● OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca Surprise Me!
Menjelang — --:--:--
Subuh
05:53
Syuruk
06:59
Zohor
13:04
Asar
16:21
Maghrib
19:03
Isyak
20:12
Sejarah

Disebalik Nama Popular SM Noor Di Batu Gajah

14 Feb 2019 · 2 min baca · 221 ·Oleh Freddie Aziz Jasbindar

Berikutan dengan artikel yang mendapat sambutan oleh seluruh masyarakat Perak berkenaan tentang

Nostalgia Taman Tasik SM Noor Di Batu Gajah

, ramai yang tertanya-tanya siapakah sebenarnya SM Noor yang diangkat sebagai nama taman tasik tersebut?

Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, nama SM Noor yang tidak asing lagi di Batu Gajah sebenarnya adalah berasal dari nama kepada sebuah entiti perniagaan. Nama entiti perniagaan tersebut tidak lain tidak bukan adalah Syarikat Muhammad Noor. Taman tema awam yang cukup popular di Batu Gajah satu ketika dahulu dimiliki oleh Dato Muhammad Noor yang mana beliau adalah merupakan pemilik kepada Syarikat Muhammad Noor. Nama beliau cukup gah dengan produk perniagaannya yang merupakan produk jenama Samano.

Disebalik Nama Popular SM Noor Di Batu Gajah
Disebalik Nama Popular SM Noor Di Batu Gajah

Hari ini, Syarikat Muhammad Noor dikenali dengan nama SMN Foods (M) Sdn Bhd dan diurus tadbir oleh anak kepada Dato Muhammad Noor iaitu Ahmad Yazit yang tidak jemu meneruskan legasi perniagaan ayahnya. SMN Foods (M) Sdn Bhd kini punyai 3 jenama produk keluaran mereka iaitu Tiga Ayam, Seri Bintang dan Samano. Seni pembuatan kicap merupakan satu warisan dan akar umbi tradisional yang telah diperkenalkan di Malaysia sejak kurun ke 19 sewaktu peralihan tenaga pekerja dari negara China. Walaupun pada awalnya kicap ini dianggap sebagai suatu yang asing, namun kini ciri-cirinya kini adalah seiring dengan sambal belacan.

Disebalik Nama Popular SM Noor Di Batu Gajah

Setelah mengenalpasti perubahan citarasa di kalangan rakyat Malaysia yang mula menerima kehadiran kicap, maka Syarikat Muhammad Noor tidak buang masa lantas terus memulakan pengusahaan keluaran produk sos kicap soya dalam tahun 1972. Sehubungan dengan itu, hari ini kita dapat lihat Syarikat Muhammad Noor sebenarnya adalah batu asas dan peneraju dalam industri sos kacang soya. Meskipun segala jenama memaparkan tahap kualiti yang tinggi, namun SMN Foods (M) Sdn. Bhd. tetap berpegang teguh kepada prinsip "kesempurnaan tidak mengenal batasan".

Disebalik Nama Popular SM Noor Di Batu Gajah

Oleh yang demikian, mereka telah melengkapkan diri dengan teknologi moden yang canggih untuk mengetatkan lagi kawalan mutu pemprosesan makanan. Ini bertujuan untuk untuk menawarkan keluaran SMN Foods (M) Sdn. Bhd. yang terbaik kepada para pengguna. Namun, menjadi tanda tanya kenapa agaknya

Nostalgia Taman Tasik SM Noor Di Batu Gajah

ditutup pada orang ramai? Ada yang menyatakan pihak pengurusan tidak dapat menampung kos perbelanjaan dan pengurusan namun tidak diketahui kesasihan ceritanya kenapa ia ditutup.

Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindar
Anak jati Parit, Perak berlatarbelakangkan pembangunan sistem web yang kini mendedikasikan kepakaran untuk memelihara warisan negeri. Sebagai pengasas laman web 'Orang Perak', misi utama saya adalah untuk mengkaji, merekod, dan mendokumentasikan kekayaan sejarah tempatan Perak demi rujukan generasi masa hadapan.
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.