Dalam bulan April 1958, pesawat British, Australia dan New Zealand telah selesai dari operasi pengeboman dari udara ke tanah negeri Perak yang mana ia adalah yang paling dahsyat sejak tanah air kita mendapat kemerdekaan sejak pada tahun 1957.
Pada waktu itu, negara kita berada di dalam keadaan darurat kerana terdapat banyak siri serangan di serata pelusuk negara termasuk negeri Perak yang mana terdapat kira-kira lebih daripada 200 orang pengganas komunis menyerang dan bersembunyi dalam hutan belantara kawasan negeri Perak.
Jangan anda tidak tahu bahawa kisah pengeboman paling dasyat yang berlaku di negeri Perak ini berjalan selama tiga minggu bermula pada tarikh 17 Mac 1958. Operasi pengeboman ini diteruskan tanpa henti sejak dari tarikh yang dinyatakan tadi selama hampir tiga minggu siang dan malam tanpa henti.
Kesemua kapal terbang yang terlibat dalam operasi pengeboman itu telah menjatuhkan sejumlah bom yang mencecah 418,000 pound (kira-kira 189,601.611 kg). Tidak ketinggalan, mereka juga telah melepaskan sebanyak 200 buah roket serta 23,000 peluru meriam ke dalam hutan sekitar negeri Perak.
*gambar hiasan
Pejuang yang turut serta dari New Zealand dikatakan akan mulakan operasi pada waktu siang dengan melancarkan serangan roket serta serangan meriam ke kawasan tanah rendah yang disyaki menjadi kawasan persembunyian pengganas komunis.
*gambar hiasan
Sejurus selepas pejuang dari New Zealand buat serangan, pengebom RAF Canberra akan jalankan tugas mereka dengan melepaskan bom dari udara lantas pada sebelah malam pula, serangan dan bom akan dilepaskan dari udara lagi oleh kumpulan Lincoin dan kapal terbang RAF Sunderland.
*gambar hiasan
Ada juga gabungan beberapa anggota tentera British dan Australia yang sama-sama menumpaskan pengganas komunis di kawasan sasaran sekitar hutan dalam negeri Perak dengan melepaskan lebih 7,000 kelonsong peluru dari 25 pistol yang ditembak dari udara.
*gambar hiasan
Dalam serangan itu juga, ada beberapa pesawat yang akan terbang rendah ke kawasan sasaran sambil menggunakan pembesar suara mengarah pengganas komuinis menyerah diri sambil melepaskan bom meriam ke darat. Hal ini adalah untuk mendesak pengganas komunis supaya keluar dari tempat persembunyian dan menyerah diri.
*gambar hiasan
Dengan gambaran sebenar dalam pertistiwa sejarah pengeboman terbesar dan paling dasyat di negeri Perak yang diceritakan tadi, maka sekarang tidak hairanlah dengan keadaan hari ini yang terdapat banyak bom mati yang ditemui di sekitar negeri Perak oleh orang awam.