baginda Sultan Muhammad Shah memerintah bahagian hilir negeri Perak dan dalam pada masa yang sama Sultan Muzaffar Shah III memerintah bahagian yang selebihnya.

Sultan Muhammad Shah (Sultan Perak Ke 14)

Terdapat satu peristiwa dimana Daing Celak (Yamtuan Muda Riau) yang membawa orang Bugis datang untuk menyerang negeri Perak dalam tahun 1742 untuk masuk campur tentang hal perpecahan kuasa kesultanan di negeri Perak. Tidak lama selepas itu, Daing Celak pulang ke Riau lantas kemudian Sultan Muhammad Shah dan Sultan Muzaffar Shah III pun berdamai. Sultan Muhammad Shah telah melepaskan gelaran baginda sebagai Sultan Perak Ke 14 untuk memberi ruang kepada Sultan Muzaffar Shah III terus memerintah negeri Perak.

Sultan Muhammad Shah (Sultan Perak Ke 14)

Sultan Muhammad Shah kemudian kembali dengan gelaran Yang Dipertuan Muda dan bersemayam di Pulau Tiga. Sultan Muhammad Shah telah mangkat dalam tahun 1750 dan dimakamkan di Pulau Tiga dengan gelaran Marhum Aminullah.

Lokasi makam asal baginda Sultan Muhammad Shah telah jatuh ke dalam sungai Perak dan telah dipindahkan berdekatan dengan makam Sultan Mahmud Shah I (Sultan Perak ke 8) sewaktu zaman pemerintahan Sultan Idris II. Rujukan:

  • Sejarah Perak, Buyung Adil, m/s 32

Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindar
Anak jati Parit, Perak berlatarbelakangkan pembangunan sistem web yang kini mendedikasikan kepakaran untuk memelihara warisan negeri. Sebagai pengasas laman web 'Orang Perak', misi utama saya adalah untuk mengkaji, merekod, dan mendokumentasikan kekayaan sejarah tempatan Perak demi rujukan generasi masa hadapan.
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.