Sejarah Paip Besar Di Gopeng

    Related

    Benarkah Jasad J.W.W. Birch Sudah Dipindahkan Dari Jiratnya Di Pasir Salak?

    Benarkah dakwaan tentang jasad Birch sudah dibawa keluar dan hanya tinggal pakaian beliau sahaja di sana dan ada juga dakwaan tentang pihak Inggeris membawa helikopter bagi tujuan memindahkan jasad Birch itu.

    Gunung Matsurat, Gunung Warisan Kinta

    Mengikut cerita tetua, pada zaman dahulu Gunung Matsurat adalah merupakan 'istana purba' yang didiami oleh Raja dan Permaisurinya. Hendak dijadikan cerita, mereka mengadakan majlis keraian di dalam 'istana purba' ini, maka bergegak gempitala suasananya. Secara tiba-tiba Sang Kelembai telah datang dan dipercayai terganggu dek suasana yang hingar-bingar di dalam 'istana purba' ini, menyebabkannya telah menyumpah segala yang berada di dalam gunung ini menjadi batu termasuk Raja dan Permaisurinya.

    Gunung Cheroh, Gunung Sejarah Kinta

    Ketika dalam pelayaran, mereka mengalami sesuatu yang aneh apabila melalui kawasan pergunungan batu kapur di Gunung Cheroh, hendak dijadikan cerita kapal yang dinaiki mereka tidak dapat meneruskan pelayaran apabila sampai di kaki Gunung Cheroh kerana laluan yang sempit dan tidak dalam.

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh terletak di dalam Mukim Ulu Kinta, Daerah Kinta, Perak.

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang Pertama

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang pertama dalam sistem penggiliran jawatan Panglima Kinta SABD.

    Share

    Perak yang dikatakan sebagai negeri pembekal bijih timah utama negara sejak ratusan tahun dahulu sehinggalah ke zaman selepas merdeka. Kesan tinggalan aktiviti perlombongan cukup jelas sekali di Perak.

    Termasuk monumen-monumen yang didirikan untuk memperingati kawasan perlombongan dahulu dan begitu juga di Gopeng. Dahulunya, paip air yang besar sepanjang 15 km berfungsi untuk menyalurkan air bersih dari kawasan gunung ke kawasan perlombongan bijih timah dan penduduk setempat di sekitar Gopeng.

    Monumen paip besar Gopeng telah dibina pada tahun 1908 untuk menjadi mercu tanda kegemilangan industri perlombongan timah di Gopeng. Paip air besar sepanjang 15km ini dahulunya berfungsi untuk menyalurkan air dari kawasan gunung ke kawasan perlombongan bijih timah di sekitar Gopeng dan juga sebagai bekalan air bersih untuk penduduk setempat.

    Jika dikira usianya, dianggarkan sudah lebih 160 tahun. Lokasi paip ini amat mudah dikesan apabila anda melalui pekan Gopeng pada satu ketika dulu, tetapi kini apa yang tinggal hanya paip sepanjang 200 meter sahaja.

    paip besar gopeng

    Berdasarkan cerita lisan oleh Mokhtar yang pernah berkhidmat sebagai Tentera British berpangkalan di Singapura, berkata batang paip besar itu ditarik ke puncak bukit menggunakan gajah kerana terlalu berat dan panjang.

    Dan menurut penduduk tempatan, ada yang mendakwa banyak saki baki batang paip besi itu sudah dipotong dan dijual oleh mereka yang tidak bertanggung-jawab. Inilah sikap yang kita tidak mahu iaitu tiada kesedaran untuk menghargai nilai sejarah demi kepentingan diri sendiri.

    Paip air tersebut diuruskan oleh Syarikat Osborne and Chappell yang ditutup pada tahun 1994. Paip air besi yang besar itu disambungkan menggunakan pasak kayu sahaja.

    Bayangkan ukuran batang paip yang mempunyai garis pusat 48 inci, garis pusat 24 inci, jarak antara tiang pula adalah 600 meter. Antara kawasan yang mendapat manfaat daripada paip besar tersebut adalah Kampung Tersusun Gopeng, Taman Gopeng Baru, Lawan Kuda, Kopisan Baru, Kampung Sungai Itek dan Kampung Pintu Padang.

    Kini, banyak tanah-tanah lombong di Perak telah ditebus guna untuk projek perumahan, kampung tersusun, bangunan pejabat, sekolah dan jalan raya.

    Freddie Aziz Jasbindar
    Freddie Aziz Jasbindar
    Pengasas orangperak.com dan pencinta sejarah tempatan negeri Perak.