Jika di negeri Perlis cukup terkenal dengan keenakan mangga harum manis, namun mangga di Lekir, Perak pula tidak kurang hebatnya. Mangga chokanan menjadi tarikan baru sebagai produk pertanian yang sedang giat dijalankan oleh pengusaha di kawasan Lekir, Perak.
Mangga Chokanan giat ditanam di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) di Lekir, Perak menjadi tanaman utama yang giat diusahakan selain daripada penanaman pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran di atas tanah seluas 75 hektar.
Sebanyak 25,000 batang pokok Mangga Chokanan telah ditanam di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) di Lekir, Perak yang mana diusahakan oleh 11 orang peserta Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) yang terdiri daripada lepasan universiti dan pesara tentera yang dilantih.
Pengusaha-pengusaha yang ditempatkan di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) di Lekir, Perak sebagai peserta telah mengambil beberapa kursus yang melibatkan dari segi pengurusan tanaman, pengurusan perosak dan juga kursus-kursus keusahawanan lain yang boleh membantu peserta untuk membaiki pengurusan dan menambah pengeluaran hasil Mangga Chokanan.
Hasil bantuan dari pelbagai pihak termasuk Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Jabatan Pertanian negeri Perak dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) negeri Perak telah menyebabkan Mangga Chokanan berjaya dipasarkan sehingga ke selatan negara.
Pengeluaran keseluruhan Mangga Chokanan untuk seluas 75 hektar setahun adalah sebanyak 800 tan. Prestasi atas permintaan untuk Mangga Chokanan yang semakin meningkat setiap kali pengeluaran dihasilkan dan berkemungkinan untuk diperluaskan pemasarannya sehingga menembus pasaran antarabangsa tidak mustahil.
Kredit RTM – Selamat Pagi Malaysia
Walaupun Mangga Chokanan masih tidak dikenali seperti mangga harum manis, namun ia punyai potensi yang cukup besar kerana Mangga Chokanan punyai keistimewaannya yang tersendiri. Variasi mangga ini juga dilihat mampu untuk menjadi pilihan alternatif kepada peminat mangga harum manis.
Harga mangga chokanan ini bermula RM5 hingga RM6 sekilogram sahaja.
Sumber dan rujukan :
- RTM – Selamat Pagi Malaysia
- Utusan Online