25 C
Ipoh
Thursday, 24 April 2025

Hizbul Muslimin, Parti Islam Pertama Di Tanah Melayu

- Advertisement -
- Advertisement -

Hizbul Muslimin, Parti Islam Pertama Di Tanah Melayu

Hizbul Muslimin (Hamim) atau lebih dikenali dengan nama Parti Orang Muslimin Malaya (Muslim People’s Party of Malaya) sebenarnya adalah merupakan parti Islam yang pertama mula menapak di Tanah Melayu sejak ia ditubuhkan pada tarikh keramat 14 Mac 1948.


Seperti parti-parti lain yang ada di Tanah Melayu pada waktu itu, Hizbul Muslimin juga memperjuangkan kemerdekaan dan inginkan negara yang bebas dari penjajahan British. Jadi, apa perkaitan parti ini dengan negeri Perak sehingga ditulis dalam artikel orangperak.com kali ini? Teruskan membaca untuk ketahuinya.

Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, pada 13 hingg 16 Mac 1946 satu persidangan Islam se-Malaysia (Pan-Malayan Islamic Conference) yang pertama telah diadakan di Madrasah Ma’ahad al-Ehya as-Sharif yang terletak di Gunung Semanggol, Perak.

Perhimpunan tersebut telah ditaja oleh Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang berada di bawah pimpinan Dr. Burhanuddin al-Helmy dan ia dianjurkan untuk membincangkan masalah ekonomi yang dihadapi oleh golongan Melayu-Muslim.

Hizbul Muslimin, Parti Islam Pertama Di Tanah Melayu

Selain itu, perhimpunan tersebut juga bertujuan untuk membawa gerakan-gerakan dan pemikir-pemikir Islam yang lebih aktif secara politik dan progresif di dalam negeri untuk duduk berbincang bersama. Hasilnya yang dapat kita lihat iaitu Majlis Agama Tertinggi Malaya (MATA) akhirnya telah ditubuhkan.

Segalanya bermula di Gunung Semanggol, Perak. Majlis Agama Tertinggi Malaya (MATA) terus mula menganjurkan perhimpunan dan kegiatan politik bagi aktivis Melayu-Muslim untuk berkumpul dan berbincang rancangan untuk masa depan dan keperluan untuk mengerahkan masyarakat umum.

Jangan anda tidak tahu bahawa majlis itu juga menganjurkan satu persidangan pada tarikh 13 Mac 1948 hingga 16 Mac 1948 bagi membincangkan isu tempatan dan antarabangsa yang berkenaan dengan masyarakat umum. Peserta-peserta persidangan merasakan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu, UMNO tidak melakukan apa yang memadai untuk mengemukakan isu mustahak secara umum dan puak konservatif-nationalis juga tidak memainkan peranan yang cukup untuk kepentingan Melayu-Muslim.

Perwakilan UMNO di dalam MATA tidak berpuas-hati dengan nada perbincangan pihak Islamis yang dirasai terlalu berunsur revolusi dan militan. Perwakilan UMNO telah melaporkan pendapat dan pemerhatian mereka pimpinan mereka menyebabkan pemimpin UMNO pada waktu itu iaitu Dato Onn Jaafar mula mengeluarkan amaran mengenai “ancaman bahaya dari gunung”, yang merujuk kepada Gunung Semanggol sebagai lokasi pergerakan Majlis Agama Tertinggi Malaya (MATA).

Hizbul Muslimin, Parti Islam Pertama Di Tanah Melayu

Ustaz Abu Bakar al-Baqir

Lantas selepas itu, Parti Orang Muslimin Malaya atau Hizbul Muslimin telah ditubuhkan pada tarikh 14 Mac 1948 yang mana pada waktu itu dipimpin oleh Ustaz Abu Bakar al-Baqir selepas persidangan kedua Majlis Agama Tertinggi Malaya (MATA) yang mengisytiharkan supaya Majlis Agama Tertinggi Malaya (MATA) diatur-semula sebagai satu parti politik Islam.

Dengan tertubuhnya Hizbul Muslimin, kesemua aktiviti politik telah dipindahkan kepada pertubuhan politik baru itu. Majlis Agama Tertinggi Malaya (MATA) pula berperanan sebagai biro hal-ehwal agama parti itu. Walaubagaimanapun, parti politik Islam yang pertama di Malaya ini ditakdirkan untuk tidak bertahan lama apabila ianya diharamkan oleh kerajaan British dengan dakwaan bahawa Hizbul Muslimin menjalin hubungan dengan Parti Komunis Malaya (PKM).

Ramai anggota Hizbul Muslimin berjaya melepaskan diri mereka dari tindakan kejam British dengan menyertai semula UMNO dan ada juga yang berpecah dan mereka menubuhkan Persatuan Islam Sa-Malaya (Pan-Malayan Islamic Association) dengan singkatan PAS.

Demi kepentingan untuk bertanding di dalam Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955, persatuan itu didaftarkan semula dengan nama baru sebagai Pan-Malayan Islamic Party (PMIP). Nama itu ditukar sekali lagi kepada Parti Islam Se-Malaysia (PAS) semasa era presiden Asri Muda pada tahun 1970 an.

- Advertisement -
Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindarhttps://fred.my
Pengasas orangperak.com dan Pencinta Sejarah Tempatan Negeri Perak.
Terkini
- Advertisement -

Moh baca!

Related news
- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here