25 C
Ipoh
Thursday, 5 December 2024

Lalat Bertindak Kejam Di Kampung Batu 5

- Advertisement -
- Advertisement -

Penduduk di sekitar Kampung Batu 5, Jalan Gopeng – Batu Gajah terpaksa hidup dalam keadaan tertekan dan tidak selesa selepas diserang oleh ribuan lalat dan semakin bertambah setiap hari sejak tahun 2014 iaitu sejak tiga tahun yang lalu. Orangperak.com telah menerima aduan dari 2 individu yang merupakan penduduk di kawasan tersebut untuk menyebarkan berita ini agar mendapat perhatian pihak yang sepatutnya setelah tiada tindakan walaupun berkali-kali aduan telah dibuat.

serangan lalat

Menurut Linda menerusi perbualan di WhatsApp aduan kami, serangan lalat ini bermula sejak tahun 2014 sehingga ke hari ini Januari 2017. Ianya dikatakan berpunca dari kehadiran reban ayam yang dibangunkan sejak 2014 yang terletak tidak jauh dari kawasan kampung iaitu lebih kurang 3 kilometer sahaja. Dipercayai inilah faktor utama yang menyumbang kepada penambahan serangan lalat di kampung tersebut. Pelbagai cara dan ikhtiar telah dijalankan untuk mengurangkan populasi lalat yang menyerang kampung tersebut. Antaranya adalah memasang perangkap lalat iaitu kertas gam yang lansung tidak memberi kesan terhadap populasi lalat yang semakin bertambah itu.

serangan lalat

Tahukah anda bahawa seekor lalat betina mampu bertelur sebanyak 100 hingga 150 biji telur dalam masa 2 minggu dan tempoh jangka hayat buat seekor lalat adalah lebih kurang 1 hingga 2 bulan sahaja. Anda pandai matematik? Mari kita buat sedikit kira-kira kasar untuk rujukan semua. Katakan sejak 3 tahun lepas di Kampung Batu 5 ada sebanyak 100 ekor lalat sahaja. Diambil kira ada 10% daripadanya adalah betina dan 90% lagi adalah jantan. Jadi, hanya ada 10 ekor lalat sahaja di kampung tersebut sejak 3 tahun lepas.

serangan lalat

Kita ambil nombor minima untuk telur lalat yang dihasilkan oleh lalat betina iaitu sebanyak 100 biji telur. Ada 10 ekor lalat betina, jadi jumlah telur yang bakal dihasilkan adalah 1,000 biji telur lalat dalam masa 2 minggu. Tempoh untuk lalat menetas dan membesar dewasa juga lebih kurang 2 minggu sahaja. Jadi 2 bulan adalah jangka masa yang ringkas untuk difahamkan untuk pusingan hidup keturunan lalat.

Ianya kiraan kasar mudah sahaja untuk membuatkan pihak berkuasa faham akan masalah yang dihadapi. Jangan anda sangkalkan pula kiraan kasar ini ya. Baiklah, kita sambung buat kiraan lagi. Dalam tempoh 1 bulan selepas dewasa, seekor lalat dewasa akan mati. Jadi, secara asasnya kiraan ini, 1 ekor lalat mati dan 100 ekor lalat akan hidup menyambung perjuangan ibu bapanya menghisap najis-najis dan lain-lain dalam tempoh 1 bulan.

serangan lalat

Gandaan 1 lalat untuk 100 anak ini amat jelas kenapa lalat di Kampung Batu 5 bertindak kejam membuat penempatan penduduk setempat sebagai rumah mereka sendiri. Bolehkah anda terima kenyataan yang ada ribuan ekor lalat bermaharajalela di dalam rumah anda? Kami pasti anda akan naik gila dan mengamuk serta runsing seperti penduduk Kampung Batu 5 alaminya sekarang. Kemanakah sifat kasihan dan tanggung jawab pihak berkuasa tempatan terhadap isu ini? Adakah ia dianggap remeh? Untuk makluman anda, lalat adalah punca dan penyebar penyakit

serangan lalat

Cukuplah kiraan berkenaan dengan lalat, dan sekarang kita berbalik semula kepada persoalan tentang bila masalah penduduk kampung ini akan selesai. Pihak berkuasa seharusnya memandang serius dan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap pemilik pusat ternakan ayam di kawasan tersebut. Pergilah melawat apabila terima laporan dan bukannya angguk geleng di dalam meja pejabat sahaja. Lakukan siasatan dan berikan maklum balas sepatutnya kepada si pengadu supaya mereka tahu aduan mereka diterima dan diusahakan solusinya. Jika pemilik reban ayam tersebut didapati bersalah, maka arahkan pembersihan kawasan dijalankan, kenakan denda atau tutup segera demi kehidupan dan kesihatan penduduk di sekitar kampung tersebut. Jika ditakdirkan ada penduduk kampung yang meninggal dunia akibat berpunca daripada penyakit bawaan lalat, anda yang bekerja dalam bidang penguatkuasaan atau berkaitan mungkin akan terlepas di siksa dunia, namun di akhirat menjawablah nanti.

aduan serangan lalat

Ini adalah salinan aduan pada tahun 2015 kepada Majlis Daerah batu Gajah oleh pengadu. Tapi, tiada tindakan yang sewajarnya dijalan oleh pihak yang sepatutnya. Pengadu juga pernah mengadu kepada pihak jabatan alam sekitar, namun menurut pegawai disana ia berada diluar bidang kuasa. Jadi kepada siapa rakyat hendak mengadu jika semua masalah yang diadukan ditolak dalih oleh jabatan tertentu? Sepatutnya mereka harus menerima laporan dan lanjutkan kepada pihak yang sepatutnya untuk tindakan lanjut. Pihak atasan harus sedar, oleh kerana sikap individu sambil lewa beginilah yang menyebabkan rakyat semakin membenci. Inilah faktor-faktor halus yang terlepas pandang.

Artikel ini ditulis berdasarkan aduan oleh 2 pengadu yang mengadu masalah yang sama melalui whatsapp orangperak.com iaitu Mashitah dan Linda penduduk di kampung tersebut. Jika anda ada aduan untuk dikongsikan bersama, anda boleh terus hantarkan aduan melalui whatsapp kami di talian 014 605 0005. Usah risau kerana butiran pengadu akan dirahsiakan sepenuhnya bergantung pada permintaan pengadu. Inilah cara untuk anda lontarkan aduan yang tidak dapat sambutan, kami bantu anda untuk kongsikan pada umum.

- Advertisement -
Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindarhttps://fred.my
Pengasas orangperak.com dan Pencinta Sejarah Tempatan Negeri Perak.
Terkini
- Advertisement -

Moh baca!

Related news
- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here