● OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca Surprise Me!
Menjelang — --:--:--
Subuh
05:54
Syuruk
06:59
Zohor
13:05
Asar
16:21
Maghrib
19:05
Isyak
20:14
Agama

Sultan Nazrin Perkenan 81 Pemimpin Belia Menyampaikan Khutbah di Masjid Seluruh Perak

09 May 2025 · 1 min baca · 131 ·Oleh Iskandar Zulqarnain

Sultan Nazrin Perkenan 81 Pemimpin Belia Menyampaikan Khutbah di Masjid Seluruh Perak

Sebagai pengiktirafan terhadap peranan penting generasi muda dalam pembangunan agama dan masyarakat, DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah memperkenankan81 orang pemimpin belia Perak sebagai khatib jemputan di masjid-masjid seluruh negeri pada Jumaat ini.

Khutbah Jumaat yang bertajuk "Belia Berkeyakinan: Memenuhi Wawasan Dunia Akhirat" akan disampaikan serentak di 81 buah masjid, menandakan satu langkah progresif dalam melibatkan belia sebagai peneraju dalam penyebaran ilmu dan kepimpinan Islam.

Tan Sri Dato’ Seri Mohd. Annuar Zaini, Yang Dipertua Majlis Agama Islam & Adat Melayu Perak (MAIPk), memaklumkan bahawa inisiatif ini mencerminkan komitmen Sultan Perak untuk membentuk belia yang bukan sahaja dinamik dalam pembangunan duniawi, tetapi juga teguh pegangan akhirat.

“Pelantikan khatib daripada kalangan belia ini adalah satu penghormatan dan peluang untuk mereka memimpin serta menyampaikan mesej yang relevan dengan semangat zaman,” jelas beliau.

Program ini diharap dapat menyemarakkan lagi peranan belia dalam masyarakat, sekaligus mendukung visi kerajaan negeri melahirkan generasi muda yang seimbang dari segi rohani dan intelektual.

Dengan tema yang menekankan keyakinan diri dan keseimbangan hidup, khutbah ini dijangka memberi inspirasi kepada jemaah khususnya belia untuk menjadi agen perubahan positif dalam memacu kemajuan negara.

Iskandar Zulqarnain
Iskandar Zulqarnain
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.