Jambatan Tanpa Tiang Di Gerik Paling Panjang Asia

    Related

    Benarkah Jasad J.W.W. Birch Sudah Dipindahkan Dari Jiratnya Di Pasir Salak?

    Benarkah dakwaan tentang jasad Birch sudah dibawa keluar dan hanya tinggal pakaian beliau sahaja di sana dan ada juga dakwaan tentang pihak Inggeris membawa helikopter bagi tujuan memindahkan jasad Birch itu.

    Gunung Matsurat, Gunung Warisan Kinta

    Mengikut cerita tetua, pada zaman dahulu Gunung Matsurat adalah merupakan 'istana purba' yang didiami oleh Raja dan Permaisurinya. Hendak dijadikan cerita, mereka mengadakan majlis keraian di dalam 'istana purba' ini, maka bergegak gempitala suasananya. Secara tiba-tiba Sang Kelembai telah datang dan dipercayai terganggu dek suasana yang hingar-bingar di dalam 'istana purba' ini, menyebabkannya telah menyumpah segala yang berada di dalam gunung ini menjadi batu termasuk Raja dan Permaisurinya.

    Gunung Cheroh, Gunung Sejarah Kinta

    Ketika dalam pelayaran, mereka mengalami sesuatu yang aneh apabila melalui kawasan pergunungan batu kapur di Gunung Cheroh, hendak dijadikan cerita kapal yang dinaiki mereka tidak dapat meneruskan pelayaran apabila sampai di kaki Gunung Cheroh kerana laluan yang sempit dan tidak dalam.

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh terletak di dalam Mukim Ulu Kinta, Daerah Kinta, Perak.

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang Pertama

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang pertama dalam sistem penggiliran jawatan Panglima Kinta SABD.

    Share

    Ada diantara mereka yang tinggal dan menetap di Gerik pun tidak tahu tentang wujudnya satu struktur yang cukup membanggakan sehinggakan ianya diangkat sebagai struktur kemudahan awam terbaik dan diperkatakan diseluruh rantau Asia beberapa tahun dahulu.

    Jangan anda tidak tahu tentang cerita menariknya disebalik jambatan Batu 6 yang menghubungkan Gerik dengan Bandariang. Jambatan tersebut telah dianugerahkan sebagai jambatan konkrit satu rentang tanpa tiang yang paling panjang di Malaysia dan ianya telah dinobatkan dalam The Malaysia Book of Records.

    Jambatan Tanpa Tiang Paling Panjang Asia Ada Di Gerik

    Tidak cukup dengan itu, pembinaan jambatan tanpa tiang yang berteraskan teknologi terkini dan mesra alam ini juga diiktiraf sebagai jambatan yang paling panjang di Asia dengan menggunakan kaedah Ultra High Performance Concrete (UHPC). Warga Gerik pasti cukup berbangga dengan wujudnya jambatan ini.

    Jambatan Tanpa Tiang Paling Panjang Asia Ada Di Gerik

    Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, pembinaan jambatan unik ini dimulakan sejak pada tahun 2013 dengan menggunakan kaedah Ultra High Performance Concrete (UHPC). Ia dibina dengan panjang jambatan sepanjang 100 meter dan 5 meter lebar untuk kemudahan orang awam menyeberang Sungai Perak.

    Jambatan Tanpa Tiang Paling Panjang Asia Ada Di Gerik

    Projek pembinaan jambatan unik tanpa tiang yang menelan kos belanja kira-kira sebanyak RM6.3 juta ini adalah merupakan projek di bawah peruntukan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

    Jambatan Tanpa Tiang Paling Panjang Asia Ada Di Gerik

    Pada tarikh 2 Julai 2015, jambatan ini siap dibina dan dibuka untuk orang ramai. Jambatan tampa tiang ini dapat mengurangkan risiko pelanggaran sampah seperti kayu balak dan lain-lainnya terutamanya ketika musim banjir melanda.

    Freddie Aziz Jasbindar
    Freddie Aziz Jasbindar
    Pengasas orangperak.com dan pencinta sejarah tempatan negeri Perak.