Ipoh Food Delivery Service atau dalam bahasa Malaysia dikenali sebagai perkhidmatan penghantaran makanan di Ipoh bukanlah satu perkara yang baru. Ipoh cukup meriah dengan pelbagai jenis makanan tidak kira masakan moden dan tradisional dari pelbagai bangsa. Mereka yang mengusahakannya juga tidak mahu ketinggalan dan ingin memudahkan pelanggan dengan menjalankan servis penghantaran makanan.
Meal Delivery Service (MDS) iaitu perkhidmatan penghantaran makanan adalah merupakan perkhidmatan yang menghantar makanan terus kepada pelanggan dalam keadaan segar atau beku. Perkhidmatan penghantaran makanan (food delivery) yang pertama direkodkan dalam sejarah dunia adalah dalam tahun 1769 di Korea untuk penghantaran makanan naengmyeon dan hyojonggaeng .
Sejak awal abad ke 20 lebih kurang dalam tahun 1906 sebagai mulanya, iklan-iklan untuk penghantaran makanan dan katering telah mula muncul dalam akhbar-akhbar tempatan. Ianya adalah satu modul perniagaan yang baru dan hari ini ia semakin rancak dijalankan oleh banyak peniaga-peniaga makanan dan pihak ketiga yang ingin mencari wang tambahan.
Ipoh Food Delivery
Sibuk bekerja di pejabat sehinggakan terlepas waktu makan tengah hari. Mereka yang bujang pula malas nak keluar rumah membeli makanan dalam waktu kemuncak kerana tidak mahu menghadap kesesakan lalu lintas. Jangan biarkan perut anda tersiksa menahan lapar diwaktu yang tidak sepatutnya, takut-takut ada penyakit lain yang datang kemudian hari.
Kita generasi hari ini cukup bertuah kerana berpeluang hidup di zaman alaf baru yang berteknologi hari ini kerana banyak perkara dicipta dan diinovasikan bagi memudahkan manusia menjalani kehidupan harian dengan selesa. Salah satunya, perkhidmatan penghantaran makanan di Ipoh (Ipoh Food Delivery) adalah satu perkhidmatan yang amat diperlukan dan berikut adalah senarai perkhidmatan yang ada di Ipoh untuk anda pilih.
1. IPOH Food Delivery Facebook Group
IPOH Food Delivery adalah sebuah komuniti atas talian yang menggunakan platform Facebook Group. Group tersebut dibuka khusus untuk peniaga dan pembeli makanan serta minuman yang ada menyediakan khidmat penghantaran ke rumah atau pelanggan boleh datang mengambil sendiri.
Komuniti IPOH Food Delivery juga adalah merupakan komuniti penghantaran makanan yang paling besar dan popular untuk kawasan Ipoh dalam laman media sosial Facebook kerana mereka mempunyai seramai lebih 45,000 orang ahli yang aktif.
- Web URL : IPOH Food Delivery Facebook Group
2. Makanan Delivery @Ipoh (MDI) Facebook Group
Makanan Delivery @Ipoh (MDI) juga adalah sebuah komuniti atas talian yang menggunakan platform Facebook Group. Group ini dibuka khusus untuk peniaga dan pembeli makanan serta minuman yang ada menyediakan khidmat penghantaran ke rumah atau pelanggan boleh datang mengambil sendiri.
3. Runner
Runner adalah pihak yang menawarkan perkhidmatan penghantaran makanan dengan menerima tempatahan secara atas talian di sekitar kawasan bandaraya Ipoh. Mereka adalah sekumpulan startup yang telah memulakan operasi penghantaran makanan di sekitar Ipoh sejak pada tarikh 6 January 2018.
- Web URL : runnermyrun.com
- Phone : 052461363
4. SendSent Delivery
Sendsent Delivery adalah pihak yang menawarkan perkhidmatan penghantaran makanan atas talian di sekitar kawasan bandar Ipoh. Anda yang menggunakan perkhidmatan mereka akan mengalami pengalaman yang terbaik dengan menerima makanan yang ditempah dalam masa 1 jam dengan harga yang berpatutan. Dengan beberapa klik sahaja di laman web mereka, makanan akan dihantar terus ke lokasi anda.
- Web URL : sendsentdelivery.com
- Phone : 0173344622
Ada lagi satu berita baik buat anda di sekitar kawasan bandar Ipoh. GrabFood kini sudah berada di dalam aplikasi utama Grab. Dengan menggunakan aplikasi tersebut, anda akan lebih mudah untuk buat tempahan makanan yang memerlukan khidmat penghantaran terus ke pintu rumah anda.
Namun mereka di sekitar kawasan Ipoh perlu bersabar sedikit sahaja lagi. Hal ini kerana kawasan Ipoh masih belum berkembang dengan aplikasi GrabFood ini. Buat masa ini, GrabFood hanya boleh didapati di Lembah Klang dan akan berkembang ke kawasan terpilih di Melaka, Pulau Pinang, Johor, Kota Kinabalu dan Kuching bermula 29 April 2019. Sama-sama kita nantikan kemunculan GrabFood di kawasan Ipoh.