● OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca Surprise Me!
Menjelang — --:--:--
Subuh
05:53
Syuruk
06:59
Zohor
13:04
Asar
16:21
Maghrib
19:03
Isyak
20:13
Sejarah

Kubu Pertahanan Di Bawah Jambatan Sultan Iskandar

01 Feb 2017 · 1 min baca · 191 ·Oleh Freddie Aziz Jasbindar

Ramai yang tidak tahu akan kewujudan tinggalan kubu perang di bawah Jambatan Sultan Iskandar yang berada di Kampung Jamuan, Kuala Kangsar, Perak.

Tinggalan kubu tersebut dipercayai tinggalan Jepun sewaktu zaman pendudukanny di Tanah Melayu. Namun, hal ini tidak dapat dikenalpasti kesahihannya kerana tiada maklumat lanjut yang boleh dirujuk untuk diberitahu kepada anda.

kubu pertahanan bawah jambatan sultan iskandar

Menurut Encik Syam yang merupakan peminat sejarah Perak, beliau sendiri telah pergi ke lokasi kubu yang ada di bawah jambatan Sultan Iskandar dan menyaksikan sendiri kubu pertahanan itu. Kemudian, beliau telah mendapatkan maklumat dari Encik Jasni Alias yang turut berada di lokasi. Menurut Encik Jasni Alias, tidak banyak maklumat yang boleh didapati kerana ianya dibiarkan dan tidak diselenggara oleh mana-mana pihak atau jabatan yang sepatutnya.

kubu pertahanan bawah jambatan sultan iskandar
kubu pertahanan bawah jambatan sultan iskandar
kubu pertahanan bawah jambatan sultan iskandar

Jika anda ingin mencari kubu ini, ia terletak betul-betul bersebelahan dengan Masjid Jamek Kampung Jamuan. Kami percaya tinggalan ini adalah kubu pertahanan kerana kedudukannya seolah-olah menjaga pintu masuk laluan utama dari sungai Perak ke kawasan darat. Terdapat juga beberapa sudut dan ruang untuk menembak yang menghala ke arah sungai Perak. Berikut adalah gambar-gambar yang diambil oleh Encik Syam sendiri untuk dikongsikan bersama kepada anda semua.

kubu pertahanan bawah jambatan sultan iskandar
kubu pertahanan bawah jambatan sultan iskandar

Keadaan kubu ini yang tidak berjaga ini penuh dengan kerosakan vandalisme. Ia telah dijadikan sebagai stor sementara buat kontraktor yang membaiki dan selenggara bahagian bawah jambatan. Kubu tinggalan sejarah seperti ini sepatutnya dijaga sebagai peringatan terhadap peristiwa lalu untuk masa hadapan. Jika berminat untuk ke lokasi kubu ini, sila gunakan koordinat lokasi GPS 4.819211, 100.962405.

Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindar
Anak jati Parit, Perak berlatarbelakangkan pembangunan sistem web yang kini mendedikasikan kepakaran untuk memelihara warisan negeri. Sebagai pengasas laman web 'Orang Perak', misi utama saya adalah untuk mengkaji, merekod, dan mendokumentasikan kekayaan sejarah tempatan Perak demi rujukan generasi masa hadapan.
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.