● OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca Surprise Me!
Menjelang — --:--:--
Subuh
05:54
Syuruk
06:59
Zohor
13:05
Asar
16:21
Maghrib
19:04
Isyak
20:14
Sejarah

Lokasi Baru Makam Tun Saban Di Lawin, Gerik

12 Feb 2019 · 2 min baca · 194 ·Oleh Freddie Aziz Jasbindar

Nama Tun Saban seringkali dapat kita dengar dalam penceritaan sejarah pembukaan negeri Perak sebagai negeri yang berdaulat sejak pemerintahan sultan Perak yang pertama iaitu Almarhum Sultan Muzaffar Shah anakanda kedua Sultan Melaka yang terakhir.

Penceritaan kisah tokoh Tun Saban ini tidak dapat dipisahkan dengan sejarah awal di daerah Hulu Perak. Menurut penulisan Abdul Halim Nasir, Tun Saban adalah merupakan tokoh pemimpin Melayu yang sangat dikenali, disegani bahkan dianggap wira oleh orang-orang Melayu negeri Perak khususnya di daerah Hulu Perak. Pelbagai versi kisah dan riwayat berkenaan dengan Tun Saban yang ada dari pelbagai versi sama ada lisan dan bertulis yang diturunkan dari satu generasi ke generasi yang baru. Secara kasarnya, penceritaan Tun Saban adalah berkenaan dengan beliau pergi belayar ke Kampar untuk mengadap Sultan Mahmud Shah (Sultan Melaka yang terakhir) untuk meminta seorang putera baginda supaya dapat dijadikan sultan di negeri Perak.

Lokasi Baru Makam Tun Saban Di Lawin, Gerik

Tun Saban juga dikatakan adalah anak kepada Tun Perak (Bendahara negeri Melaka) dan selepas negeri Melaka ditawan oleh portugis, Tun Saban telah melarikan diri ke beberapa tempat iaitu ke Bentan, Kampar, Patani dan kemudian ke Hulu Perak sebelum datangnya sultan pertama Perak ke negeri Perak.

Lokasi Baru Makam Tun Saban Di Lawin, Gerik

Menurut catatan buku tulisan N.A. Halim, lokasi asal makam Tun Saban ini sebenarnya terletak di dalam hutan iaitu kira-kira 19.2km ke utara Kuala Kenering dan ia terletak di atas bukit di pinggir tebing kiri mudik Sungai Perak yang bernama Bukit Changkat Merah.

Lokasi Baru Makam Tun Saban Di Lawin, Gerik
Lokasi Baru Makam Tun Saban Di Lawin, Gerik

Ternyata agak sukar untuk melawat ke makam tersebut kerana faktor-faktor keselamatan seperti ancaman pengganas komunis, gangguan binatang buas dan faktor-faktor lain. Makam Tun Saban yang sebenar kemudian telah dipindahkan ke Lawin sebelum kawasan Bukit Changkat Merah ditenggelami air disebabkan oleh pembinaan Empangan Kenering.

Lokasi Baru Makam Tun Saban Di Lawin, Gerik
Lokasi Baru Makam Tun Saban Di Lawin, Gerik

Hari ini, lokasi makam Tun Saban yang baru adalah terletak di perkarangan Sekolah Agama Rakyat al-Falahiah, Lawin. Terdapat juga makam lain di kawasan Makam Tun Saban yang mana dipercayai makam tersebut adalah milik anak perempuan kepada Tun Saban.

Lokasi Baru Makam Tun Saban Di Lawin, Gerik
Lokasi Baru Makam Tun Saban Di Lawin, Gerik

Kredit gambar dan penceritaan diolah semula:

  • Raja Adley Paris

Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindar
Anak jati Parit, Perak berlatarbelakangkan pembangunan sistem web yang kini mendedikasikan kepakaran untuk memelihara warisan negeri. Sebagai pengasas laman web 'Orang Perak', misi utama saya adalah untuk mengkaji, merekod, dan mendokumentasikan kekayaan sejarah tempatan Perak demi rujukan generasi masa hadapan.
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.