Genius Kaki Lima Matematik Dari Parit, Perak

Abdul Halim Bin Bistamam dilahir pada 14 Oktober 1955 dan berasal dari Kampung Pasir Gajah, Parit. Beliau kini dikatakan menetap di Taman Rapat Setia Baru di Ipoh. Apa yang menarik tentang beliau adalah beliau ialah seorang genius matematik yang suka mengajar berkongsi ilmu yang ada di kaki lima di jalanan ibu kota yang penuh dengan orang ramai secara percuma tanpa bayaran satu sen pun.

Abdul Halim Bin Bistamam

Serba sedikit berkenaan dengan keluarganya, beliau telah berkahwin dan mempunyai empat orang anak lelaki dan empat orang anak perempuan yang menjadikan jumlah kesuluhan seramai lapan orang anak. Abdul Halim Bin Bistamam mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Pasir Gajah yang terletak di sebuah kampung di Parit dan menyambung persekolahan peringkat menengah di Sekolah Menengah Iskandar Shah di pekan Parit. Seterusnya, beliau menyambung pengajian di Maktab Adabi Masriyah, Bukit Mertajam dan seterusnya memasuki Maktab Perguruan Persekutuan di Pulau Pinang pada tahun 1977 hingga tahun 1978.

Abdul Halim Bin Bistamam Abdul Halim Bin Bistamam

Untuk makluman anda, beliau mula minat dalam bidang yang diceburinya sekarang ini sejak di bangku sekolah lagi dan siapa sangka seorang anak kampung yang tinggal jauh dari bandar ini sering kali mengadakan perbincangan-perbincangan bertaraf dunia dengan pemikir-pemikir di bidang Sains Fizik. Antaranya adalah seperti berikut:

  • Di Persidangan Kuasa Fikir (Brain Power) di hadapan pakar otak Amerika bernama Dr.Kenneth Weason yang berlangsung di Pusat Sains Negara.
  • Di World Conference & Exhibition 2006 on training & Development yang berlangsung di KLCC dengan kerjasama UITM selaku penganjur persidangan.
  • Pertemuan dan dialog dengan Ketua Pengarah UNESCO Bangsa-Bangsa Bersatu di KLCC mengenai masa depan planet bumi.
  • Pertemuan dan dialog dengan Ketua Pengarah Agensi Atom Antarabangsa di KLCC.
  • Pertemuan dan perbincangan dengan Naib Canselor Universiti Cambridge UK di Sunway College.
  • Pertemuan dan perbincangan dengan Angkasawan Negara Syeikh Muzaffar Syukor mengenai Sains Saraf.
  • Dialog bersama pelajar-pelajar AERO Angkasa di Universiti Sains Malaysia di Tronoh dan berita itu telah di keluarkan di dalam akhbar Utusan Malaysia pada tarikh 30 Jun 2009.
  • Perbincangan Dengan Pemenang Nobel di bidang fizik yang juga seorang Ahli Jawatan Kuasa Penyelidik mengenai tragedi nahas roket Colombia yang meletup dan mengorbankan tujuh angkasawan Amerika.Beliau yang dimaksudkan ialah Professor Dr.Doughlas Oserof dari Universiti Stenford, Amerika.

Abdul Halim Bin Bistamam Abdul Halim Bin Bistamam

Abdul Halim Bin Bistamam seringkali ditemui di ibu kota di tempat ramai orang. Beliau akan memasang whiteboard miliknya di kawasan lapang dan mula mengenalkan diri beliau dengan gelaran Professor Fizik Kerajaan Malaysia. Kebiasaannya, orang ramai akan tertarik dengan kelakuan orang tua yang mungkin dianggap gila dan memberi perhatian. Tanggapan orang ramai akan terus berubah apabila mendengar penjelasan beliau berkenaan matematik dan beliau akan terus dikerumi orang ramai yang ingin tahu.

Abdul Halim Bin Bistamam

Otak kanan orang melayu sangat hebat. Marilah berfikir dengan menggunakan otak kanan. Itulah seruan yang seringkali diajukan pada pendengarnya di jalanan. Untuk makluman anda, kebiasannya beliau akan menerangkan tentang sifir. Bukanlah kaedah menghafal sepertimana yang kita lakukan dahulu yang mana tidak cenderung ke arah berfikir, tetapi kaedah lain yang membuatkan individu berfikir di luar kotak fikiran.

Abdul Halim Bin Bistamam

Walaupun pakaiannya bersahaja, namun ilmu beliau sangat tinggi. Menjadi tanda tanya dari kami warga orangperak.com tentang kenapakah Abdul Halim Bin Bistamam memilih jalanan sebagai lokasi untuk menyebarkan ilmunya? Sepatutnya beliau boleh pergi lebih jauh di dalam bidangnya itu. Mungkin beliau mempunyai alasan yang tersendiri untuk terus berjuang dengan kaedah yang sebegitu namun walau apa pun caranya, kami berbangga mempunyai seorang anak Perak yang mempunyai usaha murni ini.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangperak.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

3 + 2 =