26 C
Ipoh
Sunday, 19 May 2024

Kayuhan Solo Semenanjung Malaysia Oleh Orang Perak

- Advertisement - Advertisement
- Advertisement - Advertisement

Sempena kemerdekaan negara Malaysia ke 60 yang akan tiba tidak lama lagi, seorang wakil dari Persatuan Pencinta Sejarah Masyarakat Perak (orangperak.com) yang bernama Muhamad Naqiuddin Aizat Bin Jamaluddin akan lakukan kayuhan solo mengelilingi semenanjung Malaysia buat siri yang ke dua (siri pertama pada 2014). Untuk makluman anda, wakil kami ini adalah anak kelahiran Kuala Kangsar.

Kayuhan Solo Semenanjung Malaysia Oleh Orang Perak

Pengisian untuk kayuhan solo mengelilingi semenanjung Malaysia buat siri yang ke dua ini adalah untuk melihat sendiri gaya hidup masyarakat setempat (orang perak di perantauan terutamanya) yang berbilang kaum di pelbagai kawasan serata semenanjung Malaysia dan mengenal budaya masyarakat setempat. Hal ini adalah penting untuk mengasah pengalaman dan memantapkan diri dalam perkasakan diri di perantauan.

  • Visi: Menyambut Kemerdekaan Malaysia yang ke 60 dengan melawat kawasan bersejarah di dalam lingkungan lawatan dan mencari kesepakatan bersama rakyat Malaysia tidak mengira bangsa dan agama.
  • Misi: Mengembara mengelilingi persisiran pantai semenanjung Malaysia dengan menggunakan basikal tanpa kekangan masa.

Kayuhan Solo Semenanjung Malaysia Oleh Orang Perak

Jelajah kayuhan solo untuk mengelilingi semenanjung Malaysia ini akan dimulakan pada tarikh 5 Ogos 2017 bersamaan dengan hari Sabtu dan dijangka kayuhan akan tamat pada pertengahan bulan September 2017. Berikut adalah maklumat jadual rancangan lokasi kayuhan yang dirancang dan jadual ini tidak terikat dan sekadar susunan perjalanan dan bergantung pada faktor-faktor lain seperti kesihatan, cuaca, keadaan basikal dan lain-lain lagi yang mungkin akan melambatkan kayuhan.

Hari 1 – 112 km
Bayan Lepas, Pulau Pinang – Taiping, Perak

Hari 2 – 99 km
Taiping, Perak – Parit, Perak

Hari 3 – 50 km
Parit, Perak – Lumut, Perak – Pangkor, Perak

Hari 4 – 70 km
Pangkor, Perak – Lumut, Perak – Teluk Intan, Perak

Hari 5 – 75 km
Teluk Intan, Perak – Sekinchan, Selangor

Hari 6 – 65 km
Sekinchan, Selangor – Kapar, Selangor

Hari 7 – 60 km
Kapar, Selangor – Sungai Pelek, Selangor

Hari 8 – 80 km
Sungai Pelek, Selangor – Port Dickson, Negeri Sembilan

Hari 9 – 72 km
Port Dickson, Negeri Sembilan – Melaka

Hari 10 – 105 km
Melaka – Batu Pahat, Johor

Hari 11 – 105 km
Batu Pahat, Johor – Tanjung Piai, Johor

Hari 12 – 70 km
Tanjung Piai, Johor – Johor Bahru, Johor

Hari 13 – 80 km
Johor Bahru, Johor – Kota Tinggi, Johor – Tanjung Sedeli, Johor

Hari 14 – 80 km
Tanjung Sedeli, Johor – Mersing, Johor

Hari 15 – 50 km
Mersing, Johor – Endau, Pahang

Hari 16 – 70 km
Endau, Pahang – Pekan, Pahang

Hari 17 – 90 km
Pekan, Pahang – Kuantan, Pahang

Hari 18 – 50 km
Kuantan, Pahang – Cherating, Pahang

Hari 19 – 85 km
Cherating, Pahang – Kuala Dungun, Terengganu

Hari 20 – 75 km
Kuala Dungun, Terengganu – Kuala Terengganu, Terengganu

Hari 21 – 60 km
Kuala Terengganu, Terengganu – Pantai Penarik, Terengganu

Hari 22 – 50 km
Pantai Penarik, Terengganu – Kuala Besut, Terengganu

Hari 23 – 80 km
Kuala Besut, Terengganu – Pengkalan Kubor, Kelantan

Hari 24 – 82 km
Pengkalan Kubor, Kelantan – Jeli, Kelantan

Hari 25 – 50 km
Jeli, Kelantan – RnR Titiwangsa, Perak

Hari 26 – 73 km
RnR Titiwangsa, Perak – Gerik, Perak

Hari 27 – 60 km
Gerik, Perak – Baling, Kedah

Hari 28 – 80 km
Baling, Kedah – Pendang, Kedah

Hari 29 – 70 km
Pendang, Kedah – Arau, Perlis

Hari 30 – 89 km
Arau, Perlis – Padang Besar, Perlis – Kuala Perlis, Perlis

Hari 31
Kuala Perlis, Perlis – Pulau Langkawi, Kedah

Hari 32 – 80 km
Pulau Langkawi, Kedah

Hari 33 – 50 km
Pulau Langkawi, Kedah – Kuala Perlis, Perlis – Kuala Kedah, Kedah

Hari 34 – 69 km
Kuala Kedah, Kedah – Sungai Petani, Kedah

Hari 35 – 69 km
Sungai Petani, Kedah – Bayan Lepas, Pulau Pinang

Kayuhan Solo Semenanjung Malaysia Oleh Orang Perak

Jika anda berminat untuk turut serta kayuhan ini di mana-mana lokasi yang tertera, anda boleh terus berhubung dengan wakil orangperak.com yang akan berkayuh tersebut di talian 010 919 5470 (Naqiudin) atau boleh terus email ke orangperakdotcom[at]gmail.com untuk sebarang temujanji rasmi. Jika anda terjumpa beliau dimana-mana nanti yang akan bawakan bendera Perak semasa kayuhan, tegurlah dan beri sokongan moral pada beliau.

Moh ikuti perkembangan dan kisah perjalanan wakil orangperak.com ini dengan nantikan kemaskini penceritaan daripada beliau di halaman facebook page rasmi facebook.com/orangperakdotcom setiap malam bermula pada 5 Ogos 2017. Kepada pembaca setia, doakan segala urusan dan perjalanan kayuhan beliau berjalan dengan lancar dan selamat.

- Advertisement - Advertisement
Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindarhttps://fred.my
Pengasas orangperak.com dan Pencinta Sejarah Tempatan Negeri Perak.
Terkini
- Advertisement - Advertisement

Moh baca!

Related news
- Advertisement - Advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here