Pulau Pangkor adalah merupakan salah satu destinasi pelancongan utama buat negeri Perak yang ada di Malaysia. Ia merupakan sebuah pulau tropika yang memiliki beberapa tempat tarikan pelancong yang menarik.
Kawasan pulau ini cukup terkenal sejak pada tahun 1670 lagi yang mana pada waktu itu, Belanda telah menjadikan kawasan pulau ini sebagai lokasi memunggah bijih timah dari seluruh negeri Perak.
Sebelum itu, kawasan di Pulau Pangkor dikatakan lansung tidak mempunyai penghuni. Terdapat hanya pedagang sahaja yang datang singgah untuk berehat sehinggakan nama kawasan pulau ini digelar sebagai Pulau Singgah.
Pulau Pangkor
Bagaimana pulau ini mendapat namanya? Kisahnya dikatakan orang yang mula-mula berpindah ke situ adalah individu yang bernama Pak Pangkor bersama-sama dengan keluarganya.
Pak Pangkor dikatakan yang berasal dari pantai Remis terpaksa berpindah kerana kehidupan mereka sekeluarga disana susah nak terpaksa berpindah untuk meneruskan kehidupan.
Dikatakan nama Pulau Pangkor ini diambil dari nama Pak Pangkor yang merupakan individu terawal buat penempatan di sana bersama-sama dengan keluarganya.
Anda boleh baca artikel bertajuk Cerita Bagaimana Pulau Pangkor Mendapat Nama untuk dapatkan penceritaan yang lebih mendalam tentang hal tersebut.
1. Masjid Al-Badr 1000 Selawat
Jika Masjid Kristal cukup terkenal di Terengganu, Masjid Al-Badr 1000 Selawat pula tidak kurang hebatnya yang ada di negeri Perak dan terletak di Pulau Pangkor.
Dari mana datangnya nama Seribu Selawat tersebut? Khas untuk makluman anda, hal ini adalah kerana dinding-dinding masjid ini dipenuhi dengan ukiran 1,000 selawat. Untuk makluman lanjut tentang masjid ini, anda boleh rujuk artikel Masjid Terapung Pertama Di Perak, Masjid Seribu Selawat Di Pulau Pangkor.
2. Batu Bersurat
Berhampiran dengan Kota Belanda, terdapat 1 batu bersurat belanda yang terletak kira-kira 100 meter di tepi pantai. Apa yang terpahat pada batu tersebut adalah gambar harimau yang sedang membaham seorang budak.
untuk penceritaan lebih lanjut tentang batu bersurat ini, anda boleh rujuk artikel tentang Batu Bersurat Di Pulau Pangkor yang pernah kami terbitkan dalam laman ini.
3. Kota Belanda
Kota Belanda yang ada di kawasan ini telah dibina oleh Belanda dalam tahun 1670 dan ia telah dijadikan sebagai gedung untuk menyimpan bijih timah yang diperolehi dari Negeri Perak.
Kota ini terletak di sebuah teluk di Pulau Pangkor yang dikenali sebagai Kampung Teluk Gedung iaitu sebuah perkampungan nelayan pada masa itu. Anda boleh rujuk artikel Sejarah Kota Belanda Di Pulau Pangkor untuk lebih maklumat tentang hal ini.
4. Tokong Fu Lin Kung
Tokong Fu Lin Kong cukup menarik dipandang dengan seni serta reka bentuknya. Terdapat beberapa taman kecil serta kolam yang ada di dalam kawasan tokong tersebut.
Apa yang menariknya, berdekatan dengan tokong utama terdapat satu laluan yang seakan-akan Tembok Besar China yang dikenali sebagai Tembok Besar Mini. Anda boleh rasai berjalan-jalan dikawasan tersebut dan terasa seakan-akan di negara China.
5. Kilang Satay Ikan Hai Seng Hin
Untuk mendapatkan produk makanan dari hasil laut, anda boleh ke Kilang Satay Ikan Hai Seng Hin. Disini terdapat banyak produk makanan berlandaskan hasil laut seperti ikan, sotong dan banyak lagi.
Ramai pelancong yang datang ke mari untuk memborong produk makanan yang lazat untuk dibawa pulang. Tidak ketinggalan juga, ikan bilis mata biru yang cukup terkenal di Pulau Pangkor.
6. Pangkor Laut Resort
Pangkor Laut Resort adalah merupakan resort mewah dan ia terletak di sebuah pulau persendirian yang dikenali sebagai Pangkor Laut. Pangkor Laut Resort dimiliki oleh YTL Hotels.
- Laman Web : pangkorlautresort.com
Ia terletak di sebelah barat Pantai Pasir Bogak yang mana ia adalah merupakan sebuah tempat peranginan persendirian mewah yang bertaraf antarabangsa.
Sekian ini sahaja cadangan senarai untuk anda yang ingin mencari keunikan di Pulau Pangkor. Sebenarnya terdapat banyak lagi tempat yang menarik di Pulau Pangkor. Kami akan kemaskini artikel ini dari masa ke masa.
Jika anda ada cadangan, komen dan kritikan untuk penambah-baikan dalam senarai ini, sila tinggalkan komen dan pihak editor akan kemaskini artikel ini mengikut permintaan semasa.