Larian sempena Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah kini kembali lagi pada bulan November nanti. Larian ini terbuka kepada semua warga dan bukan warganegara Malaysia berumur 13 tahun ke atas.
Menariknya lagi, remaja lelaki dan perempuan yang berumur 13 – 15 tahun tidak dikenakan bayaran yuran. Apa lagi pembaca orangperak.com, moh ler daftar sebelum tarikh pendaftaran ditutup.
Larian ini diadakan di Jalan Tun Razak, Kuala Kangsar pada hari Ahad 12 November 2017 bermula jam 6.45 pagi. Peserta dibahagikan kepada kategori dan bayaran yuran seperti yang tertera pada gambar di bawah.
Pendaftaran secara manual akan ditutup pada 30 September 2017 dengan menghantar borang ke Sayong Resort di Persisiran Sayong. Manakala untuk pendaftaran secara online, pendaftaran akan ditutup pada 10 Oktober 2017. Peserta yang berminat, boleh ke website untuk pendaftaran dan juga maklumat lanjut berkenaan larian di http://www.racexasia.com/event/larian-hari-keputeraan-sultan-nazrin-shah-2017/
Berikut merupakan hadiah yang disediakan oleh pihak penganjur kepada peserta larian
Untuk makluman pembaca orangperak.com, larian ini pernah diadakan pada tahun 2015 dan juga tahun 2016. Jadi, mari kita saksikan video larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah pada tahun 2016 yang lalu.
Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah 2016