Nama Koperasi Syarikat Paling Panjang Di Dunia Dari Teluk Intan

Terdapat banyak perkara menarik yang membanggakan serta melonjakkan nama negeri Perak ke serata dunia. Kali ini orangperak.com ingin membawa pembaca untuk mengenali koperasi yang memenangi anugerah nama singkatan paling panjang di dunia dan telah diabadikan rekod tersebut dalam buku Guinness Book Of World Records. Ia adalah satu perkara yang unik dan mampu membuat kita tersenyum bangga akan hal tersebut.

Rekod nama singkatan terpanjang tersebut dimiliki oleh sebuah syarikat koperasi dari Teluk Intan. Nama syarikat tersebut ialah Syarikat Orang-Orang Melayu Kerajaan Hilir Perak Bekerja Sama-Sama Kerana Jimat Cermat Simpanan Dan Pinjaman Wang Dengan Tanggungan Berhad atau singkatannya ialah S.O.M.K.H.P.S.K.J.C.S.S.D.P.W.D.T.B. Sangat panjang bukan? Disebabkan keunikan pada nama syarikat tersebu,t ianya telah diiktiraf sebagai nama singkatan syarikat paling panjang di dunia.

Sejarah syarikat ini bermula pada tahun 1923 hasil usaha pegawai kerjasama daerah Hilir Perak ketika itu, En. Tahir bin Setia Raja telah mengambil inisiatif untuk menubuhkan Syarikat Pekerja-Pekerja Kerajaan Hilir Perak. Usaha ini mendapat sokongan Pegawai Daerah Hilir Perak waktu tersebut iaitu Mr. M.K. Bain. Pegawai daerah diketika itu menjawat jawatan Yang Dipertua (ex Officio) syarikat. Naib Yang Dipertua Syarikat pula adalah Tuan Penolong Kanan Pegawai Daerah. Pegawai-pegawai ini dibantu oleh Ahli Jawatan Kuasa yang dipilih dalam mesyuarat agong tahunan.

Pada peringkat awal penubuhan Syarikat Pekerja-Pekerja Kerajaan Hilir Perak tahun 1924, syarikat hanya memiliki ahli seramai 150 orang dengan modal permulaan cuma sebanyak beberapa ribu ringgit sahaja yang mana ianya pun diambil dari yuran ahli. Mengikut rekod daripada syarikat tersebut sendiri, jumlah yuran syarikat daripada ahli sehingga tahun 1939 adalah sebanyak RM55,645.29 sejak ditubuhkan.

Kemudian pada tahun 1924, jawatankuasa syarikat memutuskan untuk menukarkan nama koperasi dari Syarikat Pekerja-Pekerja Kerajaan Hilir Perak kepada Syarikat Orang-Orang Melayu Kerajaan Hilir Perak Bekerja Sama-Sama Kerana Jimat Cermat Simpanan Dan Pinjaman Wang Dengan Tanggungan Berhad atau nama ringkasnya S.O.M.K.H.P.S.K.J.C.S.S.D.P.W.D.T.B. yang sekaligus telah dicatatkan namanya dalam Buku Guiness of Record sebagai nama ringkas yang terpanjang. Namun, pada hari ini syarikat koperasi yang mempunyai nama paling panjang itu lebih dikenali sebagai singkatan SKOMK dikalangan ahli dan orang ramai.

Pelbagai kejayaan yang telah dikecapi oleh koperasi ini. Aktiviti yang dijalankan oleh koperasi ini ialah perkhidmatan Ar-Rahnu, pasaraya, kedai COOP, kedai Myfarm, dewan serbaguna, pusat pengedaran barangan pengguna, menyediakan ruang perniagaan untuk usahawan, menyewa ruang pejabat untuk disewa dan yang terbaru merancang melaksanakan projek perumahan dengan kerjasama UPSI. Koperasi ini turut memiliki sebuah kompleks besar yang dikenali sebagai Kompleks SKOMK ditengah-tengah bandar Teluk Intan. Sehingga kini, koperasi ini telah mempunyai seramai 6,000 ahli berdaftar.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangperak.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

69 − = 67