● OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca Surprise Me!
Menjelang — --:--:--
Subuh
05:53
Syuruk
06:59
Zohor
13:04
Asar
16:21
Maghrib
19:03
Isyak
20:13
Berita

Perak Yang Pertama Laksanakan My Beautiful New Home

09 Jan 2017 · 1 min baca · 118 ·Oleh Freddie Aziz Jasbindar

My beautiful new home adalah antara pelbagai program dan inisiatif yang diperuntukkan dalam Bajet 2017, bagi membela golongan yang berkaitan dan berkenaan. Rumah ini akan dibina di tanah milik sendiri dan tanah yang telah mendapat kebenaran tuan tanah dan tanah kurniaan kerajaan negeri. Perak merupakan negeri pertama yang menjalankan projek My Beautiful New Home apabila sebanyak 50 unit rumah akan dibina di Batu 10, Lekir.

bajet 2017

Ketua Setiausaha Perbendaharaan,Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata, projek berkenaan disediakan untuk kumpulan berpendapatan 40 peratus terendah (B40) memiliki kediaman sendiri. Menurutnya, pemilihan nama mereka yang layak untuk memiliki rumah berkenaan akan dibuat kerajaan negeri. Rumah ini akan dibina menggunakan konsep Strategi Lautan Biru (NBOS) dengan agensi terlibat termasuklah Kementerian Pendidikan Tinggi apabila mereka melibatkan pelajar Kolej Komuniti dan Politeknik. Kerajaan juga akan menanggung separuh pinjaman manakala separuh lagi ditanggung oleh pembeli dengan tujuan tidak mahu membebankan pembeli,"katanya ketika lawatan ke tapak projek itu di sini, hari ini. Dijangka menjelang April projek ini akan siap dan penyerahan kunci akan dibuat. Projek My Beautiful New Home disediakan dengan peruntukan sebanyak RM200 juta yang melibatkan 5,000 unit rumah seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Bajet 2017 yang lalu. Sebuah rumah akan melibatkan kos sebanyak RM40,000 hingga RM50,000 dan separuh daripadanya ditanggung oleh kerajaan. Kerajaan negeri Perak menyediakan dua tapak untuk projek ini iaitu di Lekir dan di Mualim.

Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindar
Anak jati Parit, Perak berlatarbelakangkan pembangunan sistem web yang kini mendedikasikan kepakaran untuk memelihara warisan negeri. Sebagai pengasas laman web 'Orang Perak', misi utama saya adalah untuk mengkaji, merekod, dan mendokumentasikan kekayaan sejarah tempatan Perak demi rujukan generasi masa hadapan.
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.