Apam Balik Benci Tapi Rindu, Kampung Manjoi

Apam balik atau kadangkala dikenali dengan nama apom balik, murtabak manis dan terang bulan merupakan sejenis kuih tradisi buat seluruh nusantara iaitu negara Indonesia, Malaysia dan Singapura. Ia adalah sejenis kuih yang sesuai dimakan pada waktu pagi dan petang dengan santai.

Jika di Teluk Intan, Perak terkenal dengan Apam Balik Malindo, lain pula ceritanya di Kampung Manjoi. Menurut masyarakat setempat di Kampung Manjoi, apam balik paling lagenda dan sedap di kawasan tersebut tidak lain tidak bukan Apam Balik Benci Tapi Rindu.

Pengusaha Apam Balik Benci Tapi Rindu iaitu Pak Arit yang berusia 69 tahun menyatakan bahawa beliau telah mula berniaga apam balik disekitar kawasan Manjoi sejak berumur 16 tahun lagi. Ini bermakna, beliau berpengalaman dalam pembuatan apam balik sudah lebih separuh abad iaitu 53 tahun.

Apam Balik Benci Tapi Rindu, Kampung Manjoi

Asalnya, Pak Arit telah merantau sehingga ke Sabah dan Sarawak untuk mencari peluang-peluang pekerjaan yang boleh dilakukan pada siang hari dan menjual apam balik pada sebelah malam setiap hari untuk menambah pendapatan. Kemudian, Pak Arit mula menetap di Kampung Manjoi pada tahun 1990 yang mana pada ketika itu usia beliau mencecah 43 tahun.

Apam Balik Benci Tapi Rindu, Kampung Manjoi

Sejak berpindah ke Kampung Manjoi, beliau terus mula berniaga di Jalan Baginda, Kampung Manjoi sehingga ke hari ini di lokasi yang sama. Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, Pak Arit mula berniaga dalam jam 6 atau 7 petang hingga 11 malam.

  • Lokasi : Jalan Baginda, Kampung Manjoi (koordinat : 4.619111, 101.070139)
  • Harga : RM2 (biasa) / RM3 (istimewa)
  • Waktu Niaga : 6 / 7 petang hingga 11 malam

Apakah makna nama disebalik apam balik Pak Arit ini? Menurut Pak Arit, nama apam balik beliau iaitu Benci Tapi Rindu ini sebenarnya membawa makna, bila pelanggan dah jemu dengan apam balik, pelanggan tidak akan datang beli lagi. Tapi bila dah lama tidak makan apam balik, pelanggan akan rindu dan akan datang beli.

Apam Balik Benci Tapi Rindu, Kampung Manjoi

Kredit dan olahan diambil dari Suara Perak

Leave a Comment