Bagan Datoh adalah sebuah pekan yang terletak kira-kira 45km dari barat Teluk Intan di Hilir Perak. Ia terletak di tenggara bandar raya Ipoh, ibu negeri Perak. Dahulunya Bagan Datoh dikenali sebagai tempat penanaman kelapa dan koko. Namun demikian, kini kedua-kedua jenis tanaman ini telah disaingi oleh penanaman kelapa sawit yang memberikan lebih banyak hasil. Sekarang, parlimen Bagan Datoh yang kini dipegang oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Datuk Seri Najib Razak iaitu perdana menteri Malaysia telah mengumumkan pada sambutan Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri Julai 2016 yang lalu bahawa Bagan Datoh akan dinaik taraf sebagai daerah penuh berikutan hasil persetujuan bersama kerajaan negeri dengan persekutuan. Sehubungan dengan itu, Bagan Datoh akan tukarkan namanya kepada Bagan Datuk berkuat kuasa pada 9 Januari 2017 yang akan datang.
Pengisytiharan pada 9 Januari 2017 itu nanti akan dijalankan oleh Sultan Perak iaitu Sultan Nazrin Shah. Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri berkata, perkara ini telah diputuskan dalam persidangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 22 November 2016 yang lalu. Sehubungan itu, jabatan dan agensi kerajaan perlu mengguna pakai ejaan baru tersebut dalam pengurusan masing-masing.
Pengisytiharan bersejarah ini akan dijalankan di Dewan Sekolah Menengah Sains dekat Bagan Datoh yang akan bakal dihadiri dengan kira-kira 15,000 penduduk daerah. Bagan Datoh atau dengan nama barunya Bagan Datuk secara rasmi diwartakan sebagai daerah pentadbiran ke 12 di Perak pada 15 Jun 2016 yang lalu. Perkara ini apa yang dapat dilihatkan dapat memberi perkabaran baik yang mampu membuka dan menambah peluang pekerjaan di kawasan tersebut.