● OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca Surprise Me!
Menjelang — --:--:--
Subuh
05:53
Syuruk
06:59
Zohor
13:04
Asar
16:21
Maghrib
19:03
Isyak
20:13
Makanan

Mangga Chokanan Di Lekir, Perak Setanding Mangga Harum Manis

28 Jan 2019 · 1 min baca · 321 ·Oleh Freddie Aziz Jasbindar

Jika di negeri Perlis cukup terkenal dengan keenakan mangga harum manis, namun mangga di Lekir, Perak pula tidak kurang hebatnya. Mangga chokanan menjadi tarikan baru sebagai produk pertanian yang sedang giat dijalankan oleh pengusaha di kawasan Lekir, Perak.

Mangga Chokanan giat ditanam di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) di Lekir, Perak menjadi tanaman utama yang giat diusahakan selain daripada penanaman pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran di atas tanah seluas 75 hektar. Sebanyak 25,000 batang pokok Mangga Chokanan telah ditanam di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) di Lekir, Perak yang mana diusahakan oleh 11 orang peserta Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) yang terdiri daripada lepasan universiti dan pesara tentera yang dilantih. Pengusaha-pengusaha yang ditempatkan di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) di Lekir, Perak sebagai peserta telah mengambil beberapa kursus yang melibatkan dari segi pengurusan tanaman, pengurusan perosak dan juga kursus-kursus keusahawanan lain yang boleh membantu peserta untuk membaiki pengurusan dan menambah pengeluaran hasil Mangga Chokanan.

Mangga Chokanan Di Lekir, Perak Setanding Mangga Harum Manis

Hasil bantuan dari pelbagai pihak termasuk Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Jabatan Pertanian negeri Perak dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) negeri Perak telah menyebabkan Mangga Chokanan berjaya dipasarkan sehingga ke selatan negara.

Mangga Chokanan Di Lekir, Perak Setanding Mangga Harum Manis

Pengeluaran keseluruhan Mangga Chokanan untuk seluas 75 hektar setahun adalah sebanyak 800 tan. Prestasi atas permintaan untuk Mangga Chokanan yang semakin meningkat setiap kali pengeluaran dihasilkan dan berkemungkinan untuk diperluaskan pemasarannya sehingga menembus pasaran antarabangsa tidak mustahil.

Kredit RTM - Selamat Pagi Malaysia

Walaupun Mangga Chokanan masih tidak dikenali seperti mangga harum manis, namun ia punyai potensi yang cukup besar kerana Mangga Chokanan punyai keistimewaannya yang tersendiri. Variasi mangga ini juga dilihat mampu untuk menjadi pilihan alternatif kepada peminat mangga harum manis.

Mangga Chokanan Di Lekir, Perak Setanding Mangga Harum Manis

Harga mangga chokanan ini bermula RM5 hingga RM6 sekilogram sahaja. Sumber dan rujukan :

  • RTM - Selamat Pagi Malaysia
  • Utusan Online

Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindar
Anak jati Parit, Perak berlatarbelakangkan pembangunan sistem web yang kini mendedikasikan kepakaran untuk memelihara warisan negeri. Sebagai pengasas laman web 'Orang Perak', misi utama saya adalah untuk mengkaji, merekod, dan mendokumentasikan kekayaan sejarah tempatan Perak demi rujukan generasi masa hadapan.
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.