5 Makanan Yang Paling Digemari Di Perak

    Related

    Benarkah Jasad J.W.W. Birch Sudah Dipindahkan Dari Jiratnya Di Pasir Salak?

    Benarkah dakwaan tentang jasad Birch sudah dibawa keluar dan hanya tinggal pakaian beliau sahaja di sana dan ada juga dakwaan tentang pihak Inggeris membawa helikopter bagi tujuan memindahkan jasad Birch itu.

    Gunung Matsurat, Gunung Warisan Kinta

    Mengikut cerita tetua, pada zaman dahulu Gunung Matsurat adalah merupakan 'istana purba' yang didiami oleh Raja dan Permaisurinya. Hendak dijadikan cerita, mereka mengadakan majlis keraian di dalam 'istana purba' ini, maka bergegak gempitala suasananya. Secara tiba-tiba Sang Kelembai telah datang dan dipercayai terganggu dek suasana yang hingar-bingar di dalam 'istana purba' ini, menyebabkannya telah menyumpah segala yang berada di dalam gunung ini menjadi batu termasuk Raja dan Permaisurinya.

    Gunung Cheroh, Gunung Sejarah Kinta

    Ketika dalam pelayaran, mereka mengalami sesuatu yang aneh apabila melalui kawasan pergunungan batu kapur di Gunung Cheroh, hendak dijadikan cerita kapal yang dinaiki mereka tidak dapat meneruskan pelayaran apabila sampai di kaki Gunung Cheroh kerana laluan yang sempit dan tidak dalam.

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh terletak di dalam Mukim Ulu Kinta, Daerah Kinta, Perak.

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang Pertama

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang pertama dalam sistem penggiliran jawatan Panglima Kinta SABD.

    Share

    Sudah menjadi lumrah buat manusia yang memerlukan makanan untuk meneruskan kehidupan. Dicampurkan dengan nafsu serta deria rasa, maka wujudlah resepi-resepi yang diperturunkan sejak zaman dahulu lagi dan tersebar ke serata negeri malah ke serata dunia. Dalam artikel kali ini, kami dapat kumpulkan antara makanan yang popular di negeri Perak. Adakah anda pernah mencuba masakan yang kami senaraikan ini? Jom teruskan membaca!

    tempoyak

    Tempoyak diperbuat daripada isi buah durian. Isi durian ini diasingkan daripada bijinya dan ditambah dengan sedikit garam dan disimpan selama tiga hingga lima hari di dalam suhu bilik untuk proses penapaian. Tempoyak biasanya tidak dimakan begitu sahaja tetapi selalunya dibuat sambal atau dimasukkan ke dalam masakan seperti gulai tempoyak ikan patin atau pais ikan tempoyak. Tempoyak bukan sahaja terkenal di negeri Perak, tetapi juga terkenal di negeri Pahang yang cukup popular dengan gulai ikan patin masak tempoyak. Tempoyak juga ada dirakamkan dalam Hikayat Abdullah sebagai makanan harian bagi penduduk Terengganu sekitar 1836 dengan menyatakan bahawa makanan kegemaran mereka.

    rendang tok

    Rendang tok sebenarnya dikatakan berasal dari Kampung Pisang di Batu Gajah dan kemudiannya tersebar ke kebanyakan daerah di Perak. Rendang Tok merupakan hidangan Melayu tradisional yang mempunyai cita rasa dan kelazatan yang tersendiri tanpa dicampur bahan pengawet dan perasa tiruan. Lebih unik lagi, masakan Rendang Tok ini masih disediakan menggunakan cara tradisional iaitu di atas dapur kayu. Hidangan ini dikatakan dibawa secara turun temurun sejak zaman dahulu kerana kaedah masakan yang melibatkan rempah dan bahan tradisional. Nama rendang tok ini juga dikatakan digunakan sejak zaman dahulu lagi kerana ia dimasak oleh orang tua pada ketika itu. Adalah lebih sedap lagi jika menggunakan daging kerbau!

    dodol

    Dodol juga cukup terkenal di Melaka dan di Johor. Membuat dodol boleh dikatakan amat rumit. Ramai yang selalu mencuba untuk membuatnya tetapi tidak semua yang akan menghasilkan dodol yang bermutu tinggi. Biasanya mereka yang mahir membuat dodol ini terdiri daripada mereka yang telah berusia. Jarang sekali generasi muda mahir membuat dodol. Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat dodol terdiri daripada santan kelapa, tepung beras, gula pasir, gula melaka dan garam.

    ikan masak taucu

    Bercerita disini sahaja cukup buatkan terliur dan idamkan masakan taucu ini. Ikan masak taucu cukup popular di kawasan Perak Tengah. Pergi sahaja ke mana-mana restoran yang adakan masakan campur, ikan masak taucu ini umpama menu wajib untuk makanan tengah hari. Ikan kerisi adalah yang menjadi pilihan utama untuk dimasak taucu ini. Putih dan manis apatah lagi segar dan besar serta lembut isinya. Pendek kata memang sedap!

    penampar

    Kebiasaannya, ini adalah makanan ruji buat kanak-kanak yang nakal di Perak. Ia bukanlah makanan kegemaran mereka, tetapi menjadi kegemaran ibu bapa atau penjaga memberi makanan ini kepada anak-anak mereka. Dikatakan, ia tidak dapat mengenyangkan perut yang lapar tapi ia mampu untuk membuatkan mulut seseorang terdiam seribu bahasa. Ia seringkali diberi oleh seorang lelaki yang berstatus bapa kepada anaknya sambil menyoal, “Nak makan penampo?”. Ada juga yang menggunakan istilah kayu, hanger dan sebagainya untuk menggantikan makanan ini.

    Ok, teman gurau je yang last skali ni 🙂 haha

    Freddie Aziz Jasbindar
    Freddie Aziz Jasbindar
    Pengasas orangperak.com dan pencinta sejarah tempatan negeri Perak.