Pesta Belon Udara Panas Yang Pertama Di Perak

    Related

    Benarkah Jasad J.W.W. Birch Sudah Dipindahkan Dari Jiratnya Di Pasir Salak?

    Benarkah dakwaan tentang jasad Birch sudah dibawa keluar dan hanya tinggal pakaian beliau sahaja di sana dan ada juga dakwaan tentang pihak Inggeris membawa helikopter bagi tujuan memindahkan jasad Birch itu.

    Gunung Matsurat, Gunung Warisan Kinta

    Mengikut cerita tetua, pada zaman dahulu Gunung Matsurat adalah merupakan 'istana purba' yang didiami oleh Raja dan Permaisurinya. Hendak dijadikan cerita, mereka mengadakan majlis keraian di dalam 'istana purba' ini, maka bergegak gempitala suasananya. Secara tiba-tiba Sang Kelembai telah datang dan dipercayai terganggu dek suasana yang hingar-bingar di dalam 'istana purba' ini, menyebabkannya telah menyumpah segala yang berada di dalam gunung ini menjadi batu termasuk Raja dan Permaisurinya.

    Gunung Cheroh, Gunung Sejarah Kinta

    Ketika dalam pelayaran, mereka mengalami sesuatu yang aneh apabila melalui kawasan pergunungan batu kapur di Gunung Cheroh, hendak dijadikan cerita kapal yang dinaiki mereka tidak dapat meneruskan pelayaran apabila sampai di kaki Gunung Cheroh kerana laluan yang sempit dan tidak dalam.

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh terletak di dalam Mukim Ulu Kinta, Daerah Kinta, Perak.

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang Pertama

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang pertama dalam sistem penggiliran jawatan Panglima Kinta SABD.

    Share

    Pada 19 September 1783, seorang saintis yang berasal dari negara Perancis yang bernama Pilatre De Rozier telah mengejutkan seluruh penduduk di bandar Metz yang terletak di Perancis apabila beliau telah memperkenalkan sebuah belon udara panas pertama di dunia yang digelar sebagai Aerostat Reveillon.

    Penumpang di dalam belon udara panas itu pula terdiri daripada beberapa ekor haiwan seperti kambing biri-biri, itik dan ayam jantan. Haiwan-haiwan inilah yang menjadi penumpang pertama kepada belon udara panas dan terapung di udara selama kira-kira 15 minit sebelum terhempas ke tanah.

    Pilatre De Rozier

    Pilatre De Rozier

    Selang dua tahun selepas itu, nasib tidak menyebelahi Pilatre De Rozier apabila percubaan untuk menyeberang Selat Inggeris gagal apabila belon udara panas ciptaan beliau telah meletup ketika berada di ruang udara Wimereux dan menyebabkan dirinya terkorban.

    Biarpun peristiwa tentang kematian Pilatre De Rozier sebagai pencipta belon udara panas telah mengejutkan ramai pihak, namun ia sedikit pun tidak mematahkan semangat para intelek untuk memikirkan teknologi baharu yang lebih selamat dan mengekalkan belon udara panas lebih lama di ruang angkasa dan mereka berjaya mencipta belon udara panas yang lebih selamat.

    Pilatre De Rozier

    Sejak terciptanya belon udara panas versi baharu yang lebih selamat daripada ciptaan Pilatre De Rozier, ia telah menjadi salah satu teknologi penerbangan membawa manusia dari satu lokasi ke satu lokasi lain yang paling tua di dunia.

    Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, hari ini di negara kita Malaysia mula mengenali dan terdedah dengan pendedahan mengenai belon udara panas bermula sejak 16 tahun lalu melalui penganjuran sukan berkenaan di beberapa negeri seperti Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur.

    Buat negeri Perak pula, acara yang mendapat kerjasama daripada AKA Balloon Sdn Bhd untuk diselitkan dalam Perak Festival of Ideas (PFOI) 2017 adalah merupakan acara yang pertama kali seumpamanya yang akan berlaku di ruang udara di bumi negeri Perak.

    AKA Balloon Sdn Bhd

    AKA Balloon Sdn Bhd adalah merupakan sebuah syarikat belon udara panas yang pertama di Malaysia. Mereka mula beroperasi sejak pada tahun 1994 lagi dan apa yang membanggakan adalah tidak pernah ada rekod kemalangan yang dicatatkan kerana jurupandu belon udara panas mereka semuanya berkelayakan dan disahkan oleh Department of Civil Aviation Malaysia (DCA) / Jabatan Penerbangan Awam Malaysia.

    Maklumat pesta belon udara panas untuk Perak Festival of Ideas (PFOI) 2017:

    • Tarikh : 8 September 2017 hingga 11 September 2017
    • Hari : Jumaat hingga Isnin
    • Masa : 8.00 PM hingga 12.00 AM
    • Lokasi : Bulatan Amanjaya, Ipoh

    belon udara panas

    Jangan lepaskan peluang ini, moh kita ramai-ramai memeriahkan majlis dan mencatat sejarah buat diri serta negeri Perak kerana acara yang seumpamanya sebegini adalah merupaakan yang pertama kali akan berlaku di ruang udara di bumi negeri Perak. Moh kita!

    하늘
    하늘
    꿈을 꾸고 믿을 수 있다면 이룰 수도 있다. 세상에서 보고싶은 변화가 있다면 당신 스스로 그 변화가 되어라. 성공에 대한 의지를 품는 것은 무엇보다 중요하다.