28 C
Ipoh
Wednesday, 12 February 2025

Perangka Rukun Negara Adalah Anak Kelahiran Kampar, Perak

- Advertisement -
- Advertisement -

Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia. Ia telah dibentuk pada tanggal 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang mana ia telah menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara.

Professor Emeritus Tan Sri Dato Dr Khoo Kay Kim yang merupakan anak kelahiran Kampar, Perak ini adalah merupakan seorang ahli sejarahwan terkemuka di negara Malaysia. Beliau yang dilahirkan pada tarikh 28 Mac 1937 ini dapat telah menerima kehormatan Emeritus daripada Universiti Malaya.

Dengan berkelulusan B.A. 1959; M.A. 1967; PhD. 1974 dari Universiti Malaya. Beliau mendapat Sarjana kedoktoran (PhD) berdasarkan thesis beliau yang bertajuk The beginnings of political extremism in Malaya 1915 hingga 1935 pada tahun 1973 yang diseliakan oleh Prof. Kennedy G. Tregonning, yang kemudiannya bertugas sebagai seorang professor sejarah di Raffles College, Singapura.

Perangka Rukun Negara Adalah Anak Kelahiran Kampar, Perak

Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, apa yang menariknya anak kelahiran Kampar Perak ini iaitu Khoo Kay Kim adalah merupakan salah seorang penulis yang merangka Rukun Negara sepertimana yang tersusunnya Rukun Negara pada hari ini.

Selama 60 tahun Professor Emeritus Tan Sri Dato Dr Khoo Kay Kim telah mengkaji sejarah negara. Bagi beliau, rukun negara adalah merupakan idealogi kebangsaan yang mana pada tahun 1969 telah muncul satu cadangan untuk membentuk dan mencipta satu idealogi kebangsaan dengan bertujuan untuk merapatkan rakyat.

Jangan anda tidak tahu, beliau juga adalah merupakan orang Malaysia pertama yang mendapat PhD dari Fakulti Kesenian, Universiti Malaya sejak penubuhannya pada tahun 1949. Antara sumbangan penting beliau selain dari menjadi salah seorang penulis yang merangka Rukun Negara ialah beliau merupakan individu yang menubuhkan Jabatan Sejarah di Universiti Malaysia pada tahun 1975.

Perangka Rukun Negara Adalah Anak Kelahiran Kampar, Perak

Sebagai seorang sejarawan negara dan ahli akademik yang terkenal, beliau telah menerima beberapa anugerah bagi menghargai jasanya. Pada bulan Jun 1983 beliau dianugerahkan J.S.M Johan Setia Mahkota dan pada bulan April tahun 1987, beliau telah dianugerahkan pula dengan D.P.M.P Darjah Paduka Mahkota Perak yang membawa gelaran Dato.

  • Kepercayaan kepada Tuhan
  • Kesetiaan kepada Raja dan Negara
  • Keluhuran Perlembagaan
  • Kedaulatan Undang-undang
  • Kesopanan dan Kesusilaan

Professor Emeritus Tan Sri Dato Dr Khoo Kay Kim meninggal dunia akibat kegagalan paru-paru pada 28 Mei 2019, di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Petaling Jaya, Selangor pada usia 82 tahun.

Olahan dan kredit kepada negaraku.com

- Advertisement -
Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindarhttps://fred.my
Pengasas orangperak.com dan Pencinta Sejarah Tempatan Negeri Perak.
Terkini
- Advertisement -

Moh baca!

Related news
- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here