Tarikh keramat iaitu 16 Jun 1948 adalah tarikh yang mana pada waktu itu darurat telah diisytiharkan di Malaya apabila pengganas komunis telah membunuh 3 orang pengurus ladang berbangsa Eropah di Perak. Anda boleh rujuk Kisah Hitam Disebalik Monumen Puncak Bukit Sungai Siput untuk maklumat lebih lanjut berkenaan dengan hal ini.
Oleh yang demikian, seluruh angkatan tentera telah diarahkan untuk memburu pengganas komunis yang telah melarikan diri ke hutan pada tarikh 23 Julai 1948. Pada waktu itu, pengganas komunis kerap melancarkan pemberontakan bersenjata kerana bertujuan untuk merebut kuasa dan membentuk kerajaan komunis.
Pada awal darurat diisytiharkan, pihak British yang punyai 13 batalion infantri iaitu 7 Gurkha, 3 British, 2 Rejimen Askar Melayu Diraja dan Royal Artillery. Jumlah anggota unit tempur pada waktu itu tidaklah begitu ramai, ianya hanya 5,034 anggota dan 5,660 anggota pula dari pasukan sokongan.
Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, oleh kerana faktor itulah negara-negara Komanwel yang lain seperti Australia, Rhodesia, New Zealand dan Fiji turut membantu dengan menghantar pasukan tentera masing-masing. Dalam tempoh masa 5 tahun pertama Darurat, Royal Air Force telah melancarkan 4,500 serangan udara keatas kedudukan komunis dihutan-hutan.
Kekuatan pengganas komunis pada waktu itu dianggarkan seramai 12,000 gerila. Hasil dari strategi pengasingan dan gerakan-gerakan ketenteraan yang dijalankan jumlah ini telah menurun ke 7,000 pada 1951 dan hanya kira-kira tinggal hanya 2,000 gerila besenjata pada tahun 1957. Akhirnya, darurat diisytiharkan tamat pada tahun 1960 dan saki baki pengganas komunis melarikan diri dan berlindung di selatan Thai melalui Pengkalan Hulu.
Salah satu tinggalan pengganas komunis yang kita boleh lihat hari ini adalah Terowong Piyamit. Jangan anda tidak tahu, Terowong Piyamit terletak di Tano Maero, Betong di dalam wilayah Yala, Thailand. Ianya terletak bersebelahan dan tidak jauh dengan dengan pekan Pengkalan Hulu, Perak.
Apa yang hebatnya Terowong Piyamit ini? Dahulunya sewaktu zaman kegemilangannya, Terowong Piyamit ini pernah dijadikan Markas Division ke 2 Parti Komunis Malaya (PKM) yang mana ia mampu untuk menampung sehingga 300 orang dalam pada satu-satu masa.
Terowong Piyamit mula dibina pada tahun 1976 dengan tenaga kerja seramai 50 hingga 200 orang setiap hari. Pembinaan Terowong Piyamit hanyalah menggunakan peralatan asas seperti cangkul, pahat dan tukul besi sahaja. Namun, terowong tersebut digali 15 meter dari permukaan tanah dan mengambil masa selama 2 tahun untuk disiapkan.
Panjang terowong ini adalah 1 km dan dengan lebar dan ketinggiannya lebih kurang 1.5 meter. Terowong Piyamit ini juga punyai mempunyai 9 laluan untuk keluar dan masuk. Terowong ini juga ada bilik tidur, bilik komunikasi, bengkel senjata, bilik menembak dan dewan latihan.
Terdapat juga kemudahan lain yang dibina di permukaan darat atas terowong tersebut. Ianya adalah 2 gelanggang bola keranjang, ruang konfrens terbuka, stor simpanan arang, ruang rehat, pondok kelamin (yang digunakan secara bergilir-gilir oleh pasangan), klinik, dapur, tandas, stor bahan makanan.
Pondok kelamin (yang digunakan secara bergilir-gilir oleh pasangan)
Untuk pergi dan melihat sendiri Terowong Piyamit ini, anda bolehlah ke Tano Maero, Betong melalui Pengkalan Hulu, Perak.