● OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca Surprise Me!
Menjelang — --:--:--
Subuh
05:55
Syuruk
07:00
Zohor
13:06
Asar
16:20
Maghrib
19:07
Isyak
20:16
Sejarah

Rumah Tiang Seribu Teluk Intan, Kenangan Sejarah Masa Dahulu

05 Aug 2020 · 1 min baca · 183 ·Oleh Iskandar Zulqarnain

Menurut mendiang Tan Sri Professor Khoo Kay Kim, bangunan ini antara binaan terawal yang dibangunkan sewaktu Teluk Anson Town / Pekan Teluk Anson dibina pada tahun 1880. Ia berfungsi sebagai bangunan pentadbiran kepada Assistant Resident British Perak dan Lower Perak District Officer yang menjadikan Teluk Anson sebagai pusat pentadbiran mereka. Assistant Resident yang terkenal pada zaman awal Teluk Anson Town diwujudkan ialah Kapten Tristam Speedy yang pernah berkhidmat sebagai Pegawai Polis Tentera kepada Tengku Menteri Ngah Ibrahim.

Manakala District Officer terawal Lower Perak pula merupakan Mr. W.F.B. Paul yang kemudiannya berkhidmat sebagai British Residence of Sungai Ujong (kini Seremban, Negeri Sembilan). Digelar sebagai Rumah Tiang Seribu kerana terdapat banyak tiang yang menyokong bangunan ini, ia dibina tanpa memakai sebarang paku, segalanya dipasak dan dipahat sahaja.

Dipercayai bangunan ini sudah musnah sebelum Perang Dunia Kedua berlansung lagi. Tapak bangunan ini kemudiannya dibina bangunan pentadbiran bagi Majlis Daerah Hilir Perak. Selepas Majlis Perbandaran Teluk Intan berpindah ke bangunan baru di Jalan Speedy, tapak ini kemudiannya diratakan dan dijadikan kawasan perniagaan yang mana cawangan Bank Cimb dan Maybank Teluk Intan beroperasi seperti yang kita boleh lihat sekarang.

Seperkara yang menarik perhatian kita ialah dua meriam yang terdapat pada gambar terakhir yang telah dibesarkan dari gambar asal. Kedudukan dua meriam ini adalah pada pintu masuk ke Rumah Tiang Seribu. Jika dilihat, meriam ini seakan sama seperti meriam yang terdapat di hadapan Mahkamah Teluk Intan dan Balai Polis Chenderong Balai. Adakah ia merupakan meriam yang sama sepertimana yang terpapar dalam gambar ini? Jika anda ada maklumat berkenaan hal ini, berhubung dengan kami agar kita dapat rungkaikan persoalan ini.

Iskandar Zulqarnain
Iskandar Zulqarnain
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.