Karnival Lenggong Ke 5 Bakal Temui Anda Julai 2017

    Related

    Benarkah Jasad J.W.W. Birch Sudah Dipindahkan Dari Jiratnya Di Pasir Salak?

    Benarkah dakwaan tentang jasad Birch sudah dibawa keluar dan hanya tinggal pakaian beliau sahaja di sana dan ada juga dakwaan tentang pihak Inggeris membawa helikopter bagi tujuan memindahkan jasad Birch itu.

    Gunung Matsurat, Gunung Warisan Kinta

    Mengikut cerita tetua, pada zaman dahulu Gunung Matsurat adalah merupakan 'istana purba' yang didiami oleh Raja dan Permaisurinya. Hendak dijadikan cerita, mereka mengadakan majlis keraian di dalam 'istana purba' ini, maka bergegak gempitala suasananya. Secara tiba-tiba Sang Kelembai telah datang dan dipercayai terganggu dek suasana yang hingar-bingar di dalam 'istana purba' ini, menyebabkannya telah menyumpah segala yang berada di dalam gunung ini menjadi batu termasuk Raja dan Permaisurinya.

    Gunung Cheroh, Gunung Sejarah Kinta

    Ketika dalam pelayaran, mereka mengalami sesuatu yang aneh apabila melalui kawasan pergunungan batu kapur di Gunung Cheroh, hendak dijadikan cerita kapal yang dinaiki mereka tidak dapat meneruskan pelayaran apabila sampai di kaki Gunung Cheroh kerana laluan yang sempit dan tidak dalam.

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh terletak di dalam Mukim Ulu Kinta, Daerah Kinta, Perak.

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang Pertama

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang pertama dalam sistem penggiliran jawatan Panglima Kinta SABD.

    Share

    Sepertimana yang kita semua tahu, Lenggong amat popular dengan penemuan rangka manusia hampir sempurna yang pernah ditemui di Asia Tenggara. Rangka manusia tersebut dikenali sebagai Perak Man dan juga Perak Woman. Selain dari itu, tahukah anda bahawa Lenggong juga pernah dihentam meteorit? Ianya menarik bukan?

    Hasil penemuan-penemuan yang hebat sejak dahulu sehingga ke hari ini menyebabkan Lembah Lenggong telah mendapat pengiktirafan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sejak tahun 2012.

    Sehubungan dengan itu, sebuah karnival yang hebat dan meriah akan diadakan untuk sambutan sempena ulang tahun ke 5 buat Lembah Lenggong yang mendapat pengiktirafan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sejak tahun 2012.

    banner karnival lenggong

    Karnival Lenggong adalah satu rutin tahunan yang diadakan pada setiap tahun sejak Lembah Lenggong mendapat pengiktirafan tersebut. Kali ini pada tahun 2017, Karnival Lenggong akan diadakan pada bulan Julai sepertimana maklumat yang tertera di bawah:

    • Tarikh : 6 hingga 9 Julai 2017
    • Hari : Khamis hingga Ahad
    • Lokasi : Dataran Lenggong

    Sekadar rujukan dan buat perancangan anda untuk hadir ke Karnival Lenggong 2017 yang bakal diadakan Julai ini, kami dari orangperak.com sertakan maklumat aturcara yang diberikan oleh Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara (JKKN) Perak khas kepada anda semua:

    6 julai

    3.00 petang – 6.00 petang di pentas utama

    • Pendaftaran dan pertandingan mengayam ketupat paling banyak
    • Pendaftaran dan pertandingan permainan tradisional

    3.00 petang – 10.00 malam di khemah pameran dan khemah jualan Arts Market

    • Pameran
    • Kaunter RTC
    • Bazar Masakan Warisan
    • Jualan & Arts Market

    8.00 malam – 10.00 malam di pentas utama

    7 julai

    10.00 pagi – 10.30 malam di khemah pameran dan khemah jualan Arts Market

    • Pameran
    • Kaunter RTC
    • Bazar Masakan Warisan
    • Jualan & Arts Market

    3.00 petang – 6.00 petang di pentas bergerak, pentas utama ruang aktiviti

    • Pendaftaran dan pertandingan Lenggong Idol (Saringan)
    • Pendaftaran penyertaan Battle of The Band Lenggong
    • Pendaftaran pertandingan timbang bola free style

    8.30 malam – 10.30 malam di pentas utama

    • Battle of the Band Lenggong

    battle of the band 8 julai

    7.00 pagi – 1.30 petang di dataran Lenggong

    • Lenggong Archaeology Mountain Bike Trail

    8.00 pagi – 3.00 petang di Kota Tampan

    • Tunas Arkeologi

    8.00 pagi – 12.00 tengah hari di ruang aktiviti

    • Permainan Tradisional

    10.00 pagi – 10.00 malam di tapak warisan dunia Lembah Lenggong

    • Kembara warisan

    10.00 pagi – 10.00 malam di khemah pameran dan jualan

    • Pameran
    • Kaunter RTC
    • Bazar Masakan Warisan
    • Jualan & Arts Market
    • Demonstrasi Grafiti

    10.00 pagi – 4.00 petang di ruang aktiviti

    • Pertandingan Lenggong Idol (akhir)
    • Pertandingan mewarna seramik
    • Pertandingan Sukan Rakyat
    • Pertunjukan permainan wau dan layang-layang

    11.00 pagi – 12.30 tengah hari di pentas utama

    • Forum warisan dunia

    5.00 petang – 6.00 petang di pentas utama

    • Majlis penyampaian hadiah pertandingan

    8.00 malam – 11.15 malam di pentas utama

    • Persembahan kesenian (Pre-show)
    • Majlis Perasmian

    9 julai

    10.00 pagi – 10.00 malam di khemah pameran dan khemah jualan Arts Market

    • Pameran
    • Kaunter RTC
    • Bazar Masakan Warisan
    • Jualan & Arts Market
    • Demonstrasi Grafiti
    • Pertunjukan permainan wau dan layang-layang

    aktiviti

    Buat semua pembaca setia orangperak.com, segeralah rancang jadual anda dan datang untuk memeriahkan Karnival Lenggong yang ke 5 ini. Semaikan rasa bangga di dalam hati kita bahawa Lenggong mendapat pengiktirafan dan dipandang mata dunia. Pengiktirafan Tapak Warisan Dunia bukanlah satu perkara yang remeh, ianya satu perkara yang amat dibanggakan!

    Maklumat mengenai Karnival Lenggong tahun 2017 ini disalurkan kepada orangperak.com oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Perak untuk hebahan semua. Moh ke Lenggong!

    Freddie Aziz Jasbindar
    Freddie Aziz Jasbindar
    Pengasas orangperak.com dan pencinta sejarah tempatan negeri Perak.