Ramai yang tahu akan hal iCity di Shah Alam sebagai salah satu tarikan pelancongan paling popular di Shah Alam, Selangor. Ianya popular sebagai taman lampu berwarna-warni yang seakan-akan berirama dan cantik untuk dikunjungi diwaktu malam seisi keluarga. Lain pula ceritanya tentang taman tema lampu yang bakal ada di Marina Island, Perak!
Siapa sangka Marina Island yang terletak di pantai Teluk Muruh berdekatan Teluk Batik sebenarnya adalah sebuah pulau buatan manusia. Pulau buatan manusia yang bernama Marina Island ini amat luas dan mampu untuk menampung pelbagai bangunan diatasnya secara keseluruhan dengan keluasan sebesar 316.9 ekar.
Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, pada 24 November 2017 ini akan dibuka taman tema hiburan lampu LED yang paling besar di Marina Island, Perak dan ianya dikenali dengan nama Fantasy Lights Of Marina. Ianya adalah amat sesuai buat rehat santai bersama keluarga melihat kecantikan lampu LED.
Pelbagai jenis lampu LED yang akan berada di Marina Island untuk sepanjang tempoh taman tema tersebut dibuka selama 4 bulan yang mana akan berakhir pada 4 Mac 2018. Selain itu, pelbagai aktiviti juga akan diadakan untuk memeriahkan taman tema tersebut dengan kehadiran pengunjung yang datang.
Apa yang menariknya, Inflatable Whale Playland Tour juga dimaklumkan buat pertama kalinya akan masuk ke Malaysia dan bakal terdampar di Marina Island bersama-sama dengan Fantasy Lights Of Marina. Ianya adalah ikan paus yang didalam badannya terdapat jutaan bola-bola kecil dan permainan menarik! Sudah pasti ia akan dapat mengukir senyuman pada wajah anak-anak apabila mereka sampai disini.
Inflatable Whale Playland Tour
- Tarikh dibuka : 24 November 2017
- Tarikh tutup : 4 Mac 2018
- Lokasi : Marina Island, Perak
Segera dapatkan tiket masuk yang ada dijual dengan pelbagai harga promosi di serata kawasan manjung dan lumut. Anda boleh terus berhubung dengan Marina Island untuk bertanyakan tentang hal ini. Cepat sebelum terlambat untuk dapatkan tiket dengan harga promosi!