Beting Beras Basah Menjadi Saksi Kehadiran Sultan Perak Pertama

    Related

    Benarkah Jasad J.W.W. Birch Sudah Dipindahkan Dari Jiratnya Di Pasir Salak?

    Benarkah dakwaan tentang jasad Birch sudah dibawa keluar dan hanya tinggal pakaian beliau sahaja di sana dan ada juga dakwaan tentang pihak Inggeris membawa helikopter bagi tujuan memindahkan jasad Birch itu.

    Gunung Matsurat, Gunung Warisan Kinta

    Mengikut cerita tetua, pada zaman dahulu Gunung Matsurat adalah merupakan 'istana purba' yang didiami oleh Raja dan Permaisurinya. Hendak dijadikan cerita, mereka mengadakan majlis keraian di dalam 'istana purba' ini, maka bergegak gempitala suasananya. Secara tiba-tiba Sang Kelembai telah datang dan dipercayai terganggu dek suasana yang hingar-bingar di dalam 'istana purba' ini, menyebabkannya telah menyumpah segala yang berada di dalam gunung ini menjadi batu termasuk Raja dan Permaisurinya.

    Gunung Cheroh, Gunung Sejarah Kinta

    Ketika dalam pelayaran, mereka mengalami sesuatu yang aneh apabila melalui kawasan pergunungan batu kapur di Gunung Cheroh, hendak dijadikan cerita kapal yang dinaiki mereka tidak dapat meneruskan pelayaran apabila sampai di kaki Gunung Cheroh kerana laluan yang sempit dan tidak dalam.

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh terletak di dalam Mukim Ulu Kinta, Daerah Kinta, Perak.

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang Pertama

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang pertama dalam sistem penggiliran jawatan Panglima Kinta SABD.

    Share

    Sejarah Kesultanan Perak bermula pada awal abad ke 16 iaitu pada tahun 1528 di mana Sultan Perak yang pertama, Paduka Seri Sultan Muzaffar Shah I telah ditabalkan di Beting Beras Basah, di Kuala Sungai Perak berhampiran pekan Bagan Datoh.

    Dikatakan, di persisiran itulah Sultan Perak yang pertama menjejakkan kaki di tanah Perak apabila turun dari bahtera baginda yang belayar dari Kampar. Raja Muzaffar Shah adalah putera kedua kepada Sultan Mahmud Shah iaitu Sultan Melaka ke 8.

    Sebelum Sultan Muzaffar Shah I berangkat ke Perak dari Kampar, 2 pembesar Perak yang bernama Tun Saban dan Nakhoda Kassim telah datang menghadap Sultan Mahmud Shah yang sedang bersemayam di Kampar untuk memperkenankan salah seorang daripada puteranya untuk dijadikan Sultan Perak.

    Baginda Sultan Mahmud Shah memperkenankan permintaan tersebut dan mengarahkan putera keduanya itu untuk ke Perak.

    beting beras basah

    Menurut tulisannya, sewaktu bahtera baginda Sultan Muzaffar Shah I yang menghampiri ke Kuala Sungai Perak sehingga sampai ke kawasan Beting Beras Basah, bahtera baginda telah dipukul ombak yang besar dan terdampar secara tiba-tiba di atas satu beting di tengah lautan tersebut.

    Baginda telah mengarahkan supaya dibuangkan ke laut barang-barang yang berat, namun laut tetap bergelora. Lalu baginda pun berseru, “Sekongkong Tanah Minangkabau, Selilit Pulau Perca, Di lengkong ular Saktimuna, Perpisahan Beta di Selat Melaka, Jika Sah Beta Raja berdaulat, Lepaslah sekalian malapetaka”. Kemudian, Sultan Muzaffar lantas mengambil mahkota baginda lalu membuangnya ke dalam laut.

    Secara tiba-tiba laut yang bergelora itu tadi kembali tenang seperti biasa. Bahtera baginda dapat belayar semula seperti sediakala. Sehubungan dengan kisah itu, Tun Saban dan pengikutnya melaungkan daulat dan baginda Sultan Muzaffar Shah pun ditabalkan sebagai Sultan Perak yang pertama di Beting Beras Basah.

    Disebabkan peristiwa tersebut, baginda telah mengambil keputusan untuk mendarat di Beting Beras Basah dan ditabalkan sebelum meneruskan pelayaran baginda.

    sultan azlan shah

    Sejak itu, setiap kali Sultan Perak yang akan ditabalkan perlu datang ke Beting Beras Basah ini untuk istiadat pertabalan pusaka dan bersiram tabal dan beberapa upacara lain yang akan disempurnakan oleh Pawang Diraja.

    Selain Sultan, Raja Perempuan juga harus melakukan upacara yang sama. Kali terakhir upacara tabal raja ialah sewaktu pertabalan Sultan Azlan Shah dan Raja Perempuan Bainun pada penghujung tahun 1985.

    Menurut cerita orang tua di Bagan Datuk, sewaktu Almarhum Sultan Idris hendak ditabalkan menjadi Sultan Perak ke 33 dalam tahun 1963, baginda telah menyusur menggunakan sampan kecil hingga sampai di tapak tempat Sultan Muzaffar Shah mendarat pada 1528.

    Untuk pengetahuan semua, makam Sultan Muzaffar Shah I ada di Kampung Padang Marhum, Lambor.

    Freddie Aziz Jasbindar
    Freddie Aziz Jasbindar
    Pengasas orangperak.com dan pencinta sejarah tempatan negeri Perak.