Pernahkah anda tahu akan kewujudan jawatan Orang Besar Jajahan untuk negeri Perak? Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, jawatan Orang Besar Jajahan untuk negeri Perak mempunyai peranan yang agak penting di dalam segala urusan pentadbiran dibawah Sultan negeri Perak. Mereka yang menjawat jawatan Orang Besar Jajahan untuk negeri Perak ini adalah dikalangan mereka yang terpilih.
Perkataan jajahan dalam jawatan Orang Besar Jajahan membawa makna daerah. Jadi, dalam setiap daerah yang ada di dalam negeri Perak akan diadakan jawatan untuk Orang Besar Jajahan. Mereka yang dilantik dan mengisi jawatan Orang Besar Jajahan negeri Perak ini adalah dipilih dah dilantik oleh Sultan Perak sendiri. Anda berminat untuk tahu apakah fungsi dan peranan mereka yang diberi tanggung-jawab untuk menduduki jawatan Orang Besar Jajahan? Teruskan membaca.
Mereka yang menjawat jawatan Orang Besar Jajahan negeri Perak ini sebenarnya adalah mewakili istana untuk Sultan Perak dalam segala urusan yang berkaitan di dalam setiap daerah masing-masing yang diamanahkan. Jadi, untuk memudah carakan segala urusan istana untuk setiap daerah yang ada di dalam negeri Perak, setiap daerah di negeri Perak akan ada punyai seorang Orang Besar Jajahan.
Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, terdapat pejabat Orang Besar Jajahan yang disediakan di setiap daerah yang ada di dalam negeri Perak. Hal ini adalah penting kerana sepertimana yang dikatakan tadi, ianya penting dalam untuk memudah carakan segala urusan istana untuk setiap daerah. Tidak ada berat sebelah dalam segala urusan berkaitan istana dan ini menunjukkan Sultan Perak adil dan saksama dalam urusan istana.
Antara peranan lain Orang Besar Jajahan yang wajar diketahui ramai khususnya rakyat negeri Perak adalah mereka ini memainkan peranan yang penting dalam menjalankan segala titah perintah Sultan Perak yang berkaitan dengan urusan pentadbiran kerajaan, agama Islam dan adat melayu serta kebajikan rakyat jelata dengan menganggotai pelbagai penubuhan persatuan dan sebagainya.
Orang Besar Jajahan negeri Perak juga berperanan dalam menjadi penasihat hal ehwal agama Islam dan segala yang berkaitan dengan adat melayu dalam jajahan atau daerah masing-masing. Selain itu, pandangan mereka dalam segala urusan pentadbiran di dalam daerah kawasan mereka juga diberi untuk khusus kepada kebajikan rakyat di negeri Perak Darul Ridzuan.
Itulah beberapa contoh yang dapat diberi dan banyak lagi tugas-tugas lain yang diamanahkan untuk menggalas tugas-tugas harian Sultan di daerah masing-masing. Amatlah besar dan berat tugas-tugas mereka yang lebih cenderung kepada kebajikan rakyat. Lihatlah betapa prihatinnya Sultan Perak akan rakyatnya yang sukar hendak ditulis untuk menggambarkan keprihatinan Sultan Perak yang berjiwa rakyat.