23.9 C
Ipoh
Tuesday, 18 February 2025

Enjin Wap Kapal Yang Tenggelam Dalam Sungai Perak Di Teluk Intan

- Advertisement -
- Advertisement -

Kewujudan satu objek besi yang sebelum ini dipercayai kepala lokomotif yang mana bentuknya seakan-akan kepala kereta api di dasar Su­ngai Perak berdekatan dengan Jalan Pasar di Teluk Intan dan ia dikatakan berusia lebih 100 tahun dan rata-rata penduduk setempat disana sudah sedia maklum berkenaan dengan kewujudan objek tersebut.

Namun ramai yang berpendapat dan mendakwa bahawa objek yang terbenam ke dasar sungai Perak itu adalah kepala kereta api dan berita ini juga turut direncanakan dalam Utusan Online pada tarikh 4 Januari 2017 dengan tajuk Kepala kereta api berusia 100 tahun timbul di Sungai Perak.

Dengan rasa penuh bertanggung-jawab, kami rasa adalah amat wajar untuk pihak kami mengambil kesempatan yang ada kerana tersebarnya berita tentang objek tersebut untuk menekankan bahawasanya ia adalah mungkin kenyataan yang tidak benar.

Team orangperak.com bersama-sama dengan kenalan yang gemar jalankan kajian persendirian berkenaan dengan hal sejarah dan tinggalan lama tidak bersetuju untuk menyifatkan objek tersebut sebagai kepala lokomotif seperti yang diwar-warkan.

Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, objek ini hanya boleh dilihat beberapa kali dalam setahun sewaktu air sungai benar-benar surut dan itu pun hanya beberapa minit sebelum air kembali pasang.

Bersama-sama dengan artikel ini, kami turut sertakan faktor-faktor yang kukuh beserta dengan penerangan ringkas yang boleh diberi kepada umum untuk menolak dakwaan tentang objek tersebut adalah kepala kepada sejenis lokomotif.

Berikut adalah antara tiga faktor yang dapat kami senaraikan dan ada serba sedikit keterangan ringkas dalam menolak dakwaan kepala lokomotif yang telah tular sebelum ini.

  1. Saiz objek yang kecil dan sangat tidak relevan apabila dikaitkan dengan kepala lokomotif
  2. Lokasi landasan keretapi yang jauh dan mustahil untuk objek tersebut hanyut jauh sebegitu
  3. Tiada maklumat dan bukti kukuh direkodkan namun mungkin ada cerita berkaitan

Apa Sebenarnya Yang Tenggelam Dalam Sungai Perak Di Teluk Intan

Saiz objek tersebut sebenarnya tidak relevan jika ianya dikaitkan dengan kepala lokomotif yang jauh lebih besar dan panjang daripada objek tersebut. Enjin wap keretapi pada zaman itu juga tidaklah sekecil itu dan ianya punyai bentuk dan saiz yang berlainan.

Apa Sebenarnya Yang Tenggelam Dalam Sungai Perak Di Teluk Intan

Lebih kurang 5 kaki ke 6 kaki panjang sahaja

Dakwaan yang menyatakan ianya kepala lokomotif langsung tidak masuk akal apabila kita lihat kembali dari sudut lokasi objek itu terbenam yang terletak agak jauh daripada lokasi perlabuhan lama Teluk Anson yang mana disitu juga landasan terhujung keretapi berada.

Ternyata agak mustahil untuk satu objek yang berat dan sebesar ini hanyut kira-kira sejauh 1.11km dari lokasi perlabuhan lama Teluk Anson ke lokasinya sekarang.

Apa Sebenarnya Yang Tenggelam Dalam Sungai Perak Di Teluk Intan

Penghujung landasan keretapi (perlabuhan lama Teluk Anson) dengan objek

Apa yang menarik lagi, sebenarnya ada hal yang direkodkan dan mungkin boleh diangkat sebagai bukti kukuh tentang terdapat perlanggaran antara dua buah kapal wap yang telah berlaku di Teluk Anson satu ketika dahulu. Perlanggaran tersebut melibatkan dua buah syarikat kapal wap yang masing-masing bernama Neera dengan Poh Hin Guan.

Apa Sebenarnya Yang Tenggelam Dalam Sungai Perak Di Teluk Intan

Peristiwa ini berlaku pada tarikh 15 Julai 1896. Akibat daripada perlanggaran tersebut, kapal wap syarikat Neera hanya mengalami kerosakan pada hawsepipe yang mana ia mungkin dilindungi oleh sauh. Hawsepipe kapal ini adalah bahagian busur kapal yang punyai rantai sauh.

Kapal wap syarikat Poh Hin Guan pula tidak bernasib baik kerana berada dikawasan yang cetek dan tersangkut di kawasan yang berpasir selepas perlanggaran dan berkemungkinan besar bahawa objek yang dikatakan kepala lokomotif itu adalah milik enjin wap kapal kepada syarikat Poh Hin Guan.

Namun hakikatnya bahawa objek yang dikatakan sebagai kepala lokomotif itu masih tidak dapat dibuktikan kesahihannya selagi kajian mendalam tidak dijalankan.

Walaupun begitu, berdasarkan kreteria dan ciri-ciri asas setelah dilihat oleh kenalan kami iaitu saudara Lordman Kerol secara dekat pada objek tersebut, kami percaya bahawa objek tersebut bukanlah kepala lokomotif seperti yang diperhebahkan dan ternyata ciri-ciri dan saiz objek tersebut lebih cenderung ke sebuah enjin wap kapal.

Rujukan dan sumber sahih:

  • http://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/straitstimes18960716-1.2.25
  • http://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/straitstimes18960718-1.2.26
  • http://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/middayherald18960727-1.2.12
  • https://wrecksite.eu/wreck.aspx?58955
  • http://www.utusan.com.my/berita/nasional/kepala-kereta-api-berusia-8232-100-tahun-timbul-di-sungai-perak-1.427634
- Advertisement -
Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindarhttps://fred.my
Pengasas orangperak.com dan Pencinta Sejarah Tempatan Negeri Perak.
Terkini
- Advertisement -

Moh baca!

Related news
- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here