Home Blog Sejarah Asal Usul Sejarah Nama Taiping

Asal Usul Sejarah Nama Taiping

0
Asal Usul Sejarah Nama Taiping

Bandar Taiping adalah merupakan sebuah bandar yang cukup kaya dengan warisan sejarahnya. Pernahkah anda terfikir tentang bagaimana asal usul sejarah nama Taiping?

Taiping terletak di dalam daerah Larut, Matang dan Selama. Bandar ini mula membangun sebagai sebuah pekan kecil yang mengeluarkan bijih timah hingga menjadi ibu negeri pertama di negeri Perak.

Sebenarnya, nama Bandar Taiping ini pada asalnya dikenali dengan nama Klian Pauh. Maksud perkataan “Klian” ini adalah lombong dan perkataan “Pauh” pula bermaksud mangga dalam loghat Kelantan.

Jadi, secara definisi terus untuk nama Klian Pauh membawa maksud sebagai Lombong Mangga yang mungkin boleh memberi gambaran tentang keadaan kawasan persekitaran yang banyak lombong bijih timah dan dipenuhi dengan pokok mangga.

Asal Usul Sejarah Nama Taiping

Asalnya kawasan Taiping adalah kawasan penempatan orang-orang Melayu dan ramai orang asing mula ke sana sejak bermulanya operasi melombong bijih timah oleh Long Jaafar.

Kisahnya yang diceritakan sejak turun temurun, peristiwa tentang terjumpanya kembali gajah milik Long Jaafar yang hilang bernama Larut ditemui berlumuran lumpur yang mengandungi bijih timah.

Asal Usul Sejarah Nama Taiping

Long Jaafar

Oleh yang demikian, dikatakan daerah tersebut dinamakan sebagai Larut bersempenakan nama gajah milik Long Jaafar sempena memperingati peristiwa yang menjadi pencetus aktiviti perlombongan bijih timah secara besar-besaran di sana.

Asal Usul Sejarah Nama Taiping

Lokasi Bandar Taiping yang cukup strategik pada waktu itu juga turut menjadi penyumbang terhadap pembangunan ekonomi kerana berada diantara dua bandar yang turut sama sedang membangun iaitu Butterworth dan Ipoh.

Berkenaan dengan nama Taiping pula, ia membawa bermaksud Aman atau Damai atau maksud penuhnya adalah Keamanan yang abadi dalam bahasa cina yang mana perkataan asalnya adalah “Tai-Peng”.

Kisahnya apabila tercetus pertelingkahan puak-puak kongsi gelap pelombong Cina yang melakukan aktiviti perlombongan bijih timah di kawasan Klian Pauh iaitu Ghee Hin dan Hai San.

Kongsi gelap dari dua puak ini bertelingkah untuk merebut kawasan lombong bijih timah dan jalan air. Diringkaskan ceritanya, setelah berdamai dan mendapat kata sepakat, nama Taiping telah dipilih sebagai nama baru untuk menggantikan nama Klian Pauh.

Kronologi Ringkas Sejarah Taiping

  • Kawasan ini diurus tadbir oleh Menteri Larut iaitu Long Jaafar yang telah diberi kuasa oleh Sultan Perak.
  • Long Jaafar telah membina pusat pentadbirannya di Bukit Gantang dan menjadikan Kuala Sungai Limau di Trong sebagai pelabuhan utama Jajahan Larut.
  • British mula menjajah secara rasmi di negeri Perak dalam tahun 1874 sejurus selepas Perjanjian Pangkor ditandatangani dan Jajahan Larut telah ditadbir oleh Kapten Speedy sebagai Penolong Residen British.
  • Bandar Taiping mula dibangunkan oleh British kerana ia kaya dengan hasil bijih timah.
  • Ibu negeri Perak yang asalnya di Bandar Baru berdekatan dengan Kampung Gajah telah berpindah ke Bandar Taiping setelah peristiwa pembunuhan J. W. W. Birch oleh Dato Maharaja Lela di Pasir Salak.
  • Taiping tidak lagi menjadi ibu negeri Perak dalam tahun 1937. Kemudian, Bandar Ipoh dipilih sebagai ibu negeri Perak kerana lokasinya yang strategik terletak di tengah-tengah negeri Perak dan faktor ekonomi yang membangun.

Kini, Bandar Taiping tetap unggul unggul dengan ciri-ciri sejarahnya sehinggakan ia dikenali sebagai Bandar Warisan dan sentiasa membangun sehingga hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here