Siapa sangka Marina Island yang terletak di pantai Teluk Muruh berdekatan Teluk Batik sebenarnya adalah sebuah pulau buatan manusia. Pulau buatan manusia yang bernama Marina Island ini amat luas dan mampu untuk menampung pelbagai bangunan diatasnya secara keseluruhan dengan keluasan sebesar 316.9 ekar.
Jambatan sepanjang 400 meter adalah satu-satunya jalan yang menghubungkan Marina Island dengan tanah besar di Teluk Muruh. Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, di Marina Island juga terdapat kemudahan jeti kedua yang ada menawarkan servis untuk membawa orang ramai ke Pulau Pangkor.
Seperti semua sudah sedia maklum, Marina Island adalah pulau buatan manusia dan apa yang menariknya adalah ianya juga adalah yang pertama di Malaysia seumpama dengannya. Lokasinya yang strategik dibina bertentangan dengan Pulau Pangkor dan Pangkor Laut Resort.
Projek penambakan untuk membentuk pulau yang diberi nama sebagai Marina Island ini bermula sebelum 2012 lagi. Projek yang merangkumi penambakan sebesar 3216.9 ekar kawasan persisiran pantai Teluk Muroh ini telah dibangunkan oleh Marina Sanctuary Resort Sdn. Bhd.
Mereka yang terlibat dalam projek penambakan untuk membentuk pulau buatan manusia yang pertama di Malaysia ini mengambil masa selama lima tahun perancangan dan kajian lengkap bagi untuk memastikan apabila pembuatan pulau tersebut dilaksanakan, ia tidak akan mengganggu alam sekitar dan ekosistem.
Sungguhpun banyak pembinaan dan penambakan yang berlaku di sekitar pantai Teluk Muroh ini penting untuk sektor ekonomi negeri Perak, pihak berwajib juga diseru agar prihatin pada pantai warisan Teluk Muroh yang semakin hari semakin hilang serinya. Namun, pembuatan Marina Island adalah satu produk pelancongan yang amat membanggakan.