23.9 C
Ipoh
Tuesday, 18 February 2025

Nostalgia Taman Tasik SM Noor Di Batu Gajah

- Advertisement -
- Advertisement -

Sekitar tahun 1980 an, Taman Tasik SM Noor adalah merupakan taman tema yang terawal dibuka di Malaysia berbanding di lokasi lain. Lokasinya terletak di Batu Gajah, Perak dan menjadikan Perak adalah satu lokasi tumpuan yang amat hebat pada satu ketika dahulu.

Pengenalan Taman Tasik SM Noor

Pada waktu itu, tidak sah buat rakyat Malaysia untuk tidak datang ke sini kerana Taman Tasik SM Noor tersenarai dalam lokasi tumpuan pelancongan yang wajib dilawati.

Nostalgia Taman Tasik SM Noor Di Batu Gajah

Bila disebut sahaja Taman Tasik SM Noor di Batu Gajah inilah yang menjadi tumpuan. Ianya wujud sebelum zaman adanya Sunway Lagoon, sebelum zaman kegemilangan Kota A-Famosa dan Genting Theme Park.

Nostalgia Taman Tasik SM Noor Di Batu Gajah

Pada zaman kemuncaknya kegemilangan dan tumpuan, Taman Tasik SM Noor mendapat ramai pengunjung dari seluruh pelusuk negeri yang ada di Malaysia. Terdapat juga rombongan sekolah yang kerap datang membawa murid-murid datang apabila tiba musim cuti sekolah. Apa yang ada di dalam Taman Tasik SM Noor adalah Taman Buaya, Rumah Hantu, Bot Itik yang menyusuri Tasik Taman Mini Cina dan banyak lagi!

Tumpuan Konsert Rock Tanah Air

Taman Tasik SM Noor juga amat terkenal dengan lokasi terbaik untuk peminat dan penyanyi rock tanah air. Ramai kumpulan penyanyi rock tanah air pada waktu itu kerap membuat konsert di Taman Tasik SM Noor dan boleh dikatakan akan ada konsert pada setiap hujung minggu.

Nostalgia Taman Tasik SM Noor Di Batu Gajah

Pada akhir tahun 1980 an mendekati 1990 an, Taman Tasik SM Noor ditutup kerana masalah kegawatan ekonomi yang melanda negera kita pada waktu itu telah memaksa perkara ini berlaku.

Nostalgia Taman Tasik SM Noor Di Batu Gajah

Siapakah SM Noor?

Nama SM Noor yang tidak asing lagi di Batu Gajah sebenarnya adalah berasal dari nama kepada sebuah entiti perniagaan. Nama entiti perniagaan tersebut tidak lain tidak bukan adalah Syarikat Muhammad Noor yang dimiliki oleh Dato Muhammad Noor.

Nostalgia Taman Tasik SM Noor Di Batu Gajah
kiri Dato Muhammad Noor dan kanan Rosli Bin Daros

Hari ini, Syarikat Muhammad Noor dikenali dengan nama SMN Foods (M) Sdn Bhd dan diurus tadbir oleh anak kepada Dato Muhammad Noor iaitu Ahmad Yazit yang tidak jemu meneruskan legasi perniagaan ayahnya. SMN Foods (M) Sdn Bhd kini punyai 3 jenama produk keluaran mereka iaitu Tiga Ayam, Seri Bintang dan Samano.

Untuk keterangan lebih lanjut tentang hal ini, anda boleh teruskan dengan bacaan di artikel kami Disebalik Nama Popular SM Noor Di Batu Gajah.

Hanya Tinggal Kenangan

Kini, kesan Taman Tasik SM Noor masih boleh dilihat di lokasi asal untuk membuktikan kewujudannya dan ia dapat meninggalkan jutaan perasaan nostalgia dan memori buat pengunjungnya pada waktu itu.

Nostalgia Taman Tasik SM Noor Di Batu Gajah

Siapa sangka kawasan di Batu Gajah, Perak yang ditinggalkan ini adalah tempat yang amat popular di Malaysia pada satu ketika dahulu. Walau apa pun, semuanya kini tinggal kenangan, adakah anda pernah kesana? Kongsikan pengalaman anda di ruangan komen!

- Advertisement -
Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindarhttps://fred.my
Pengasas orangperak.com dan Pencinta Sejarah Tempatan Negeri Perak.
Terkini
- Advertisement -

Moh baca!

Related news
- Advertisement -

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here