● OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca Surprise Me!
Menjelang — --:--:--
Subuh
05:52
Syuruk
06:59
Zohor
13:03
Asar
16:21
Maghrib
19:02
Isyak
20:12
Berita

Gegaran Gempa Bumi 5.7 Di Medan Turut Terasa Di Perak

16 Jan 2017 · 1 min baca · 168 ·Oleh Freddie Aziz Jasbindar

Gempa bumi berskala 5.7 mb telah melanda Medan, Indonesia pada jam 8.43PM waktu Malaysia hari ini 16 Januari 2017. Gegaran 5.7 itu adalah agak kuat dan ada warga Perak mula berkongsikan rasa gegaran yang dirasai mereka di media sosial melalui laman facebook.

maklumat gempa bumi utara sumatera

Seorang saksi yang berada dalam jarak 35km dari punca titik tengah gempa turut berkongsikan perasaannya di laman emsc-csem.org berkenaan dengan gempa tersebut. "Tidak pernah merasakan hal seperti ini sebelumnya, aku ada di dalam mobil dan mobil mulai bergetar seperti baru menginstal hidrolik mobil, aku berharap semua orang aman", katanya di laman tersebut.

gempa bumi utara sumatera

Ramai lagi yang turut merasai gegaran ini di Malaysia seperti di Penang, Kedah, Perlis dan kawasan persisiran pantai barat yang lain. Menurut komen di emsc-csem.org, ada juga saksi dari Singapura yang turut merasai gegarannya.

bukti gempa bumi di perak

Tidak dapat bayangkan keadaan bertapa kuatnya gegaran disana jikalau sehingga di serata kawasan persisiran pantai Pantai pun turut merasai gegaran. Marilah kita berdoa agar semua saudara-mara sesama manusia kita di Medan dalam keadaan selamat dan tabah menghadapi dugaan yang melanda.

Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindar
Anak jati Parit, Perak berlatarbelakangkan pembangunan sistem web yang kini mendedikasikan kepakaran untuk memelihara warisan negeri. Sebagai pengasas laman web 'Orang Perak', misi utama saya adalah untuk mengkaji, merekod, dan mendokumentasikan kekayaan sejarah tempatan Perak demi rujukan generasi masa hadapan.
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.