Merungkai 1,001 Rahsia Pulau Kelumpang Di Bagan Serai, Perak

    Related

    Benarkah Jasad J.W.W. Birch Sudah Dipindahkan Dari Jiratnya Di Pasir Salak?

    Benarkah dakwaan tentang jasad Birch sudah dibawa keluar dan hanya tinggal pakaian beliau sahaja di sana dan ada juga dakwaan tentang pihak Inggeris membawa helikopter bagi tujuan memindahkan jasad Birch itu.

    Gunung Matsurat, Gunung Warisan Kinta

    Mengikut cerita tetua, pada zaman dahulu Gunung Matsurat adalah merupakan 'istana purba' yang didiami oleh Raja dan Permaisurinya. Hendak dijadikan cerita, mereka mengadakan majlis keraian di dalam 'istana purba' ini, maka bergegak gempitala suasananya. Secara tiba-tiba Sang Kelembai telah datang dan dipercayai terganggu dek suasana yang hingar-bingar di dalam 'istana purba' ini, menyebabkannya telah menyumpah segala yang berada di dalam gunung ini menjadi batu termasuk Raja dan Permaisurinya.

    Gunung Cheroh, Gunung Sejarah Kinta

    Ketika dalam pelayaran, mereka mengalami sesuatu yang aneh apabila melalui kawasan pergunungan batu kapur di Gunung Cheroh, hendak dijadikan cerita kapal yang dinaiki mereka tidak dapat meneruskan pelayaran apabila sampai di kaki Gunung Cheroh kerana laluan yang sempit dan tidak dalam.

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh terletak di dalam Mukim Ulu Kinta, Daerah Kinta, Perak.

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang Pertama

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang pertama dalam sistem penggiliran jawatan Panglima Kinta SABD.

    Share

    Ekspedisi kali ini saya telah redah lautan untuk menuju ke satu lokasi yang amat unik iaitu Pulau Kelumpang. Khabarnya lokasi ini adalah sebahagian daripada sebuah tinggalan kerajaan lama iaitu kerajaan Selinsing. Walaupun tidak diketahui kesahihannya, coretan ini menjadi catatan ringkas tentang ekspidisi mencari kebenaran yang tersirat.

    Lokasi ekspidisi saya kali ini dalam merungkai sejarah yang tersirat adalah Pulau Kelumpang yang terletak di Kuala Gula, Bagan Serai, Perak. Pulau Kelumpang berdekatan dengan Pulau Buluh. Terdapat 7 buah pulau seluas 2 km persegi. Pulau Satu hingga Pulau 5 adalah kawasan arkeologi utama. Pulau Enam dan Pulau Tujuh terletak berdepan dengan Pulau Selinsing, Bagan Serai, Perak.

    Pada 15 Julai 2007, tapak ini diwarta sebagai Kawasan Hutan Pemeliharaan Tinggi. Pengalaman kali pertama menjejakkan kaki di tanah pulau ini amat terasa kelainannya dengan semangat yang tidak dapat digambarkan dengan aura kerajaan Selinsing yang pernah menapak disini satu ketika dahulu.

    Suasana di sana sangat aman dan damai sehinggakan tersikap satu perasaan harmoni yang sukar nak digambarkan. Sepanjang pemerhatian saya sewaktu berada di Pulau Kelumpang, terdapat banyak kesan-kesan peninggalan aktiviti kajian arkeologi dari pelbagai pihak di pulau ini yang masih lagi jelas kelihatan sehingga ke hari ini.

    Merungkai 1,001 Rahsia Pulau Kelumpang Di Bagan Serai, Perak Merungkai 1,001 Rahsia Pulau Kelumpang Di Bagan Serai, Perak

    Antara kesan kajian arkeologi yang masih jelas kelihatan dan banyak dapat dilihat disekitar pulau Kelumpang ini adalah kesan penggalian kubur-kubur lama yang berusia lebih ribuan tahun. Menurut rekod dan sumber maklumat sahih ada menyatakan bahawa penggalian dan kajian arkeologi di pulau Kelumpang ini telah bermula seawal tahun 1928 oleh I.H.N Evans yang merupakan seorang ahli antropologi British.

    Merungkai 1,001 Rahsia Pulau Kelumpang Di Bagan Serai, Perak Merungkai 1,001 Rahsia Pulau Kelumpang Di Bagan Serai, Perak

    Hasil kajian dan penyelidikan yang dijalankan oleh I.H.N Evans di pulau Kelumpang ini telah membawa kepada penemuan semula tapak-tapak bersejarah. Kemudian, I.H.N Evans sekali lagi menjalankan kajian dan kerja-kerja penggalian disekitar kawasan pulau Kelumpang pada tahun 1932 selepas penemuan tapak-tapak bersejarah sewaktu kajian awal yang dijalankan pada tahun 1928 dahulu.

    Merungkai 1,001 Rahsia Pulau Kelumpang Di Bagan Serai, Perak Merungkai 1,001 Rahsia Pulau Kelumpang Di Bagan Serai, Perak

    I.H.N Evans telah menjalankan kerja-kerja penggalian selama 2 bulan pada tahun 1932 dan beliau telah menemui tengkorak manusia, manik-manik dan gelas biru. I.H.N Evans berpendapat bahawa penemuan yang ditemuinya itu adalah berasal dari Tanjung Rawa.

    Merungkai 1,001 Rahsia Pulau Kelumpang Di Bagan Serai, Perak Merungkai 1,001 Rahsia Pulau Kelumpang Di Bagan Serai, Perak

    Tidak cukup dengan itu, pada tahun 1955 seorang individu yang bernama G. de G. Sieveking telah menyambung kajian dan penyelidikan I.H.N Evans di pulau Kelumpang. Beliau berjaya menjumpai sejumlah lebih 3,000 gelas dan manik batu.

    Merungkai 1,001 Rahsia Pulau Kelumpang Di Bagan Serai, Perak Merungkai 1,001 Rahsia Pulau Kelumpang Di Bagan Serai, Perak

    Pada tahun 1987 pula, Nik Hassan Shuhaimi sebagai seorang pakar arkeologi tempatan dari UKM telah menjalankan penggalian baru di Pulau Kelumpang dan akhirnya beliau berjaya temui sebelas rangka manusia, pos rumah, mortar beras kayu, tembikar, artifak batu, sisa makanan, manik kaca dan batu, cincin telinga dan pelbagai bahan organik.

    video oleh Shah Sunan AL-Bugis

    Nik Hassan Shuhaim percaya bahawa kawasan pulau Kelumpang pernah dihuni antara tahun 200 sebelum masihi sehingga 1000 tahun masihi. Kawasan yang satu ketika dahulu gah dan punyai penduduk yang ramai ini sudah pasti punyai peranan yang penting kerana lokasi ini adalah umpama pintu masuk utama untuk menuju ke Lembah Bujang yang amat terkenal.

    Rujukan :

    • http://medwelljournals.com/abstract/?doi=sscience.2016.3264.3270
    Freddie Aziz Jasbindar
    Freddie Aziz Jasbindar
    Pengasas orangperak.com dan pencinta sejarah tempatan negeri Perak.