● OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca Surprise Me!
Menjelang — --:--:--
Subuh
05:53
Syuruk
06:59
Zohor
13:04
Asar
16:21
Maghrib
19:04
Isyak
20:13
Fakta

Uniknya Lubuk Pertemuan Di Sungai Perak

05 Jan 2020 · 3 min baca · 413 ·Oleh Freddie Aziz Jasbindar

Gabungan penempatan di satu kawasan membentuk satu perkampungan yang mana gabungan kampung-kampung pula membentuk mukim. Lantas gabungan mukim-mukim pula membentuk satu daerah.

Tidak cukup dengan itu, gabungan daerah-daerah membentuk satu negeri yang besar dan seterusnya, gabungan antara negeri-negeri pula membentuk sebuah negara yang gah di mata dunia. Naratif penerangan ringkas di atas sebenarnya ingin memberi gambaran kepada pembaca tentang gabungan sesuatu untuk membentuk satu kuasa yang lebih besar dari sebelumnya. Artikel kali ini akan menceritakan tentang kawasan pertemuan dan gabungan sungai yang membentuk sungai Perak. Pertamanya, kita tahu bahawa

punca sungai Perak bermula dari Hulu negeri Perak

.

Uniknya Lubuk Pertemuan Di Sungai Perak

Namun apa yang menariknya, ramai yang tidak tahu bahawa sungai Perak yang mengalir ke Hilir Perak ini sebenarnya telah bercampur atau bergabung dengan sungai lain di Sungai Siput.

Uniknya Lubuk Pertemuan Di Sungai Perak

Saya dibawa oleh sahabat bernama

Ariff Zaky Zolkafly

ke lokasi pertemuan sungai Perak ini yang bagi saya ia cukup menarik untuk dikongsikan bersama-sama dengan pengikut setia laman orang Perak. Uniknya di lokasi pertemuan sungai ini dapat dilihat dengan jelas tentang perbezaan warna air sungai Pelus yang turun dari mata air Kuala Mu dan bercampur dengan sungai Perak yang asal.

Uniknya Lubuk Pertemuan Di Sungai Perak

Sudahlah warnanya pun dilihat berbeza, menambah teruja lagi apabila dicelupkan tangan ke dalam pertemuan dua sungai ini. Suhunya cukup terasa sejuk dari sungai Pelus dan suam dari sungai Perak yang asli. Lokasi pertemuan sungai ini terletak tidak jauh dari Kem Lang Buana dan kawasan tersebut masih lagi nampak terpelihara daripada sebarang pencemaran dan amat sesuai untuk dijadikan sebagai satu lokasi baru untuk pelancongan eko. Berdasarkan pemerhatian kasar, kawasan tersebut juga menjadi salah satu kawasan persinggahan buat burung-burung yang sedang bermigrasi. Berkemungkinan dan tidak mustahil jika terdapat spesis-spesis burung unik yang menjadikan kawasan tersebut sebagai tempat persinggahan mereka. Kawasan pertemuan sungai Pelus dengan sungai Perak ini juga dikenali sebagai lubuk Jawang. Ia juga tidak dapat lari daripada pelbagai cerita mistik, misteri, mitos yang cukup menarik untuk dikongsikan bersama.

Dikatakan di dasar kawasan lubuk Jawang ini terdapat sebuah gua yang besar dan mungkin pintu gua itu dikatakan boleh terus menuju ke kawasan Tapah. Terdapat beberapa insiden sampan karam di kawasan ini pada satu ketika dahulu sehingga tidak dapat dikesan.

Uniknya Lubuk Pertemuan Di Sungai Perak

Cerita-cerita tentang gangguan daripada makhluk halus juga sering kedengaran berlaku dan dikatakan ia mengganggu para nelayan kampung yang mencari rezeki di sekitar lubuk sungai ini.

Uniknya Lubuk Pertemuan Di Sungai Perak

Kawasan ini juga menjadi syurga buat peminat ikan sungai. Kebanyakan ikan-ikan sungai ini (temoleh) akan melepaskan telur di hulu sungai supaya telurnya dibawa arus ke hilir sungai seperti ikan salmon yang popular di luar negara. Oleh kerana terdapat empangan Chenderoh yang menghalang ikan untuk terus menuju ke Hulu Perak, jadi sekitar kawasan empangan ini menjadi pilihan terakhir untuk ikan-ikan melepaskan telur mereka supaya dibawa arus ke Hilir Perak. Terima kasih kepada kanda Len Jawang yang sudi membawa kami dengan bot beliau ke lokasi untuk kami menyaksikan sendiri kawasan pertemuan sungai Perak yang cukup unik ini.

Uniknya Lubuk Pertemuan Di Sungai Perak

Negeri Perak cukup kaya dengan alam semula jadi ciptaan Allah SWT dan kita sebagai penduduk di negeri bertuah ini wajar untuk menghargai keindahan yang telah dikurniakan untuk dapatan generasi akan datang.

Ekor Tanjung Pulau Kemiri, Letak di Jawang, Tidak ada harta sendiri, Jangan harap harta orang.

Uniknya Lubuk Pertemuan Di Sungai Perak

Inilah pantun nasihat serta peringatan yang dikongsikan oleh kanda Len Jawang kepada kami. Pantun ini dikatakan amat popular oleh penduduk tempatan dan digunakan sejak dari dahulu lagi.

Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindar
Anak jati Parit, Perak berlatarbelakangkan pembangunan sistem web yang kini mendedikasikan kepakaran untuk memelihara warisan negeri. Sebagai pengasas laman web 'Orang Perak', misi utama saya adalah untuk mengkaji, merekod, dan mendokumentasikan kekayaan sejarah tempatan Perak demi rujukan generasi masa hadapan.
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.