26.6 C
Ipoh
Friday, 17 January 2025

Kaitan P. Ramlee Dengan Bekas Permaisuri Perak

- Advertisement -
- Advertisement -

Anak Malaysia cukup kenal dengan Seniman Agung Negara yang bernama P. Ramlee ini. Kita disajikan dengan filem-filem hasil buatan dan lakonan beliau sendiri sejak dari kecil sehinggalah sekarang. Tidak pernah rasa bosan menonton filem lakonannya walaupun berulang-ulang kali menontonnya.

Mungkin ramai yang tidak tahu tentang nama sebenar P. Ramlee selepas dilahirkan adalah Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh. Nama Ramlee sebenarnya datang dari panggilan oleh neneknya sendiri kerana menghadapi kesukaran untuk memanggil nama Teuku Zakaria.

Kaitan P. Ramlee Dengan Bekas Permaisuri Perak

Ibu Bapa P. Ramlee

Berbalik kepada kaitan artikel ini dengan tajuk yang diberikan, Ramlee Puteh atau lebih senang dengan panggilan P. Ramlee memang punyai kaitan ikatan keluarga dengan anak kelahiran negeri Perak yang mana isteri beliau yang ke dua adalah Noorizan Mohd Noor.

Apa yang menariknya untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, Noorizan Mohd Noor ini adalah merupakan bekas isteri kepada Sultan Perak ke 32 iaitu Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah yang mana secara tidak langsung, beliau adalah bekas permaisuri negeri Perak.

Kaitan P. Ramlee Dengan Bekas Permaisuri Perak

Jika anda tidak tahu, baginda Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah pula adalah datuk kepada Sultan Nazrin Shah (Sultan Perak ke 35) dan ayahanda kepada Almarhum Sultan Azlan Shah (Sultan Perak ke 34).

Kaitan P. Ramlee Dengan Bekas Permaisuri Perak

Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah (Sultan Perak ke 32)

Sepertimana yang sudah dimaklumkan tadi, Noorizan Mohd Noor dan P. Ramlee telah berkahwin pada 6 Februari 1955 dan Noorizan mengharapkan sesuatu yang lebih dari perkahwinan mereka tetapi P. Ramlee lebih menumpukan hidupnya kepada kerjaya seni yang menyebabkan perkahwinan mereka berakhir pada 16 Oktober 1961.

Kaitan P. Ramlee Dengan Bekas Permaisuri Perak

Rumah tangga mereka berdua mulai goyah sewaktu P. Ramlee sedang dalam pembikinan filem Ibu Mertua Ku. Keadaan hubungan mereka beralun seperti ombak dalam ribut. Sekejap aman, sekejap bergaduh, itulah lumrah rumah tangga mereka dan dalam suasana itulah P. Ramlee telah mencipta tiga buah lagu yang bertajuk Jeritan Bathinku, Jangan Tinggal Daku serta Di Manakan Ku Cari Ganti.

Kaitan P. Ramlee Dengan Bekas Permaisuri Perak

Sambil menyusun lagunya, P. Ramlee menyatakan pada Noorizan, “Kalau aku takada nanti, lagu-lagu inilah sebagai pengganti dan menjadi kenangan dalam hidupmu!” Walaupun telah berpisah, namun perhubungan P. Ramlee dengan Noorizan tetap baik, masing-masing saling hormat menghormati.

Kaitan P. Ramlee Dengan Bekas Permaisuri Perak

Mungkin anda pembaca setia orangperak.com sudah perasan tentang Noorizan ada berlakon dalam filem Laksamana Do Re Mi pada tahun 1973. Selepas 12 tahun bercerai, Noorizan ditawarkan oleh P. Ramlee untuk memegang watak sebagai Permaisuri Pasir Berdengung.

Kaitan P. Ramlee Dengan Bekas Permaisuri Perak

Pusara P. Ramlee

Noorizan Mohd Noor meninggal dunia di Kuala Lumpur pada 15 Mei 1992 pada usia 65 tahun.

- Advertisement -
Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindarhttps://fred.my
Pengasas orangperak.com dan Pencinta Sejarah Tempatan Negeri Perak.
Terkini
- Advertisement -

Moh baca!

Related news
- Advertisement -

1 COMMENT

  1. tapi tu la p ramlee sanggup bercinta dengan isteri orang iaitu permaisuri perak sebab noorizan masih isteri kepada Sultan Yussuf Izzuddin Shah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here