Taiping Bandar Warisan

Bandar Taiping yang bermula sebagai sebuah pekan kecil melombong bijih timah sehingga menjadi ibu negeri yang pertama di Perak. Sekarang, ia masih tetap unggul dengan ciri-ciri dan tersimpannya sejarah sehingga Taiping dikenali sebagai Bandar Warisan Negeri Perak yang amat membanggakan.

peta taiping

Bandar Taiping merupakan ibu kota buat daerah Larut, Matang dan Selama. Sebelum tahun 1937, tahukah anda bahawa Taiping merupakan ibu negeri buat negeri Perak dan bukannya Ipoh? Nama lama buat Taiping ialah Klian Pauh. Klian bermaksud lombong manakala Pauh pula ialah sejenis buah mangga yang bersaiz kecil.

Perkataan Taiping membawa maksud “AMAN” atau “DAMAI” dalam Mandarin. Pada satu ketika dulu, tercetus pertelingkahan puak-puak pendatang dari negara China yang menjalankan aktiviti perlombongan bijih timah di daerah Larut iaitu Ghee Hin dan Hai San yang begitu ramai di Kelian Pauh pada waktu itu. Persatuan kongsi gelap dari dua puak ini telah bertelingkah hanya kerana berebut untuk melombong bijih timah dan jalan air. Setelah mendapat kata sepakat untuk berdamai, Taiping telah dipilih sebagai nama baru bagi bandar di daerah Larut.

Taiping terletak di koordinat 4.8° Utara dan 104.7° Timur. Taiping terletak di atas muka bumi yang tinggi terutamanya di bahagian Bukit Larut. Gunung Hijau (1,448 meter) adalah gunung paling tinggi di sini. Bandar Taiping merupakan tempat yang paling kerap menerima hujan yang lebat dalam hampir 320 hari untuk setahun. Lantaran itu, tekstur muka buminya basah terutama di Taman Tasik Taiping. Hujan yang diterima ialah jenis hujan bukit yang datang dari Banjaran Bintang di sebelah Timur. Namun begitu Taiping tidaklah dilanda banjir kecuali kawasan paya bakau di sebelah Barat.

long jaafar

Pada tahun 1880 bandar Taiping telah dibangunkan oleh penjajah Inggeris kerana daerah ini kaya dengan sumber hasil bijih timahnya di sekitar Sungai Larut. Sebelum kedatangan British, daerah ini (pada masa dahulunya dikenali sebagai Jajahan Larut) telah ditadbir oleh Menteri Larut iaitu Dato’ Long Jaafar yang telah diberi kuasa oleh Sultan Perak pada waktu itu untuk mentadbir jajahan ini. Long Jaafar telah membina pusat pentadbirannya di Bukit Gantang dan menjadikan Kuala Sungai Limau di Trong sebagai pelabuhan utama Jajahan Larut.

dato maharajalela

Juga dalam tahun 1880, ibu negeri Perak dipindah dari Bandar Baru ke bandar Taiping setelah J.W.W. Birch dibunuh oleh Dato’ Maharaja Lela di Pasir Salak pada tahun 1875.

perjanjian pangkor

Pada tahun 1874, setelah British menjajah negeri Perak sejurus Perjanjian Pangkor ditandatangani di Pangkor, Jajahan Larut telah ditadbir oleh Kapten Speedy sebagai Penolong Residen British.

ipoh taiping

Pada tahun 1937, Bandar Taiping tidak lagi menjadi ibu negeri Perak. Ipoh dipilih sebagai ibu negeri kerana faktor lokasinya yang strategik dan berada di tengah-tengah negeri Perak walaupun mendapat tentangan hebat dari penduduk Taiping kerana di Taipinglah mula-mula diletakkan asas pemerintahan yang tersusun, perniagaan yang makmur serta kedamaian di antara berbagai kaum. Justeru itu Taiping memang sesuai dijadikan ibu kota negeri Perak.

Mungkin ada sejarah Taiping yang tidak diceritakan disini, mohon maaf ya. Jika tidak keberatan, boleh kongsikan tentang sejarah Taiping yang anda tahu kepada kami. Terima kasih.

Adiosss!!

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangperak.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here