● OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca Surprise Me!
Menjelang — --:--:--
Subuh
05:55
Syuruk
07:00
Zohor
13:07
Asar
16:20
Maghrib
19:07
Isyak
20:16
Fakta

Blue Pool Simpang Pulai, Bukan Kawasan Riadah

30 Jan 2019 · 2 min baca · 97 ·Oleh Freddie Aziz Jasbindar

Baru-baru ini, tersebar di media sosial facebook berkenaan dengan gambar dan video montaj tasik lombong yang airnya berwarna biru yang ada di Simpang Pulai.

Ianya cukup cantik dan membuat ramai penduduk di sekitar Perak teruja apabila tahu tentang kewujudan tasik lombong berkenaan. Digelar dengan nama Blue Pool Simpang Pulai, tiba-tiba ia menjadi tumpuan orang ramai yang ingin menyaksikan sendiri keindahan tasik lombong berwarna biru tersebut. Oleh kerana itu, bekas lombong tersebut tidak putus-putus menerima kehadiran orang ramai yang tidak kira jauh ataupun dekat. Untuk makluman anda, lokasi tasik lombong yang airnya berwarna biru di Simpang Pulai ini sebenarnya berada di dalam kawasan milik sebuah syarikat lombong dan ianya adalah merupakan kawasan larangan untuk orang awam untuk masuk ke kawasan persendirian.

Blue Pool Simpang Pulai
Blue Pool Simpang Pulai

Saudara Chooi Yim Onn, berumur 65 tahun yang bekerja sebagai pengurus syarikat lombong tersebut menyuarakan kebimbangannya akan keselamatan orang awam yang semakin hari semakin bertambah berkunjung dan menceroboh masuk ke dalam kawasan syarikat mereka hanya untuk melihat keindahan tasik biru tersebut.

Blue Pool Simpang Pulai

Pihak syarikat lombong tersebut telah membuat laporan polis dan tidak mahu bertanggung-jawab sekiranya berlaku apa-apa kejadian yang tidak diingini menimpa pengunjung yang datang. Hal ini kerana sebenarnya tasik lombong yang airnya berwarna biru itu amat dalam dan sangat bahaya.

Blue Pool Simpang Pulai

Blue Pool Simpang Pulai bukanlah satu lokasi produk pelancongan negeri Perak dan ianya hanyalah tasik yang terjadi akibat dari aktiviti perlombongan.

Blue Pool Simpang Pulai
Blue Pool Simpang Pulai

Untuk menghalang orang ramai memasuki ke kawasan tasik lombong biru milik syarikat berkenaan, pihak syarikat telah memasang pagar namun masih ada yang menceroboh untuk kesana.

Blue Pool Simpang Pulai

Pengawal keselamatan yang diletakkan untuk mencegah orang ramai masuk ke kawasan tersebut cuba tidak diendahkan. Sedangkan pintu pagar pun dikunci tetapi tetap ada juga yang menyelinap masuk ke kawasan tersebut. Papan tanda juga telah diletakkan sebagai amaran kepada orang ramai untuk tidak menceroboh kawasan tersebut.

Kredit video facebook Khairul Rijal Schubert

Orang ramai dan warga Perak khususnya diminta agar untuk menturuti permintaan pihak syarikat lombong tersebut agar tidak menceroboh kawasan mereka kerana pihak syarikat lombong tersebut tidak mahu bertanggung-jawab sekiranya berlaku apa-apa kejadian yang tidak diingini menimpa orang awam yang datang. Kredit gambar, video dan maklumat

  • Khairul Rijal Schubert
  • Jain Mahmud

Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindar
Anak jati Parit, Perak berlatarbelakangkan pembangunan sistem web yang kini mendedikasikan kepakaran untuk memelihara warisan negeri. Sebagai pengasas laman web 'Orang Perak', misi utama saya adalah untuk mengkaji, merekod, dan mendokumentasikan kekayaan sejarah tempatan Perak demi rujukan generasi masa hadapan.
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.