Kisah Mitos Pengantin Disumpah Dalam Gua Puteri Di Lenggong

    Related

    Benarkah Jasad J.W.W. Birch Sudah Dipindahkan Dari Jiratnya Di Pasir Salak?

    Benarkah dakwaan tentang jasad Birch sudah dibawa keluar dan hanya tinggal pakaian beliau sahaja di sana dan ada juga dakwaan tentang pihak Inggeris membawa helikopter bagi tujuan memindahkan jasad Birch itu.

    Gunung Matsurat, Gunung Warisan Kinta

    Mengikut cerita tetua, pada zaman dahulu Gunung Matsurat adalah merupakan 'istana purba' yang didiami oleh Raja dan Permaisurinya. Hendak dijadikan cerita, mereka mengadakan majlis keraian di dalam 'istana purba' ini, maka bergegak gempitala suasananya. Secara tiba-tiba Sang Kelembai telah datang dan dipercayai terganggu dek suasana yang hingar-bingar di dalam 'istana purba' ini, menyebabkannya telah menyumpah segala yang berada di dalam gunung ini menjadi batu termasuk Raja dan Permaisurinya.

    Gunung Cheroh, Gunung Sejarah Kinta

    Ketika dalam pelayaran, mereka mengalami sesuatu yang aneh apabila melalui kawasan pergunungan batu kapur di Gunung Cheroh, hendak dijadikan cerita kapal yang dinaiki mereka tidak dapat meneruskan pelayaran apabila sampai di kaki Gunung Cheroh kerana laluan yang sempit dan tidak dalam.

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh terletak di dalam Mukim Ulu Kinta, Daerah Kinta, Perak.

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang Pertama

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang pertama dalam sistem penggiliran jawatan Panglima Kinta SABD.

    Share

    Lokasi Gua Puteri ini sebenarnya terletak di dalam kompleks batu kapur di Bukit Kepala Gajah, Lenggong. Koordinat 5.126000, 100.980000 adalah lokasi sebenar Gua Puteri ini yang terletak dengan ketinggian 94 meter di atas aras laut. Struktur formasi Gua Puteri ini amat menarik untuk dilihat.

    Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, terdapat banyak bentuk stalaktit dan stalagmit yang direkodkan apabila dijumpai di dalam Gua Puteri ini. Antaranya adalah berbentuk seperti peta Malaysia, pasangan mempelai yang sedang bersanding, berbentuk kepala gajah, kelambu dan macam-macam lagi.

    Dengan wjudnya pelbagai bentuk stalaktit dan stalagmit yang sebenarnya terbentuk secara semulajadi di dalam Gua Puteri ini, seperti biasa akan timbul pelbagai cerita misteri dan mitos untuk hiburan cerita rakyat. Inilah lumrah adat dan budaya masyarakat kita satu ketika dahulu yang tidak ada hiburan kisah dan penceritaan yang tidak dapat kita bayangkan perbezaannya seperti zaman kita hari ini.

    Kisah Mitos Pengantin Disumpah Dalam Gua Puteri Di Lenggong

    Negeri Perak amat popular dengan kisah-kisah sumpahan sang Kelembai. Gua Puteri juga tidak dapat lagi dari dikaitkan dengan kisah makhluk mitos tersebut. Dua stalagmit yang ada di dalam Gua Puteri itu dipercayai adalah puteri dan putera penjaga gua. Masyarakat tempatan disana menyatakan bahawa stalagmit tersebut dipanjat, mereka akan jatuh sakit sehingga akhirnya meninggal dunia.

    Kisah Mitos Pengantin Disumpah Dalam Gua Puteri Di Lenggong Kisah Mitos Pengantin Disumpah Dalam Gua Puteri Di Lenggong

    Kononnya pada satu ketika dahulu, sang Kelambai telah sumpah pasangan pengantin baru tersebut iaitu putera dan puteri itu menjadi batu. Setelah sekian lama, entah bagaimana pada satu hari sang Kelembai ditipu oleh seorang teruna yang mengorbankan diri untuk penduduk kampung dengan memujuk sang Kelembai untuk berkahwin.

    Kisah Mitos Pengantin Disumpah Dalam Gua Puteri Di Lenggong

    Lalu sang Kelembai bersetuju dengan lamaran si teruna tersebut. Pada satu hari, si teruna membawa sang Kelembai ke Gua Lognai untuk janji temu dan bersuka-ria. Sewaktu mereka sedang berdua-duaan di dalam Gua Longnai sana, orang-orang kampung yang telah bersepakat dengan si teruna itu tadi datang dan menutup pintu gua dengan ketulan batu besar sehingga tidak boleh keluar dari dalam.

    Kisah Mitos Pengantin Disumpah Dalam Gua Puteri Di Lenggong

    Maka, sang Kelembai bersama-sama dengan si teruna terperangkaplah di dalam gua tersebut sehingga ke hari ini. Gua Longnai yang diceritakan tadi kini tidak boleh dijumpai lagi kerana sudah terbenam ke dalam tasik disebabkan oleh pembinaan empangan di sungai Perak.

    Kisah Mitos Pengantin Disumpah Dalam Gua Puteri Di Lenggong

    Dengan tenggelamnya Gunung Lognai dari muka bumi Perak ini, maka tersembunyilah segala rahsia yang ada didalam gua tersebut selama-lamanya dan mungkin satu hari nanti di masa hadapan akan terbongkar pelbagai khazanah yang mungkin ada dalam gua tersebut.

    Freddie Aziz Jasbindar
    Freddie Aziz Jasbindar
    Pengasas orangperak.com dan pencinta sejarah tempatan negeri Perak.