Pantai Bercahaya Biru Di Pulau Sembilan, Perak

    Related

    Benarkah Jasad J.W.W. Birch Sudah Dipindahkan Dari Jiratnya Di Pasir Salak?

    Benarkah dakwaan tentang jasad Birch sudah dibawa keluar dan hanya tinggal pakaian beliau sahaja di sana dan ada juga dakwaan tentang pihak Inggeris membawa helikopter bagi tujuan memindahkan jasad Birch itu.

    Gunung Matsurat, Gunung Warisan Kinta

    Mengikut cerita tetua, pada zaman dahulu Gunung Matsurat adalah merupakan 'istana purba' yang didiami oleh Raja dan Permaisurinya. Hendak dijadikan cerita, mereka mengadakan majlis keraian di dalam 'istana purba' ini, maka bergegak gempitala suasananya. Secara tiba-tiba Sang Kelembai telah datang dan dipercayai terganggu dek suasana yang hingar-bingar di dalam 'istana purba' ini, menyebabkannya telah menyumpah segala yang berada di dalam gunung ini menjadi batu termasuk Raja dan Permaisurinya.

    Gunung Cheroh, Gunung Sejarah Kinta

    Ketika dalam pelayaran, mereka mengalami sesuatu yang aneh apabila melalui kawasan pergunungan batu kapur di Gunung Cheroh, hendak dijadikan cerita kapal yang dinaiki mereka tidak dapat meneruskan pelayaran apabila sampai di kaki Gunung Cheroh kerana laluan yang sempit dan tidak dalam.

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh terletak di dalam Mukim Ulu Kinta, Daerah Kinta, Perak.

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang Pertama

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang pertama dalam sistem penggiliran jawatan Panglima Kinta SABD.

    Share

    Ramai yang tak tahu akan kewujudan Pulau Sembilan yang terletak dalam jajahan negeri Perak Darul Ridzuan. Pulau ini terletak sejauh 10 batu nautika dari Pulau Pangkor dan di sekitar Pulau Sembilan terdiri daripada 9 gugusan pulau kecil iaitu Pulau Agas, Pulau Payong, Pulau Nipis, Pulau Rumbia, Pulau Lalang, Pulau Saga, Pulau Buluh, Black Rock dan White Rock. Dari sembilan gugusan itulah Pulau Sembilan mendapat namanya.

    Ramai kaki pancing yang gemar ke sana kerana banyak ikan dan hidupan laut lain yang hidup di perairan disekitar pulau tersebut. Kawasan pertengahan di antara Pulau Rumbia dengan Pulau Lalang juga adalah lokasi terbaik untuk aktiviti menyelam dan snorkeling kerana ianya adalah kawasan yang berkedalaman 15 meter dan dipenuhi dengan batu karang.

    Kawasan batu karang ini menjadi sumber makanan utama buat beribu-ribu spesis hidupan laut terutamanya ikan merah dan ikan barakus. Di sebelah timur Pulau Buluh pula dipenuhi dengan batu-batu kecil yang dilitupi dengan batu karang yang keras dan berwarna-warni. Daya tarikan pulau ini bukan sahaja terletak pada kegiatan memancing malah diserikan lagi dengan keindahan panorama semulajadi yang menarik.

    pantai pulau sembilan

    Tambah menarik lagi tentang pantai di Pulau Sembilan ini adalah ianya bercahaya apabila waktu malam tiba yang digelar “Blue Tear” atau “Blue Sand”.

    pantai pulau sembilan

    Fenomena ini adalah hasil daripada organisma laut yang banyak di kawasan persisiran pantai Pulau Sembilan. Nama organisma yang bercahaya ini adalah Ostracod Crustaceans atau Phytoplankton.

    Untuk makluman anda, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah bertitah ketika merasmikan Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Ke 13 agar kerajaan negeri Perak mengambil tindakan untuk menutup sementara waktu Taman Negeri Pulau Sembilan kepada semua aktiviti pelancongan ekoran keindahan pulau tersebut kini terancam akibat aktiviti komersial dan individu yang tidak ada rasa tanggung-jawab.

    pantai pulau sembilan

    Lantas kerajaan negeri terus mengumumkan Pulau Sembilan telah ditutup kepada sebarang aktiviti pelanco­ngan berkuat kuasa pada 1 April 2017 sehingga ke tarikh yang akan diberitahu nanti. Keindahan Pulau Sembilan akan terus dipelihara dan terbela nasibnya seperti yang dititahkan oleh Sultan Perak.

    pantai pulau sembilan

    Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir mengambil langkah ber­kenaan bagi memben­dung tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang bertindak menceroboh dan merosakkan flora dan fauna yang terdapat di pulau berkenaan. Menteri Besar Perak kita sendiri telah turun untuk lihat keadaan kerosakan di Pulau Sembilan.

    pantai pulau sembilan

    Nanti bila dah buka semula Pulau Sembilan, kami dari sahabat editor orangperak.com ingin cuba berkhemah disana dan menghayati keindahan alam semula jadi yang ada di jajahan negeri Perak yang tercinta ini.

    pantai pulau sembilan

    Kita sebagai rakyat haruslah prihatin atas keindahan alam dan tidaklah seharusnya hanya mementingkan kepentingan diri sendiri sahaja. Berilah peluang pada cucu cicit kita untuk menikmati keindahan alam yang harus dikekalkan ini.

    Freddie Aziz Jasbindar
    Freddie Aziz Jasbindar
    Pengasas orangperak.com dan pencinta sejarah tempatan negeri Perak.