25 C
Ipoh
Thursday, 24 April 2025

Larangan Beg Plastik Di Perak Bermula Jun 2017

- Advertisement -
- Advertisement -

Kita semua sedar akan plastik adalah merupakan penyumbang terbesar terhadap pencemaran alam sekitar di bumi kita ini. Walaupun lambakan kempen kesedaran telah dijalankan oleh pihak kerajaan untuk mendidik kita akan hal ini sejak dari bangku sekolah lagi, namun masih ada yang masih melepaskan batuk di tangga dan lansung tidak ambil berat akan hal ini di dalam golongan kita sebagai pewaris kehidupan manusia di muka bumi bertuah ini.

Untuk makluman anda pembaca orangperak.com yang setia, Perak bakal mengharamkan sepenuhnya penggunaan beg plastik dan bekas makanan polisterin pada awal Jun 2017 yang akan datang. Sebagai langkah persediaan awal untuk membiasakan diri untuk menempuh tanpa plastik setiap hari, kita sudah melatih diri dimana sebelum ini kita sudah menyambut baik kempen setiap hari sabtu dengan tanpa plastik dan akan dikenakan cas sebanyak RM0.20 sekiranya masih ada yang inginkan plastik.

Pelbagai maklum balas positif dan ada juga komentar negatif yang tidak setuju berkenaan dengan hal ini daripada rakyat Perak sendiri. Namun, pihak kami orangperak.com mengucapkan tahniah buat mereka yang menyokong usaha ini dimana ia sangat memberi manfaat untuk golongan masa akan datang. Seharusnya kita semua harus berikrar untuk mengubah cara hidup dan tabiat lama serta terus-menerus lalui hidup yang akan datang dengan tanpa beg plastik dan polistirena.

Senarai penggunaan beg plastik di bawah adalah dikecualikan daripada dikenakan caj:

  • Makanan dan tumbuh-tumbuhan
  • Produk ubatan dan racun
  • Ikan hidup atau hidupan laut yang lain

Larangan Beg Plastik Di Perak Bermula Jun 2017

Dengan tidak menggunakan beg plastik dan polisterin, ia adalah merupakan salah satu daripada kempen teknologi hijau yang diletakkan dalam polisi kerajaan negeri. Kita semua wajar mencari alternatif lain termasuk menggunakan plastik biodegradasi yang diperbuat daripada bahan seperti hampas tebu, akar kayu, daun-daun cepat mereput. Antara alternatif yang sangat digalakkan untuk menggantikan beg plastik dan polistirena adalah seperti berikut:

  • Beg plastik guna semula dan kitar semula
  • Beg membeli belah guna semula (bukan plastik)
  • Bekas makanan mangkuk tingkat
  • Bekas makanan guna semula

Untuk pengetahuan am anda, beg plastik pakai buang hanya mula digunakan sejak pada tahun 1970 sahaja sehinggakan ke hari ini, ia telah menjadi satu keperluan sehingga secara tidak lansung telah menyebabkan pencemaran alam sekitar. Hampir 1 trilion beg plastik digunakan setiap tahun di seluruh dunia. Rakyat negeri Perak harus buktikan yang kita mengutamakan pemeliharaan alam sekitar untuk masyarakat. Jadi, harapan kami dari editor orangperak.com adalah wajar dan ramai lagi untuk menyokong kempen sebegini berjalan dengan lancar.

Diharapkan, anda warga Perak sudah bersedia untuk perubahan besar ini. Ingatlah plastik susah untuk terurai dalam masa yang singkat dan ianya adalah tidak bagus untuk semua jenis kehidupan yang hidup di muka bumi kita ini. Sayangilah negeri kita negeri Perak Darul Ridzuan dan juga negera kita, negara Malaysia.

- Advertisement -
Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindarhttps://fred.my
Pengasas orangperak.com dan Pencinta Sejarah Tempatan Negeri Perak.
Terkini
- Advertisement -

Moh baca!

Related news
- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here