Gelaran Isteri Kedua Sultan Perak Yang Ramai Tidak Tahu

    Related

    Benarkah Jasad J.W.W. Birch Sudah Dipindahkan Dari Jiratnya Di Pasir Salak?

    Benarkah dakwaan tentang jasad Birch sudah dibawa keluar dan hanya tinggal pakaian beliau sahaja di sana dan ada juga dakwaan tentang pihak Inggeris membawa helikopter bagi tujuan memindahkan jasad Birch itu.

    Gunung Matsurat, Gunung Warisan Kinta

    Mengikut cerita tetua, pada zaman dahulu Gunung Matsurat adalah merupakan 'istana purba' yang didiami oleh Raja dan Permaisurinya. Hendak dijadikan cerita, mereka mengadakan majlis keraian di dalam 'istana purba' ini, maka bergegak gempitala suasananya. Secara tiba-tiba Sang Kelembai telah datang dan dipercayai terganggu dek suasana yang hingar-bingar di dalam 'istana purba' ini, menyebabkannya telah menyumpah segala yang berada di dalam gunung ini menjadi batu termasuk Raja dan Permaisurinya.

    Gunung Cheroh, Gunung Sejarah Kinta

    Ketika dalam pelayaran, mereka mengalami sesuatu yang aneh apabila melalui kawasan pergunungan batu kapur di Gunung Cheroh, hendak dijadikan cerita kapal yang dinaiki mereka tidak dapat meneruskan pelayaran apabila sampai di kaki Gunung Cheroh kerana laluan yang sempit dan tidak dalam.

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh terletak di dalam Mukim Ulu Kinta, Daerah Kinta, Perak.

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang Pertama

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang pertama dalam sistem penggiliran jawatan Panglima Kinta SABD.

    Share

    Raja Permaisuri Perak adalah merupakan gelaran buat isteri baginda sultan pemerintah negeri Perak Darul Ridzuan. Tidakkah anda tertanya-tanya adakah tempat untuk gelaran buat interi kedua kepada Sultan Perak? Teruskan membaca untuk ketahuinya.

    Jangan anda tidak tahu, gelaran buat interi kedua Sultan Perak sebenarnya wujud dan ia adalah antara salah satu gelaran yang paling tua dalam negeri Perak yang dikhususkan untuk rakyat biasa yang menjadi isteri sultan negeri Perak.

    Gelaran Che Puan Negara sebenarnya adalah gelaran yang telah diguna pakai untuk isteri kedua Sultan Perak sejak ratusan tahun dahulu. Namun gelaran tersebut semakin tenggelam dan tidak digunakan sehinggalah untuk satu jangka masa panjang.

    Namun pada tahun 1964 sewaktu zaman pemerintahan Almarhum Sultan Idris Shah II (Sultan Perak ke 33), gelaran Che Puan Negara digunakan kembali untuk isteri kedua baginda Almarhum Sultan Idris Shah II (Sultan Perak ke 33).

    Gelaran Isteri Kedua Sultan Perak Yang Ramai Tidak Tahu

    Isteri kedua baginda Almarhum Sultan Idris Shah II (Sultan Perak ke 33) adalah bernama Che Aminah. Che Aminah telah berkahwin dengan Almarhum Sultan Idris Shah II (Sultan Perak ke 33) dalam tahun 1960 sewaktu baginda menjadi Raja Muda Perak.

    Gelaran Isteri Kedua Sultan Perak Yang Ramai Tidak Tahu

    Nama sebenar Che Aminah Binti Abdullah sebelum memeluk agama Islam adalah Amy Lim Kam Fong. Che Aminah telah dianugerahkan gelaran Che Puan Negara pada tarikh 27 Febuari 1964 sewaktu berusia 29 tahun setelah empat tahun menjadi isteri kedua kepada Almarhum Sultan Idris Shah II (Sultan Perak ke 33).

    Gelaran Isteri Kedua Sultan Perak Yang Ramai Tidak Tahu

    Almarhum Sultan Idris Shah II (Sultan Perak ke 33) pernah berkahwin sebanyak 8 kali dan Che Aminah merupakan perkahwinan baginda yang ke 5 buat Almarhum Sultan Perak. Beberapa perkahwinan baginda berakhir dengan penceraian.

    1. YM Raja Izzah Binti Raja Ali (bercerai)
    2. YMM Raja Perempuan Muzwin Binti Raja Ariff Shah
    3. Che Asma (bercerai)
    4. Che Hanizah (bercerai)
    5. Che Aminah Binti Abdullah (bercerai)
    6. Dato’ Seri Sharifah Salmah Binti Syed Ahmad Alkaff
    7. Che Satira
    8. Dato’ Seri Norizan Binti Haji Hamzah

    Gelaran Isteri Kedua Sultan Perak Yang Ramai Tidak Tahu

    Sumber dan rujukan:

    • Ipoh World
    • Sembang Kuala
    • Berita Harian 25 Februari 1964
    • Berita Harian 5 March 1963
    Freddie Aziz Jasbindar
    Freddie Aziz Jasbindar
    Pengasas orangperak.com dan pencinta sejarah tempatan negeri Perak.