Kisah Popiah S.S. Ali, Popiah Pilihan Nombor 1 Di Ipoh

    Related

    Benarkah Jasad J.W.W. Birch Sudah Dipindahkan Dari Jiratnya Di Pasir Salak?

    Benarkah dakwaan tentang jasad Birch sudah dibawa keluar dan hanya tinggal pakaian beliau sahaja di sana dan ada juga dakwaan tentang pihak Inggeris membawa helikopter bagi tujuan memindahkan jasad Birch itu.

    Gunung Matsurat, Gunung Warisan Kinta

    Mengikut cerita tetua, pada zaman dahulu Gunung Matsurat adalah merupakan 'istana purba' yang didiami oleh Raja dan Permaisurinya. Hendak dijadikan cerita, mereka mengadakan majlis keraian di dalam 'istana purba' ini, maka bergegak gempitala suasananya. Secara tiba-tiba Sang Kelembai telah datang dan dipercayai terganggu dek suasana yang hingar-bingar di dalam 'istana purba' ini, menyebabkannya telah menyumpah segala yang berada di dalam gunung ini menjadi batu termasuk Raja dan Permaisurinya.

    Gunung Cheroh, Gunung Sejarah Kinta

    Ketika dalam pelayaran, mereka mengalami sesuatu yang aneh apabila melalui kawasan pergunungan batu kapur di Gunung Cheroh, hendak dijadikan cerita kapal yang dinaiki mereka tidak dapat meneruskan pelayaran apabila sampai di kaki Gunung Cheroh kerana laluan yang sempit dan tidak dalam.

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh terletak di dalam Mukim Ulu Kinta, Daerah Kinta, Perak.

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang Pertama

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang pertama dalam sistem penggiliran jawatan Panglima Kinta SABD.

    Share

    Malaysia antara yang cukup terkenal dengan syurga makanan di rantau Asia kerana punyai hindangan makanan yang unik, sedap dan lazat. Perak tidak terkecuali dari terkenal dengan makanan warisan yang mana ia sama taraf dengan makanan warisan di negeri-negeri lain yang ada di Malaysia.

    Kali ini kami ingin menceritakan tentang kisah popiah yang cukup terkenal dan paling popular di Ipoh. Mungkin ramai yang sudah tahu tentang hal ini dan untuk mereka yang tidak tahu, popiah ini dikenali dengan nama Popiah S.S. Ali.

    Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, perniagaan Popiah S.S. Ali yang popular ini sebenarnya punyai sejarah dan ceritanya yang tersendiri dan amat menarik untuk dikongsikan bersama anda semua tentang kisahnya.

    Jangan anda tidak tahu, Popiah S.S. Ali ini sebenarnya sudah beroperasi sejak dahulu lagi yang mana sudah tiga generasi menjalankan perniagaan popiah tersebut. Segalanya bermula secara kecil-kecilan di Sayong, Kuala Kangsar.

    Kisah Popiah S.S. Ali, Popiah Pilihan Nombor 1 Di Ipoh

    Saukat Ali, pemilik Popiah S.S. Ali

    Menurut Saukat Ali iaitu pemilik kepada Popiah S.S. Ali, perniagaan popiah ini sebenarnya adalah warisan perniagaan keluarga yang mana segalanya bermula apabila datuknya sendiri mula berniaga popiah secara kecil-kecilan sejak pada tahun 1942 di Sayong, Kuala Kangsar.

    Kemudian, perniagaan popiah diambil alih oleh bapa kepada Saukat Ali sebelum beliau lahir pada tahun 1957 lagi. Sewaktu berniaga popiah di Kuala Kangsar dahulu, harga popiah pada waktu itu adalah 10 sen untuk setiap satu.

    Kisah Popiah S.S. Ali, Popiah Pilihan Nombor 1 Di Ipoh

    Kredit gambar kepada Norkalida Zainal – FB Group ‘Uncover Malaysia’s Beauty’ – Perak

    Pada tahun 1978, mereka sekeluarga telah berpindah ke Ipoh dan mula berniaga popiah di sana. Sejak itu, Popiah S.S. Ali mula menempah nama dan terus menjadi terkenal lantas menjadi kegilaan buat penduduk setempat. Hal ini secara tidak langsung menjadikan Popiah S.S. Ali terus menjadi popiah pilihan nombor satu masyarakat di sekitar Ipoh.

    Adakah anda tertanya-tanya tentang apakah makna disebalik nama Popiah S.S. Ali? Kisahnya pada tahun 1978 yang mana Saukat Ali telah menyuntik semangat orang tuanya untuk berhijrah ke Ipoh dan berniaga mencari rezeki disana.

    Kisah Popiah S.S. Ali, Popiah Pilihan Nombor 1 Di Ipoh

    Setelah beberapa bulan berniaga dan apabila semakin maju perniagaan popiah keluarga mereka, pada tahun 1979 Saukat Ali mula mendapat ilham untuk menjenamakan dan memberikan nama kepada popiah warisan keluarga mereka itu.

    Nama Popiah S.S. Ali ini sebenarnya dinamakan sendiri oleh Saukat Ali sempena campuran nama bapanya yang bernama Sultan serta namanya sendiri iaitu Saukat Ali. Jadi campuran kedua-dua nama tersebut iaitu Sultan dengan Saukat Ali telah membentuk S.S. Ali.

    Kisah Popiah S.S. Ali, Popiah Pilihan Nombor 1 Di Ipoh

    Popiah S.S. Ali bakal diuruskan oleh generasi ke empat oleh anak-anak kepada Saukat Ali dan anak-anak kepada adik-beradiknya yang berminat untuk meneruskan legasi perniagaan keluarga. Hari ini, Popiah S.S. Ali punyai lebih 18 cawangan di seluruh Malaysia yang diuruskan oleh keluarga.

    Jika anda ingin mencuba popiah nombor satu di Ipoh ini, anda boleh ke Gerai 18, Medan Selera Dato Tahwil Azhar, Taman Kanak-Kanak di Ipoh.

    Freddie Aziz Jasbindar
    Freddie Aziz Jasbindar
    Pengasas orangperak.com dan pencinta sejarah tempatan negeri Perak.